Assalamualaikum..
Dah seminggu raya dah baru nak cerita pasal raya. Boleh la kan.. Sebab baru rajin nak edit gambo. Ni gambar raya 2010 pada hari raya pertama di Kulim. Erkk bagi kelabu kelabu sikit aa..ai malu uu..hahaa..
Hari raya tahun ni di kampung encik suami tercinta di Kulim, Kedah. Balik Kedah 2,3 hari sebelum hari raya. Alhamdulillah perjalanan ke utara dimudahkan Allah. Cuma jumpa satu eksiden kereta terbalik di area Tapah, masa tu baru je eksiden. So hubby berenti nak jenguk, kalau boleh tolong mana yang patut. Katanya anak keciknya masih tak sedar pengsan, tapi tak de kecederaan parah. Cuma keretanya je cedera parah.
Raya pertama selepas solat raya, berkumpul sanak saudara, kemudian beraya ke rumah tok encik suami, kami pun bertolak pulang ke kampung ku tercinta di Lipis, Pahang pulak. Bertolak dalam pukul 2 petang, rentas jalan Kuala Kubu naik Genting highlands. Jumpa la jugak 3,4 bijik kereta tergolek dok ke dalam longkang sebab jalan licin. Sampai ke Lipis pukul 7.30 malam. Alhamdulillah perjalanan yang rilex dan santai.
Syukur alhamdulillah, Allah memberi peluang merayakan hari raya tahun ini dengan penuh makna dan bahagia. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas : Izah & Family
















+2010.jpg)



