Tuesday, February 18, 2014

Tepung Talam





Sedap kuih ni. Walau pun tertanya jugak ada beza ke kuih talam dengan tepung talam tu ye.
Kuih ni agak lembutt berbeza dengan kuih talam biasa saya buat.
Mungkin campuran tepung tu menghasilkan kuih yang texturenya begitu.



Resepi ni saya dapat dari buku resepi Aneka Minum Petang Alaf 21.
Tertarik dengan resepinya yang menggunakan 4 jenis tepung, jadi saya pun mencubanya untuk minum petang. Anak2 suka kuih mcm ni. 






TEPUNG TALAM
resepi dari buku Aneka Masakan Petang
oleh: Izahdaut
*izah hanya masak 1/2 dari resepi di bawah.

Lapisan Bawah:
 150 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
25 gm tepung jagung
25 gm tepung kastard
700 ml air suam
1 sk air kapur
300 gm gula merah *
500 ml air *
bahan bertanda * dimasak sehingga larut


Lapisan Atas
600 ml santan
130 gm tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1 sk garam



Cara:
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan campurkan dengan gula yang dilarutkan tadi. Kacaukan semuanya di atas api sederhana sehingga berwap.

2. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit. *izah kukus kurang dari 25minit.

3. Sementara itu satukan lapisan atas dan tapis. Kacau atas api sederhana sehingga berwap.

4. Gariskan permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu. Tuangkan lapisan atas dan kukus sehingga 20minit atau masak. Sejuk dan potong.

Nota: Adunan ini elok gunakan 2 loyang berukuran 20cm supaya elok tebalnya.
















3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

nampak pun tau sedap tu izah.. kalau akak suka jugak.. tp anak2 akak kompem tak layan.. hehehe...

Wattie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Fuhhh, nampak lembut dan sedapla kueh talam tu. Perut tengah berkeroncong ni, nak tumpang sepotong leh Izah...

Adilah Manaf Celik Vitamin said...[Reply to comment]

Terima kasih berkongsi resepi ni.

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!