CSS

Saturday, March 22, 2014

Tempahan kek Anniversary


Kek Red Velvet





Friday, March 21, 2014

Kuih Kaswi Tepung Sagu






Assalamualaikum

Terima kasih yang masih sudi menjenguk blog saya ni. 
Yang masih sudi mengomen mencuit hati.. saya amat menghargainya. 
Jadi dengan itu saya akan berkongsi satu resepi kaswi yang sedap lembut dengan pembaca blog saya. Eceh.. mcm la resepi rahsia sangat kan. Hehhe.. tapi kaswi ni dah 2 kali saya buat. Saya suke kelembutannya.
Rekomended by Hasue yang bz mengulit baby keciknya Ziqry.
Tq Sue. Dan terima kasih juga buat tuan resepi.






KUIH KASWI
Resepi:tizkatie73@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com



* izah buat separuh dari adunan di bawah

Bahan-bahan ( seloyang )

  • 1 cawan gula melaka- hasue guna gula apong
  • 1 cawan gula pasir-hasue kurangkan sedikit
  • 7 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung sagu
  • 1 sudu kecil kapur
  • Beberapa titik browning sugar-hasue tambah untuk warna lebih gelap -tak letak pun takpe


Cara-cara

  1. Gula merah, gula pasir, kapur bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
  2. Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan air di kacau rata.
  3. Kemudian campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah di masak tadi. Kacau sehingga sebati
  4. Untuk mengelakkan adunan lembik...masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau sehingga adunan menjadi pekat
  5. Masukkan ke dalam loyang dah kukus sehingga masak...
  6. Apabila sudah masak..masukkan ke dalam fridge ...bagi sejuk...potong dan di gaulkan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.









Mereka Ber Youtube



Haaa ko bercucuran ayaq lior bila dapat berutube  ngan abg abg nya.
Dah lama gambar ni.. masa Fateh diusia bulan bulan lagi.
Dan diketika notes saya masih ada.. skrg dah kene amik dek orang. sob sob.





Sebagai kenangan mereka bertiga di Izah Muffin Lover. :)
Sekarang mereka bertiga jarang beryoutube bersama sebab asik Fateh yang nak conquer. 
Tapi mereka selalu bergolek gusti manja2 bertiga. Kepantangan Fateh ialah bila abangnya landing dilantai..dia pasti landing kan montotnya atas badan abg abgnya. Tak kesah la mana sempat. Kadang2 atas kepala abgnya.. selambaaa je. hehe.. 

Pantang abgnya tidur...di kejutkannya. Tepuk belakang..tampar pipi.. korek mata..korek idung..cekau pipi.. tarik rambut.. ajak abg tengah tidur tu bangun main. Saboo jela..keletah budak2 penghibur hati kann..

Semoga smuanya membesar dgn sihat!!






Thursday, March 20, 2014

Ayam Masak Kicap paling sedap di dunia...


Assalamualaikum

Jangan mare.hehe.. itu memang tajuk original saya copy dari empunya resepi. Tak tukar okeh. Dah tajuk rope itu.. dan hakikatnya memang sedap pun ayam ni. Kelainan dalam resepi ni ialah meletakkan sedikit mayonis. Perhhh memang ada kelainan.. rasa lemak2 manis mencukupi sangat pada ayam masak kicap ni. Tak caya cer try. Simple pun simple nak memasaknya. Tak perlu terlalu banyak rempah..cukup dgn 4 sekawan dan bahan2 basic.

Terkejut jugak bila saya suapkan si Muaz dan AlFateh... tak berhenti2 makan nasi..tambah dan tambah dan tambah.. habis seperiuk sebelah siangnya. Bila si abg Bais balik dan makan malam pulak, 4 kali menambah nasi. Apa sebelum ni umi masak tak sedap ke? eh hehehe...

Bila ayam dah habis..diorang gaulkan aje kuah dgn nasi putih. Layan sungguh kome. Terima kasih si tuan blog Thunderkitten di atas perkongsian resepi ini. Memang sedap dan berbaloi2. Semoga diizinkan dan diperpanjangkan resepinya di sini pula :)



AYAM MASAK KICAP (MAYONIS)
resepi : thunderkitten
by: izahdaut


Bahan-bahannya

1 ekor ayam - izah guna 1/2 ekor ayam
- izah gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng dengan minyak penuh dan api yg besar utk mengeluarkan air ayam. Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.


bahan tumbuk/blend
1 biji bawang besar (purple)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batng serai - izah tambah


bahan rempah tumis
1 Kulit kayu manis
5 biji Cengkih - izah tak letak
2 biji Buah pelaga
1 Bunga lawang
8 biji Lada hitam biji - ketuk sedikit
3 biji Lada kering - potong sahaja


bahan perasa
6 sudu besar Kicap MANIS cap kipas udang
1 sudu besar mayonis lady's choice
Serbuk lada sulah ajishio
Garam ( tapi biasanya kicap dah cukup masin)




CARA MEMASAK

Ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak best. Angkat ayam dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.Tumiskan bahan rempah hingga berbau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/diblen tadi. Tumis sampai garing dan berbau wangi.

Masukkan ayam yang dah di goreng.
Tambah kicap secukup rasa.
Masukkan air sampai tenggelam semua ayam. Air aras ayam sahaja. Jangan terlalu banyak,

Buka api sederhana dan renehkan (masak slow2) kalau api kuat memang air cepat kering tp kuah tak meresap dalam ayam.. kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang..

Bila mendidih, masukkan mayonis..serius...sedap sangat bila korang tambah mayonis..ayam masak kicap korang akan ada rasa BANDAR...moden sikit la.. kan orang muda kena kreatip..
Keringkan kuah sampai jadi pekat..kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul2..
Rasa dulu..tambah la lada sulah ajishio dan garam secukup rasa..

Bila semuanya ok.. angkat dan hidangkan.



note: Izah edit sedikit ayat2 di dalam resepi.













Roti Doh Sponge



Assalamualaikum

Entah la saya nak tajukkan apa roti ni. Tapi roti ni kene buat doh sponge nya dulu baru di adun dengan bahan2 roti pulak. Saya jadikan roti cheese. Anak2 suka.. maknya memang la feberet ngan roti2 ni. Terima kasih buat tuan resepi Puan Zarina Yaacob yan saya amik di FB Puan Haida Rifqi.



Ni separuh adunan saya tabur cheese sebelum pembakaran. Selebihnya saya buat roti tabur gula.
Doh ni sangat lembik lembut mcm doh roti canai. So tak boleh nak dibentuk sangat melainkan picit je cara ramas menggunakan telapak tangan n picit. Lumur dulu tangan ngan minyak ye. Paham ke tuh? Kalau nak tahu cemana boleh la dicuba sendiri.



Tu dia punya kelembutan rotinya. Terpesonakan. hehe





ROTI DOH SPONGE
resepi: Puan Zarina
by: izahdaut






Doh span (A)

420gm tpg highprotien
250gm air
5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam




Doh (B)


180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air



Campur semua bhn Kecuali mentega n shortening. Mix
perlahan n masukkan doh (A)..mix n masukkan mentega n
shortening. Mix smp jd doh yg licin n elastik. Rehatkan 10min
pastu bentukkan. Sy guna acuan utk roti krim . Berat doh
50gm. Biar kembg 2x ganda pastu b
akar...












Tuesday, March 18, 2014

Pau Mawar Keledek Ungu


Assalamualaikum

Alhamdulillah puji bagi Allah tatkala bumi Malaysia dilanda bermacam2 krisis, Allah telah memakbulkan setengah doa kita dengan menurunkan hujan dan mendamaikan dengan kesejukkan. Semoga dengan doa yg berterusan dari seluruh dunia MH370 akan ditemui. ;-(

Ketika Malaysia digemparkan dengan kehilangan kapal terbang ni.. saya sedang menanggung kesengsaraan. Ye.. seksa bebenor kene ciken pox diusia remaja senja senja. hahaha... Miang merenyam 1 badan. Dalam mulut pun lebih 10biji kot dia hidup. Tapi derita ku tidak sederita berita yg ditatap dlm tv saban hari. Derita ku tak sederita org yang tak berair hampir sebulan. Dan derita ku tidak sederita  ladang kering kontang tidak dpt dituai hasilnya. Dan derita ku tidak sederita mereka yang menyedut asap segar bugar akibat kebakaran sana dan sini. 



Derita ku terubat jua.. Dan kini alhamdulillahhh.. 
Dan kelazatan pau ini melupakan sekejap derita semalam. Ewahh.. banyok nor deritanya.. haha
Serius pau ni saaaangaaaat sedap. Bercampur dengan keledek ungu, texture pau ini sangat lah lembut. Sangat2 kot.. kalah pau mak milah tepi jalan tu. Anak2 yang tak berapa gemarkan kuih ni pun habis 3 biji sorang. Mabelesss kata si Muaz... Umi dia bohong sunat sikit kata inti tu coklat kekacang. Kalau sebut kacang je jenuh la nak suruh rasa pun tak mau.



Doh pau ni sangat elok lembut dan senang dibentuk. Untuk membentuk pau bunga rose ni boleh rujuk link my resepi INI .. resepi oleh kak Wan. Dan elok melekat bila kita sambungkan menjadi kelopak bunga. Sunguh jatuh cinta dengan resepi ni. Terima kasih kak Wan :)





PAU MAWAR KELEDEK
resepi: Kak Wan
by: Izahdaut

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 250gm tepung pau
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula kaster
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar shortening
  • 150gm ubi keledek unggu (rebus dan lecek ketika masih panas)
  • 150ml air
  • Inti 150gm keledek unggu lecek 2 sudu besar gula kaster 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Inti : Masak gula dan air hingga larut, masukkan keledek lecek dan kacau hingga rata. Sejukkan dan gentel bulat-bulat.
  2. Doh Pau : Kisar ubi keledek, garam dan air hingga halus. Ketepikan.
  3. Satukan tepung, susu tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk pengadun. Masukkan keledek kisar dan uli hingga bergaul rata. Masukkan shortening dan uli dengan paddle/tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Timbang doh seberat 50gm setiap satu
  5. P1
    Canai doh bulat dia 10cm. Masukkan inti di tengahnya. Kemudian potong tepinya kepada 6 penjuru
  6. Pi2__small_
    Lipat seperti dalam gambar, biarkan bahagian intinya sedikit terbuka, kemudian lipat bahagian arah berlawanan menutup bahagian tengah inti.
  7. Seterusnya lipat membentuk kelopak mawar pada arah berlawanan seperti dalam gambar, sembunyikan bahagian hujung tepinya di bahagian bawah. Letak pau di atas sekeping kertas atau plastik.
  8. Rehatkan selama 30 minit dengan menutupnya dengan bekas atau kain lembab. Biarkan mengembang.
  9. Panaskan pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.
  10. Myr_p3223447
    Inti boleh di ganti dengan inti kacang atau apa saja yang di sukai