CSS

Thursday, December 9, 2010

Bendi Sambal Daging


Assalamualaikum...

Fuh selesai jugak kerja jalan jalan dalam rumah. Bukannya jalan mana mana pun. Ada sikit tempahan muffin untuk 300 biji. So kak di Jepun jangan majuk ye.. Hahaha.. 

Ni lauk yang amat simple tapi sangat suka makan. Mekasih buat kak Nor secubitgaram sebab ajor cara potong bendi agar tak berlendir. Iaitu bendi dan pisau pemotong hendaklah dikeringkan terlebih dahulu. Bendi tu basuh bersih bersih dan tos hingga kering atau lap lapkan dengan tuala bersih.


Simple je, sebab..lebihan sambal daging lauk dinner, kita jadikan pula rencah untuk sayur bendi. Senang!!




BENDI SAMBAL DAGING

Bahan:

10 - 15 batang Bendi- dipotong serong
lebihan sambal daging @ sambal ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 sudu kecil udang kering

Caranya:

Tumbuk lumat bawang putih bersama udang kering.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan pula bendi dan gunakan api besar. Gaulkan sebentar.
Akhir sekali masukkan sambal daging.
Gaul sebentar dan angkat. Siap untuk dihidang.

Wednesday, December 8, 2010

Fluffy Chocolate Banana Muffin


Assalamualaikum...

Jom makan mapin lagi. Buat untuk minum fetang fetang sambil kena angin santai santai siok... Sangt teruja tengok mapin dari Ros Onigiri ni. Tu yang try tu.

Hari ni tuan tanah ada projek busy membusy..jadinya.. BW akan dibuat sesudah burung pulang kesarang..ngee..  Klau ada time saya jenjalan ye. Ok..mekasih Ros untuk mapin fluffy ni...




Fluffy Chocolate Banana Muffin

Bahan-bahanya

200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam*saya letak 100gm
40gram serbuk koko
2 biji telur 
beberapa titik esen vanila


*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*


Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

nota izah mapin: Bagi yang suka manis, kena tambah gula lagi. Sukakan rasa pisang yang kuat, kena tambah sikit lagi pisang. Ampoonn ros.memandai pulak..hehe


Tuesday, December 7, 2010

Nasi Goreng Daging


Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah buat semua kawan kawan. Semoga masuknya tahun baru ni, diberikan Allah hati hati yang sentiasa bersih dan terang...

Jom aa makan nasi goreng daging neh. Simple je tapi layann. Memula nampak kat rumah AlongRoz pastu berjangkit rumah besannya Kak Hana. Hehehee... Saya buat ni mengikut bahan apa yang ada dlm esbox je la. Meh check resepi ye non.


NASI GORENG DAGING

Bahan-bahan
  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege - hana ganti carrot dadu kecil dan kobis
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar - hana tak letak
  • Garam dan lada sulah

Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.



Monday, December 6, 2010

Citrus Yoghurt Muffin


Assalamualaikum..

Muffin dibuat untuk minum petang semalam. Sesuai dengan namanya, macam ni ler rasa citrus ye.. Walla... wangi.. ngunyah tu terbawa bawa rasanya kat idung. Camno tu. Muffin kalau  dicampur yogurt hmmm memang sesangat gebu. Sangat tak sangka kegebuannya selepas dimasak. Muffin macam ni la yang saya sangat sangat harapkan dan sangat menepati bila dapat hasilnya. Tak perlu kuar mixer bagai. Kacau ngan sudu je.



Resepi amik kat buku 500 Cupcakes & Muffins by  Fergall Connolly. Udah lama beli buku ni, zaman anak daro lagi.. sekarang baru terhegeh2 nak cube resepinya. Kat dalam buku ni macam2 tips ada tentang muffin dan cc. Sesapa berkenan boleh la cari buku ni.



CITRUS YOGHURT MUFFIN
Source: Izah Muffin from 500 cc&muffins book

*The acidity of the yogurt, balanced with the subtle sweetness of the citrus oils, makes these muffins utterly mouth-watering.

Bahan:
200 g tepung gandum
175gm gula kastor * saya guna 140gm
1 sudu besar parutan lemon
1 sudu besar parutan orange
1 sudu besar parutan limau nipis
1 sudu besar baking powder
secubit garam 
225 ml fat-free plain yogurt
115ml sun flower oil * saya guna 100ml
1 biji telur dikocok sedikit

Caranya:

1. Panaskan oven ke 200 C.
2. Di dalam mangkuk yang besar, satukan tepung, baking powder, gula, garam, parutan lemon, orange dan limau nipis. Gaulkan sebati.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan yogurt, minyak dan telur hingga sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung.
4. Sudukan adunan muffin ke dalam muffin tin dan bakar selama 20 minit.

* Ini adalah basic citrus yogurt muffin. Untuk variasikannya boleh dicampurkan 90gm dried bluberries or 3 tablespoons poppy seeds.

Simpan muffin di dalam container kedap udara. Boleh tahan hingga 3 hari atau freeze hingga 3 bulan.

Sunday, December 5, 2010

Award: Dari Lina


Assalamualaikum..

Terima kasih buat Lina kerana bagi award ni kat saya. Wahh suke suke.. sowi ye lambat amikkk. Apa pun suke la dengan award ni. Semoga ukhuwah kita kan erat sehingga dapat bertemu muka.

1. Award dari:


2. Benda paling cool: my toy d7000

3. Siapa paling cool: of coz my lalink

4. Tag 3 blogger cool: 

 TTM


Kuih Kaswi Pandan


Assalamualaikum..

Salam dihujung minggu ni. Kuih ni buat untuk minum petang semalam. Pagi ni pun ada lagi. Boleh le ngulang makan lagi. Kuih yang lembut dan wangi. Hari tu  teringat Cik Mat Gebu buat kuih kaswi pandan, terliur je. Tapi bila search kat myresepi ada juga resepi yang mudah sikit. 


Kaswi pandan ni resepi Ciku Hafi@Myr. Boleh juga jenguk versi CMG kaswi pandan ala peranakan gitu.
Mekasih Ciku Hafi. Sesiapa nak try rasa kaswi pandan boleh cuba. Tapi kalau nak compare ngan kaswi gula merah tu..masing-masing ada keistimewaan dan kelazatan yang tersendiri. Sama lembut dan sedap. Tapi ikutkan tekak orang kat rumah ni, lebih menyukai aroma kaswi gula merah. Apa pun kepada peminat kuih rasa pandan memang tak rugi mencuba.



KUIH KASWI PANDAN

Bahan  (untuk4-5 orang makan):
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir *saya letak 1 cawan aje
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras *saya tambah
daun pandan
sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur

1/2 biji kelapa parut
sedikit garam

Caranya:
1. Blend kan semua bahan di atas kemudian di tapiskan ke dalam loyang.
2. Kukus adunan selama 30-40 minit.
3. Setelah masak sejukkan dahulu kemudian baru dipotong.
4. Gaulkan kelapa parut bersama garam sehingga rata. Kemudian kuih kaswi tadi bolehlah dihidang bersamanya.