CSS

Wednesday, November 13, 2013

Bingka Nestum








Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah walaupun dah terlewat. Sungguh terkial2 saya meniti keyboard untuk membuat ayat. Maklom dah lama tak update dan keyboard pun dah tercabut huruf2nya. Ye ada tangan budak kecik cabut kan... Pasrah je tadah telinge kene bebel...ngeee

Saya terinspirasi untuk update blog ni bila ada pembaca2 blog IML sudi menegur saya di fb dan watsap. Rupanya blog saya masih ada reader yg sudi jengah2. Disini saya merakamkan terima kasih tidak terhingga buat anda semua.. Dan bingka nestum ni saya hadiahkan buat anda semua. Sila lah jamu selera...

Resepi saya amik kat blog divaaa kak Hana. Tq kak dan kak Yatie berkongsi resepi yg enak dan anak2 suka akan rasanya yg lemak dan wangi.




RESEPI BINGKA NESTUM


                                                           sumber : kak.yatiememories  n kak Hana



Bahan-bahan



•2 cawan tepung gandum*

•2 cawan santan*

•1 cawan susu segar*

•5 biji telur gred B - cuci dulu*

•3/4 cawan gula pasir*

•3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis*

•1 sudu besar tepung jagung*

•1 sudu kecil garam halus*

•2 sudu besar butter - dicairkan*

•1 1/2 cawan nestum original

•1 sudu kecil esen vanilla

•sedikit pewarna kuning





Cara-cara



1.Panaskn oven 180'. Blend bahan yang bertanda *.

2.Masukkan nestum dan gaul sebati (menggunakn hand whisk atau senduk kayu)

3.Sediakan loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil.

4.Tuang adunan ke dalam loyang, tabur bijirin nestum diatasnya.

5.Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, Tunggu sedikit sejuk baru potong dan hidangkan.

6.Bagi mendapatkan permukaan yg garing, 5-10minit terakhir gunakan api grill sehingga perang permukaannya.







7 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

Nyumm bestnya mesti wangi je kan

Ehe lawak izah siap pesan basuh dulu telur

Mas said...[Reply to comment]

sedap tu...
meh 10 ketoi jah

tun_telani said...[Reply to comment]

kak izahh.. amboi2.. tokey ni bukan main bz lagi skrg tau.. byk tokey2 yg bizi, terasa sunyi pulak berblog xbyk senda gurau mcm dulu.. huhu...

**bawa tupperware nk angkut bingka wat buka puasa nnti..

Unknown said...[Reply to comment]

Sampai tercabut keyboard? iye ke anak yg buat? ntah2 mama izah punya kerja, geram nak menaip tak ingat huruf..hehe.

Mcm nak cuba je, mcm teringin je...
Utk buka puasa nanti, insyaAllah.

izahdaut said...[Reply to comment]

kak zana fahmi..
mcm xcaya yee... betul laaaaa.....
pijak kaki kak zana kanggg

izahdaut said...[Reply to comment]

tun telani...
tula.. akak pun rindu la sangat masa blog tengah happening gitu... tapi sunggu masa nak bw tu terbatasss.. insyaAllah nanti 1 day.. niat dah ada ni nak berbw

izahdaut said...[Reply to comment]

rose.. tq.. insyaAllah i comingggg