CSS

Wednesday, December 23, 2009

Izah Muffin Lover?



Kenapa Izah Muffin Lover? Jawapannya... Saya berminat dengan muffin dan mempunyai banyak koleksi resepi dan buku tentang muffin dan suka melawat laman web yang ada nama muffin sambil membaca komen-komen tentang kesedapan muffin. Suka tengok bermacam-macam rupa dan rasa yang boleh diadun dan dijadikan muffin. Setelah ada kemudahan untuk membuat muffin, banyak juge resepi muffin yang saya suka cuba. Buat muffin ni mudah dibandingkan dengan kek, macam buat jemput-jemput pun ada.

Muffin yang saya selalu buat ialah muffin coklat moist sebab suami suka muffin yang moist cicah pulak dengan teh tarik..hehehe..nanti saya akan pamerkan lagi muffin yang saya cuba dengan resepinya insyaAllah. Saya suka resepi yang memang terbukti moist dan sangat sedap dengan aroma dan manis manis buah..wahh..nyum nyum..

Tetapi saya bukan lah expert muffin, cuma saya sukakan muffin. Melihat cupmuffin yang comel comel pun boleh berjam-jam saya kat kedai menghayati kecomelannya. hehehe..walaupun tak expert tapi saya cube untuk mencuba berbagai-bagai lagi resepi muffin yang sedap-sedap dan juri sedap muffin saya tentu lah suami saya dan anak-anak saya.

2 comments:

atme310 said...[Reply to comment]

Wah...comelnya muffin awak! Muffin ini nampak cantik kelihatanpun cantik...tetapi bertambah cantik sekiranya baunya harum dan sedap di makan oleh anak2 dan suami...nyumm2...

Tahniah di atas kelahiran website yang kedua dan menunjukkan semangat tanpa jemu walaupun sibuk dengan anak2. Teruskan usaha tanpa jemu...biar gagal dalam cubaan daripada gagal untuk mencuba! Perlu diingatkan kegagalan dalam percubaan adalah proses kearah kejayaan. Kejayaan bermakna boleh melahirkan kasih sayang sejati drp keikhlasan suami dan anak2 tersayang. Sedapnya muffin ini bergantung kepada campuran bahan serta perasaan yang ikhlas. Jadi letakkan perasaan di sana supaya kasih sayang itu terserlah di muffin tersebut....Tahniah! Kejayaan Ada DiMana2...terutamanya ada di dalam diri sendiri....Love your muffin and...

izahdaut said...[Reply to comment]

tq