Friday, June 15, 2012

Mexican Bun yang tak brapa Mexi..dan Baju Raya Kanak2


Assalamualaikum..

Ya Allah.. masa menghambat betul. Semuanya berpusing dengan laju.
Duduk depn lappy sedaya upaya cuba melawat blog kawan2.
Sampaikan lappy saya semput dan terus senyap hang. Hehhe
Dan sedaaya upaya juga mengomen sebab dan lama tak ngomel2 kat entry kengkaawan, tapi diulangiii tetappp SPAM KOMEN KUUU.. huhh

Ok berbalik pada MEXICAN bun yang tak brapa mexican ni. Sebabnya tak berhajat pun nk buat mexicaan bun tu. Dah siap2 buat  bulat tanpa inti, dlm hati hajat nak tabur gula je atas roti tu. Taapi rasanya klise saangt, ececehh.. Lalu merajinkan diri buat topping mexican tapi saya lebihkan gula aising bagi manis untuk keseluruhan roti disebabkan tidak diletakkan inti gula.



Alhamdulillahhh..
Roti ni nyamannn sekali dimakan panas2 suam. Sampai 2-3 hari still lembut.
Resepi roti ni yg biasa saya guna dari resepi SOSEJ BLOSSOM BUN resepi CMG.
Cume tekak xrasa nk mkan sosej. Jadi saya buat kosong aje.
Terima kasih bagi yg terlibat untuk terhasilnya roti yang digemari anak2.
Stu adunan roti dapat 16 biji bun yg cute cute.
Tingga 2 biji je lagi dlm tipuware :-)


DARI RESEPI:
SOSEJ BLOSSOM BUN
*edisi ini izah buat bun kosong topping mexican 
resepi: CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



CARA MEMBUATNYA :

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.... 


 MEXICAAN BUN TOPPING



Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.




Disini juga nak war warkan BAJU KURUNG KANAK-KANAK UNTUK 2-6 TAHUN dari kain JAPANESE COTTON kelas A ada di MYBESTBUY. Antara nya







 Jika berminat boleh jenguk2 ke SINI ye.. TQ...





19 comments:

Anna Qawina said...[Reply to comment]

Cantik baju semua tu..moga suksess biz ye Jaj..bak roti 2 ketul yg belen tu sini..

Bicara Kak Noor said...[Reply to comment]

salam Izah..
dalam sibuk2 pun sempat jugak buat bun lagi comey lotey lah best kalau bun yg lembut wlaupun dah dua tiga hari akak nk try lah nnti insyaallah tunggu cik mood dtg dulu heee
cantik baju2 raya kanak2 tu anak akak semua dah beso2 kena tunggu cucu lah kot..

Gee® said...[Reply to comment]

Amboiii...k.gee yg baru masuk kelas roti tp tak buat2 lagi, rajin betol la adik Jah ni...

FnF Simple Life said...[Reply to comment]

syedapnye...pernah buat dulu anak2 punya la suka...topping tu habis dulu baru mkn bun...

Balqis Nazid said...[Reply to comment]

Salam... Comel2 nya roti tu...gebus jer....

sury_masury said...[Reply to comment]

salam izah..rajin meroti.gebus dan mjadi dgn baik je roti tu.kite x prnh lagi meroti ni..nnti nk try skill meroti jugak lah..:)
cantik2 bj kurung budak2 tu utk umur 2++ ade jual ke?

Tina Othman said...[Reply to comment]

sedapnya roti tu

alahai, sampai umur 6thn je ke baju tu, 7keatas takde ke

HaSue said...[Reply to comment]

Comel je kejadian roti ko tuh..dlm x sengaja terbuat tu sedap jugak ye jah..best2.
baju budak2 tu pun comel gak..tp kat skrin aku bi x loading abis.huu..
Smg makin sukses bisnez ko jah. Dkt nk raya ni mesti ramai yg tercari2. :-)

sitiezahim said...[Reply to comment]

mexico bun aritu saya penah mintak resepi dr lady ayu, sampai ke sudah tak buat..hahahha...

tun_telani said...[Reply to comment]

Doakan tun dapat baby, nnti blh beli baju utk baby sendiri. hihi..

ps: bau mexican bun mmg xleh tahan..

Qasey Honey said...[Reply to comment]

aduhhh roti tu wlaupon x mexi tp nmpk sedap n gebus gitu..

semoga bjaya dgn bidang yg bru tu..slmt buat biz tu yer...

Shahriah Abdullah Novelis said...[Reply to comment]

Izah cayang mucuk wangii.. akak datang dah tengah malam sebab baru sekarang free wah semua nak kutulis hehhee... itu roti sangat cantik dan gebusss.. dengan toppingnya waduhhh waduhh.. enak bangat! ada kopi o jalan terussssssssssssss..

Rohah said...[Reply to comment]

bukan maiin mulat2 mexican bun dlm loyang tu heh...baju tu pun comei sama..tp takde baby girl..lah..tunggu akak tambah dululah yea..hehe

mama sara nur said...[Reply to comment]

assalam izah
lawa baju kurung anak2 dara disini
tahun ni memang plan nk beli siap je nanti leh tgk kaler yg match ngan si kakak dan abang

tgk2 baju sambil tu makan bun yg gebus ni
nak bun tu seketoi he he

Nuwairani Ismail said...[Reply to comment]

dah lama x meroti ni. sejak2 bercuti ni langsung x uli roti dah. kite dah pernah buat mexican bun ni. sedap! tapi kalau dapat makan yang roti boy lagi sedap sebab dah tak payah uli roti. heheh

ogyep yummy mellow said...[Reply to comment]

Salam Kak Izah,
nampaknya this year, ogyep memang kena beli siap baju raya anak2... dah lambat ni, taylor dah x nak amik.. adik ke size utk 8yrs, 10yrs & 12yrs.. Kalau ada utk teenagers 14yrs & 15yrs juga? Nak english cotton good grade..

Anyway, Mexican bun tu... elok aje kejadiannya... mexican jugaklah..

ogyep yummy mellow said...[Reply to comment]

Then, kena tunggu next month la ya... nak tengok family set... nanti Kak Izah update ya.

Jay said...[Reply to comment]

wow..wat a lovely post..so inviting
Tasty Appetite

Nieza said...[Reply to comment]

ada roti disini..tapi terlambat sudah sampai sini roti pun dah abis..layan tgk baju budak yg comel jer la..hehe