CSS

Wednesday, November 12, 2014

Donut (Ovellete) Bersambal


Assalamualaikum

Sekali sekala menukarkan donut dari manis manis kepada pedas pedas sedap jugak uolss.
Hasben saya bukan pemakan donut, tapi bila buat pedas pedas ada jugak harapan habis 2 , 3 ketul.
So bagi mereka yang tak makan manis manis, jom kita berpedasan dgn donut bersambal ni.
Mekasih Noorsha Adam utk resepinya. Cuma saya ikut cara Hsue menambahkan bawang merah sedikit.
Tq both of u.

Untuk donutnya pula, saya terjumpa resepi donut yang meletakan sedikit ovellete didalam bancuhannya. Hasilnya donut tersebut mmg lembut dan gebu elok.
Terima kasih pemilik resepi yang kak Liza - intai Dapur  kata diambil di fb.
Terima kasih kak Liza.




DONUT LEMBUT OVELLETE
sumber: kak Liza


Bhn2:

4 cawan tepung gandum @ tpg high protein
1/2 cawan minyak masak
1 paket yis
1/2 s/t ovalette
2 s/b susu pekat
2 s/b gula
Sedikit garam
3/4 - 1 cawan air - agak2 utk menguli




- satukan semua bhn di dlm mangkuk besar kecuali air..
- masukkan air sedikit2 dan gaul sebati..
- uli selama 10 minit ...
- perap doh selama 1/2 jam hingga naik 2 kali ganda..
- terap dgn acuan donut dan goreng dgn api perlahan
- angkat dan tabur gula halus..
- sedia dihidang..







RESEPI SAMBAL SIRA
sumber: Hasue
resepi: Noorsha



Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
Garam secukup rasa- hasue tambah

10 -15 biji Donut yang telah digoreng



Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba :)

Sebaiknya selepas disira,terus jer angkat donut tu dan buh atas pinggan ye, kalau tak ia akan sedikit melekat kalau masih kat kuali selepas beberapa jam.hehe







Tuesday, November 11, 2014

Ayam Kicap Pak Said



Assalamualaikum

Nama lauk ayam kicap ni sempoi kan.
Tak tau la cemana boleh dapat nama. 
Tapi enak juga ayam kicap versi Pak Said ni.


AYAM KICAP PAK SAID
sumber: Nooren


Bahan-bahan A:
1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg - potong 10 atau kecil ikut citarasa masing-masing
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan B:
3 biji bawang besar - dihiris bulat
5 biji bawang putih - dihiris
2 jari halia - dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

Bahan-bahan C (ditumbuk halus):
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

cara:

  • lumur ayam dengan sedikit garam
  • panaskan minyak dan gorengkan ayam tetapi jangan terlalu garing
  • angkat dan ketepikan
  • dengan mengunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan-bahan B sehingga bawangnya layu
  • masukkan pula bahan-bahan C dan tumis lagi sehingga naik aromanya
  • selepas itu masukkan kicap, air dan cuka (jika perlu bolehlah ditambahkan sedikit garam)
  • gaulkan rata
  • setelah mendidih barulah dimasukkan ayam goreng tadi
  • balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit kuahnya dan rempahnya meresap ke ayam
  • angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih
source: puan asmah laili








Thursday, November 6, 2014

Baked Potato


Assalamualaikum

Sedih baca tragedi menimpa adik Muhammad Rafiqin yang hilang di hutan Sekayu tu. Nama mcm nama anak sedara saya. Terkesan juge dihati. Semoga roh nya tenang di sana. Sedih saya mungkin lebih kepada cerita cerita tak benar yang disebar dimedia internet tentang kejadian yg menimpanya. Bila teknologi terlampau menjadi kuasa, maka cerita bohong banyak sangat dan mudah sangat tersebar. Saya kadang2, yang benar pun sukar untuk saya  percaya. Susahkan mcm ni. Semoga Allah sentiasa pandukan saya dan kita semua ke jalan yang benar. Aminn

Bake potato ni terjadi sebab ada ibu mengidam nak makan.  Saya agak keberatan mulanya, tapi sebab kesian kepada ibu mngidam, yang agak extreme mengidamnya , jadi saya buatkan untuk dia dan lebihkan untuk orang kat rumah. Bila saya google resepinya, agak bermacam-macam cara, bermacam macam bahan. Ada yang sangat simple , ada yang sedang2 dan ada yang susah n sangat costly jugak bahannya.


Terima kasih Anna Qawina share resepi. Kemudian saya cuba google lagi kot dapat resepi yang mudah lagi. Biasala kan.. nak mudah. nak murah. tapi best.
Tapi bila saya compare resepi , baked potato ni caranya tu sama la, dan boleh guna apa apa inti pun.
Ada jgak ala ala inti karipap pun ada. Bila inti tu kita masak guna serbuk kari.
Jadi saya buat cara simple je la.
Alhamdulillah, bila ibu mngidam bagi feedback kata nya sedap dan hampir menitiskan air mata bila mengunyahnya. Hehe.. tu mungkin sebab terharu akhirnya menda yg diidam dapat dikunyah. 




BAKED POTATO

Bahannya:

8-10 biji kentang sederhana
(kalau guna kentang russet tu agak besar, so 5-6 biji dah cukup)
garam

Bersihkan kentang dan rebus sebiji tanpa potong n tanpa dibuang kulit.
Saya guna kaedah rebus. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.
Rebus hingga boleh dicucuk dgn lidi. Jangan sampai lembik pula. Pantau kentang anda.
Garam ditabur dlm rebusan bila kentang hampir masak.
Bila kentang empuk terus rendamkan ke dalam air sejuk.

Untuk Inti:

250 gram daging cincang / ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
cendawan dalam tin
1 biji tomato
sedikit lada hitam
lada sulah
sedikit sos tomato
sedikit tumix ayam
daun sup
garam & gula
Cili benggala 


caranya: Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan daging dan goreng sebentar hingga daging pucat.
Masukkan tomato dan cendawan yang dipotong dadu.
Perasakan dengan bahan bahan di atas.
Akhirnya boleh masukkan cili benggala dan tutup api.




Penyediaan baked potato.

Bahan:

Kentang direbus
Inti siap
sedikit mayonis
sedikit susu segar/cair
sedikit mentega
cheddar cheese @ mozarella Cheese
garam jika perlu

Caranya

1. Kentang dipotong 2. 
2. Korek isi kentang dan biarkan sedikit seperti kolam. Boleh dibungkus dgn aluminium foil / alas dgn muffin paper.
*boleh rujuk gambar di atas.
3. Isi kentang dilecek. Masukkan sedikit mayonis, susu cair, mentega dan sedikit mozarella cheese.
4. Kemudian masukkan semua inti tadi. Gaul sebati. Inti sedia digunakan.
5. Masukkan inti tadi ke dalam kolam kentang. Buat sehingga habis.
6. Panaskan oven 200 c api atas. Tabus cheese di atas kentang dan bakar sehingga cheese cair.
Sedia dihidang.









Tuesday, November 4, 2014

Ikan Siakap Masam Manis


Assalamualaikum

Tengah fenin ntah nak masak apa tuk si abg Bais balik sekolah karang.
Asal balik je kelaparan tahap maksima.
Apa apa pun, ikan siakap resepi kak Yatie ni mmg saya suke. Simple dan sedap.
Dah rasa mcm lauk kat restoren mek klate ;-)
Tq kak Yatie.. muah




IKAN SIAKAP MASAM MANIS
resepi: kak Yatie



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 1/2 cwn air
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit,gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
  • sedikit halia


Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil






Monday, November 3, 2014

Funwari Donut yang gebu gebass (waterroux)



Memang funwari betul donut ni. Sesuai sungguh nama funwari tukan.
Bajet cam tahu je makna funwari tu, Kalau tak tau pi google ye.
ok fine, funwari tu maksudnya gebu lembut dan terbaik. Terbaik tu den tokok tambah ye. Dahh.. suh google tak mo. 

Donut ni saya dah pernah buat masa bulan puasa ritu. Memang gebu haluss donut ni.
Separuh saya bentukkan donut gelang, separuh lagi saya intikan dengan kacang merah.
Pastu apa lagi ye, blur pulak kepala ni nak cerita apa. Hmmm xde apa la kot, cuma nak tambah sesapa nak buat frozen boleh gorengkan donut sekejap sampai donut bewarne krim., pastu boleh sejukkan sekejap dan susun dlm bekas n frozen kan. Memang xmelekat bila dikeluarkan nanti.
Frozen apa ko pikir, ni frozen keras kejung kan donut untuk digoreng dikemudian hari. 
Bukan frozen let it go, paham.. . haish pening tau. haha

Oh ye, untuk donut kali ni saya tak letak wateroux pun.
Gues wat.. hey tetap gebu tauu.
tak percaya? cubaa a dolu deh.

Jom check resepinya.
dan terima kasih buat Ros Jepun yg sudi share resepi ni.
Kesempatan ni saya ucapkan tahniah buat Ros yg preggy anak ke 4 dan mendoakan semoga Ros sihat n selamat. Take care ye Ros.





Funwari Donuts ( Donut Gebu)- water roux




400gram tepung roti

100gram tepung gandum
170ml air suam
1 biji telur
4 sudu besar water roux
40 gram shortening atau marjerin @ butter
30 gram susu tepung
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar olive oil@minyak masak
1 sudu kecil garam
6gram yis

serbuk gula untuk salutan pada donut

water roux

25 gram tepung gandum
125 ml air



cara  membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.


Cara-cara membuat funwari donuts
1. Mula-mula buat water roux,setelah water roux sejuk atau suam, boleh terus membuat doh donut, Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, jika guna marjerin atau pun mentega yang ade garam, masukkan akhir sekali, iaitu setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli hingga lembut dan licin. Masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit, kemudian uli lagi beberapa minit, setelah permukaan doh agak licin, perap doh selama 40 minit atau sehingga doh menjadi 2 kali ganda.
2. Kaedah 2 penggunaan Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan seterusnya boleh ikut langkah di bawah.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian ( bebola kecil), biarkan selama 7 atau 8 minit baru dibentuk mengikut bentuk yang di sukai, bentuk donut biasa, pintal ataupun anyaman tocang, ikutlah tahap kerajinan dan kreativiti masing-masing ya.
4. Alas dulang dengan tepung atau pun gunaka kertas minyak, susun donut yang siap dibentuk dan biarkan naik dua kali ganda sebelum digoreng, panaskan minyak dan goreng sehingga ke emasan, gunakan api yang tidak terlalu besar yang, api sederhana lah, jangan guna api kecik sangat, nanti donut meresap minyak, pandai-pandai lah adjust api gas tu,  angkat dan biarkan sebentar, setelah beberapa minit baru di salut dengan serbuk gula. Sesuai dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat Mencuba.
Jika mahu difrozenkan.
- goreng donut separuh masak, iaitu warna donut seakan-akan perang sedikit sahaja, angkat dan sejukkan, baru disimpan dalam peti sejuk, kiranya kedua-dua belah donut tu kita goreng kejap jelah...nanti nak makan, goreng balik dalam kuali kejap je....simpan dalam plastic macam yang plastik ziploc tu.






Tempahan Kek Rainbow frozen, ben 10, cars















tempahan ke 0135122180