CSS

Tuesday, March 18, 2014

Pau Mawar Keledek Ungu


Assalamualaikum

Alhamdulillah puji bagi Allah tatkala bumi Malaysia dilanda bermacam2 krisis, Allah telah memakbulkan setengah doa kita dengan menurunkan hujan dan mendamaikan dengan kesejukkan. Semoga dengan doa yg berterusan dari seluruh dunia MH370 akan ditemui. ;-(

Ketika Malaysia digemparkan dengan kehilangan kapal terbang ni.. saya sedang menanggung kesengsaraan. Ye.. seksa bebenor kene ciken pox diusia remaja senja senja. hahaha... Miang merenyam 1 badan. Dalam mulut pun lebih 10biji kot dia hidup. Tapi derita ku tidak sederita berita yg ditatap dlm tv saban hari. Derita ku tak sederita org yang tak berair hampir sebulan. Dan derita ku tidak sederita  ladang kering kontang tidak dpt dituai hasilnya. Dan derita ku tidak sederita mereka yang menyedut asap segar bugar akibat kebakaran sana dan sini. 



Derita ku terubat jua.. Dan kini alhamdulillahhh.. 
Dan kelazatan pau ini melupakan sekejap derita semalam. Ewahh.. banyok nor deritanya.. haha
Serius pau ni saaaangaaaat sedap. Bercampur dengan keledek ungu, texture pau ini sangat lah lembut. Sangat2 kot.. kalah pau mak milah tepi jalan tu. Anak2 yang tak berapa gemarkan kuih ni pun habis 3 biji sorang. Mabelesss kata si Muaz... Umi dia bohong sunat sikit kata inti tu coklat kekacang. Kalau sebut kacang je jenuh la nak suruh rasa pun tak mau.



Doh pau ni sangat elok lembut dan senang dibentuk. Untuk membentuk pau bunga rose ni boleh rujuk link my resepi INI .. resepi oleh kak Wan. Dan elok melekat bila kita sambungkan menjadi kelopak bunga. Sunguh jatuh cinta dengan resepi ni. Terima kasih kak Wan :)





PAU MAWAR KELEDEK
resepi: Kak Wan
by: Izahdaut

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 250gm tepung pau
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula kaster
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar shortening
  • 150gm ubi keledek unggu (rebus dan lecek ketika masih panas)
  • 150ml air
  • Inti 150gm keledek unggu lecek 2 sudu besar gula kaster 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Inti : Masak gula dan air hingga larut, masukkan keledek lecek dan kacau hingga rata. Sejukkan dan gentel bulat-bulat.
  2. Doh Pau : Kisar ubi keledek, garam dan air hingga halus. Ketepikan.
  3. Satukan tepung, susu tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk pengadun. Masukkan keledek kisar dan uli hingga bergaul rata. Masukkan shortening dan uli dengan paddle/tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Timbang doh seberat 50gm setiap satu
  5. P1
    Canai doh bulat dia 10cm. Masukkan inti di tengahnya. Kemudian potong tepinya kepada 6 penjuru
  6. Pi2__small_
    Lipat seperti dalam gambar, biarkan bahagian intinya sedikit terbuka, kemudian lipat bahagian arah berlawanan menutup bahagian tengah inti.
  7. Seterusnya lipat membentuk kelopak mawar pada arah berlawanan seperti dalam gambar, sembunyikan bahagian hujung tepinya di bahagian bawah. Letak pau di atas sekeping kertas atau plastik.
  8. Rehatkan selama 30 minit dengan menutupnya dengan bekas atau kain lembab. Biarkan mengembang.
  9. Panaskan pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.
  10. Myr_p3223447
    Inti boleh di ganti dengan inti kacang atau apa saja yang di sukai




12 comments:

DYatie said...[Reply to comment]

Cantik! Nampak sedap. Menarik!

Best ny kalau sy kreatif.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...[Reply to comment]

Tergoda akak iza, teringin nak mencubanya ;)

Nana said...[Reply to comment]

adoi...comelnye...
teringin jgk nak mencubanya...

Bbwana adienia said...[Reply to comment]

cantiknya pau..sayang pula mau makan..huhu..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

Salam Izah.Lama k.atie tak singgah kat sini.Mmg cantik pau munge rose tu...Klu k.atie,buat tenung jer,syg nak mkn.hehe

Rohah said...[Reply to comment]

as salam izah..
ayunya pau purple nu...

mama sara nur said...[Reply to comment]

Assalam izah
Cantiknya pau roses, serius terpesona akak tgk ni. Kaler rose yg paling diminati

Chicken pox, ala siannya. Bahaya org dewasa kena , sb adik akak sampai admit sbln di spital tau.
musim skrg sb ank 2 di taska pun sorang demi sorang kena. Ada tu parents pun terjangkit bila ank kena kan

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

dah baik ke chicken pox tu? jangan garu2 sgt... nnt byk plak tinggal parut... kalau berparut kena sapu vit E kat parut tu utk hilangkan kesan parut... kulit remaja senja-senja ni tak sama dgn kanak2... kalau dah berparut susah nak ilang.. kalau kena masa budak2 parut mudah nak hilang.. hehehe...
apa2pun.. pau rose tu memang menarik... lama juga tak mengepau...

INA said...[Reply to comment]

Salam Izah..siyes cantik sgt kuih pau tu..saya pon dah lama tak buat kuih pau nie..

ninest123 said...[Reply to comment]

jordan shoes, replica watches, oakley sunglasses, longchamp outlet, burberry, tory burch outlet, oakley sunglasses, cheap oakley sunglasses, louis vuitton, louboutin, ray ban sunglasses, nike air max, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, uggs on sale, louboutin pas cher, nike outlet, ray ban sunglasses, gucci outlet, louis vuitton outlet, prada handbags, chanel handbags, kate spade outlet, prada outlet, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, replica watches, longchamp, longchamp outlet, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, air jordan pas cher, air max, nike free, nike air max, tiffany jewelry, tiffany and co, polo ralph lauren outlet, louis vuitton, nike roshe run, louboutin outlet, polo ralph lauren outlet, sac longchamp, michael kors, louis vuitton, nike free, longchamp pas cher, ugg boots, ugg boots, louboutin shoes

ninest123 said...[Reply to comment]

north face, nike roshe, hogan, replica handbags, michael kors outlet, abercrombie and fitch, new balance pas cher, vanessa bruno, ugg boots, nike free run uk, kate spade handbags, michael kors, true religion jeans, nike air max, coach outlet, timberland, michael kors, mulberry, true religion jeans, vans pas cher, true religion jeans, hermes, ray ban uk, ugg boots, lacoste pas cher, tn pas cher, michael kors, sac guess, north face, oakley pas cher, hollister, nike air max, michael kors outlet, hollister pas cher, ray ban pas cher, ralph lauren uk, michael kors outlet, true religion outlet, burberry, lululemon, air force, nike air max, michael kors outlet, converse pas cher, nike blazer, coach purses, coach outlet, michael kors, michael kors outlet, burberry outlet online

ninest123 said...[Reply to comment]

iphone cases, louboutin, soccer jerseys, valentino shoes, asics running shoes, new balance, celine handbags, chi flat iron, wedding dresses, ghd, beats by dre, soccer shoes, baseball bats, mont blanc, nike air max, timberland boots, hollister, nike roshe, ferragamo shoes, lancel, birkin bag, longchamp, converse outlet, jimmy choo shoes, nike air max, north face outlet, herve leger, mac cosmetics, abercrombie and fitch, ray ban, lululemon, gucci, hollister, vans shoes, nike trainers, oakley, hollister, bottega veneta, insanity workout, instyler, mcm handbags, north face outlet, reebok shoes, p90x workout, babyliss, vans, nike huarache, ralph lauren, nfl jerseys, converse