CSS

Tuesday, November 19, 2013

Kek Lumut



Assalamualaikum 

Teringin tak nak rasa kek ni? Bila tengok gambar je rasa bagai time2 tu jugak nak makan kek ni. Gitu la tejadi pada saya bila kak Yatie saban kali buat kek ni slalu share kt blog. Kek ni menjadi kegemaran kak yatie n family kan kak. Saya dah lama simpan hajat nak buat hingga la tiba time sesuai. Lama benor nak jumpa time sesuai kan.

Seperti rata2 yg dah pernah merasa kek ni.. sejenis kek kukus yang moist..lemak dan enak..wangi pandan nya dan sesuai tuk hidangan tak kira dari muda hingga ke tua. Tentu2 terima kasih saya berikan khas buat kak dj yg sudi bkongsi resepinya dan kak yatie yg sentiasa menjadi sumber inspirasi.





KEK LUMUT
sumber: kak yatie
resepi: kak dayang dj


Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)



Ini budak 10 bulan pun suke makan kek ijau.
Suwittt je..

Monday, November 18, 2013

Chicken Floss Bun


Assalamualaikum

Selamat bercuti buat semua anak2 dan selamat  melayan anak2 yang asik kebulur je time cuti2 ni buat mak mak. Eh tak betul ke? hahaha... Biasa la kan.. kakak saya ada 6 orang anak.. katanya kalau time diorg cuti letih duk dapur 24 jam.. hehehe.. suwit kan.. smoga berkat air tangan ibu tu... 

Kat fb rasanya tengah asyik lagi melayan roti. Sana sini duk meroti. Saya pun nak asah skil meroti jugak dan terhasillah ciken flos bun ni. Ciken flos ni serunding la kan.. mintak akak kat rembau belikan. Sedapp... meratah pun asikk je.


Resepi ni saya amik kat blog Rahel. Terima kasih Rahel yg sudi kongsikan resepi dari buku resepi puan Noraini ni.


CHICKEN FLOSS BUN


Sumber:Puan Noraini Zakaria - Buku Resepi

Bahan A:
350g tepung berprotein tinggi
25g tepung susu
2.5g pelembut roti

Bahan B:
50g gula kaster
1/2 st garam
30g telur
200g air sejuk
6g ragi segera (sy guna 1 1/2 sudu teh)

Bahan C:
30g mentega (saya guna majerin)

Chicken floss secukupnya untuk topping
1/4 cawan susu pekat manis

*sedikit butter
*sedikit telur cair (1 biji telur + sedikit air)


Cara-cara:
1.Bancuhkan B kemudian campurkan A.
2.Ketika doh hampir dibentukkan,campurkan mentega,pukul hingga menjadi doh yang lembut (elastik).
3.Tutup dan biarkan 30 minit.Tumbuk doh.Bulatkan kembali.
4.Bahagi doh kepada 50g setiap satu.Bulatkan.
5.Biarkan kembang selama 20-30 minit.Sapu dengan telur cair.
6.Bakar bun dalam oven pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
7.Setelah masak,keluarkan dari oven dan terus oles dengan butter.
8.Biarkan bun sejuk,kemudian oles dengan susu pekat manis.Tabur chicken floss di atasnya.\



Wednesday, November 13, 2013

Bingka Nestum








Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah walaupun dah terlewat. Sungguh terkial2 saya meniti keyboard untuk membuat ayat. Maklom dah lama tak update dan keyboard pun dah tercabut huruf2nya. Ye ada tangan budak kecik cabut kan... Pasrah je tadah telinge kene bebel...ngeee

Saya terinspirasi untuk update blog ni bila ada pembaca2 blog IML sudi menegur saya di fb dan watsap. Rupanya blog saya masih ada reader yg sudi jengah2. Disini saya merakamkan terima kasih tidak terhingga buat anda semua.. Dan bingka nestum ni saya hadiahkan buat anda semua. Sila lah jamu selera...

Resepi saya amik kat blog divaaa kak Hana. Tq kak dan kak Yatie berkongsi resepi yg enak dan anak2 suka akan rasanya yg lemak dan wangi.




RESEPI BINGKA NESTUM


                                                           sumber : kak.yatiememories  n kak Hana



Bahan-bahan



•2 cawan tepung gandum*

•2 cawan santan*

•1 cawan susu segar*

•5 biji telur gred B - cuci dulu*

•3/4 cawan gula pasir*

•3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis*

•1 sudu besar tepung jagung*

•1 sudu kecil garam halus*

•2 sudu besar butter - dicairkan*

•1 1/2 cawan nestum original

•1 sudu kecil esen vanilla

•sedikit pewarna kuning





Cara-cara



1.Panaskn oven 180'. Blend bahan yang bertanda *.

2.Masukkan nestum dan gaul sebati (menggunakn hand whisk atau senduk kayu)

3.Sediakan loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil.

4.Tuang adunan ke dalam loyang, tabur bijirin nestum diatasnya.

5.Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, Tunggu sedikit sejuk baru potong dan hidangkan.

6.Bagi mendapatkan permukaan yg garing, 5-10minit terakhir gunakan api grill sehingga perang permukaannya.