CSS

Friday, April 29, 2011

Talam Sagu


Assalamualaikum..

Hatiku telah melayang-layang ke kampung. Tak sabor nak balik kampung esok. InsyaAllah.
Nak tengok baby Aina
Ingatkan sempat nak tengok sekali anak sedara baru dari Muadzam Shah pulak, rupanya dia tak mau keluaor keluor lagi.
Akak saya pun kenalah ke Kuantan untuk dipaksa beranak. Huhu..
Moga selamat semua hendaknya.


Berbalik kuih yang macam baju ala ala politik kewanitaan ni kan, haha..
Kuih sagu yang sangat gigih ku potong nak suruh posing.
Masa memotong kuih gini, baru terasa keciknya dunia. Adehh..
Tengok la hasil atas usaha gigih tu...Senget benget kuih ku.
Apa pun mekasih kak Anymz ye.*ejaan nama glemer u!!
Ramai sangat sangat yg dah cube kuih ni.
Tapi sumbernya dari kak Anim from majalah kompilasi Kuih Talam yang dicuba.
Enak deh!!


KUIH TALAM SAGU
sumber: kak Anymz

bahan2  Lapisan bawah

2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1/2-1 cawan gula pasir-akak letak 1 cawan
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

cara membuat

Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas


bahan2 Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

cara membuat

Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit

Thursday, April 28, 2011

Muffin Coklat Coklat Chip berYogurt


Assalamualaikum..

Bila baca balik nama tajuk tu, macam sumbang je bunyi nye kan. Tak pe la sumbang disebut, jangan sumbang mahram sudah. No no no.. Ada yang bernanah mata tengok muffin cup tu. Haha.. jauh mali. Cantik kan kan kan. Saja nak tunjuk kat mek yung Anna Qawinna. Alahh.. i like la mapin ni. Paling suke bila tengok cup tu.. Susah nak dapat kat kedai bakery area Ampang neh.


Buat Noorsha, aku dah try ejas setting mcm ko suggest tu. Dan ini lah hasil nya. Tapi bukan bawah lampu kalimantang, dan bukan pula time matahari terang cantik. Ni time mendung hujan gerimis. Kurang terangkan. Nak kena try n error lagi.


Berbalik pada muffin ni, muffin yang fluffy sangat sangat, ringan dan yummy. Bukan jenis muffin yang padat dan moist tapi jenis fluffy gebu tapi tak kering. Asal resepi yang saya rujuk tu menggunakan bebahan organik dan rum, juga eggless. Tapi saya dah try n error guna bahan2 halal dan tak organik. Alhamdulillah sangat2 menjadi. InsyaAllah saya kongsikan resepinya.


MUFFIN COKLAT COKLAT CHIP  YOGURT 

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb membumbung serbuk koko
3/4 sk baking powder
1/4 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan + 2 sb gula perang
3/4 cawan coklat chip
1 biji telur- dikocok sedikit
1 cawan susu segar
1/4 yogurt
1/4 minyak sayur
1 sudu kecil essence vanilla
1 sk cuka *optional- jika tidak menggunakan telur

Caranya:

1. Ayak tepung, serbuk koko, soda penaik dan garam ke mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
5. Adunan sedikit cair.
6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.


tips untuk mendapatkan muffin menggebu naik cantik, masukkan adunan hampir penuh ke dalam muffin cup. InsyaAllah muffin tidak melimpah keluar kerana muffin ni akan naik di akhir pembakaran. Maknanya muffin dah keras dipermukaannya tu. Jadi muffin ni tak akan melimpah keluar cup.


enjoy!!

Wednesday, April 27, 2011

Award: Dari Sazahaiza, Tahniah kak Antan dan Tag Fie Jom Berkenalan


Assalamualaikum..

Memula sekali buat kak Antan, tahniah kerna blog kak Antan kita ni dah berumur setahun.
Baru juga berkenalan dengan kak Antan yang peramah tu.
Tapi agak sibuk dengan tugas2 sebagai guru.
Suka masuk blog kak Antan ni.
Tetibe je nak nyanyi lagu "antan bertingkah sahut sahutan.."
Paling suka dan khusuyuk masyuk masuk blog kak Antan ni mendengar nasyid kat situ.
Siapa belum kenal ngan kak Antan meh la jenjalan blognya.
Banyak menu2 yang menawan kalbu tau.
Jemput KE : ANTAN BERTINGKAH



Cantik tak award ni?
Sangat suke sebab belum pernah lagi dapat award ni.
Kreatif dan cantik.
Dari sazahaiza. Baru juga berkenalan.
Mekasih akak..eh akak ke ek.. Hehe.
Apa pun mekasih kerna mengingati jugak blog saya untuk dianugerahkan award ni.
Ada lagi...
Award untuk follower blognya.
Kira tamak jugak saya petang ni, dua dua saya amik. Hehe..


Cantikkan?
Mekasih sazahaiza.
Nak tengok empunya nama ni jemput ke: SAZAHAIZA resepi@ petua




Yang ni pulak TAG NAK BERKENALAN dari Fie.
Wah kena tag pulak. Mekasih sebab sudi berkenalan dengan saya ni ek.
Ececeh..
Walaupun tak de apa yg istimewa sangat saya ni, tapi orang dah nak berkenalan, kite sudi sudikan aje.
Nak ke rumah Fie?

Soalan tag.

STATUS?
Mak dara.
aiiyakkk.. hehe. isteri orang. emak orang. anak orang.

CERITA TENTANG DIRI?
Simple person.
Tak berapa reti bergaya mengikut trend.
Suka yang selesa, nyaman dan of course menutupi mahkota wanita anggun. Ececeh..
Seorang isteri yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.
Sentiasa mahu mendapat redha Allah yang datang bersama redha suami.
Seorang ibu yang sentiasa belajar memahami karenah anak-anak.
Juga sentiasa berdoa anak2 dan keturunan menjadi orang yang benar2 beriman.
Tak mahu anak2 dan keluarga dalam kategori " mereka kata mereka beriman sedangkan mereka tidak beriman". Nauzubillah..
Bercita2 nak ada kedai mapin dan roti.
Sangat suke mapin.
Suke memasak tapi tak suke kemas pinggan mangkuk.
Surirumah sepenuh masa.
Asal orang Pahang. Tetibee.. haha


CERITA TENTANG BLOG
Titik tolak bermula berblog adalah, saya beriya iya nak bukukan gambar2 anak.
Encik suami, telah suggest pada saya buat blog.
Masa tu dia suruh buka blog via weebly.com.
Saya pun dengan bersemangatnya, mereka la blog tu. Semua kena buat sendiri.
Coding html..apa kejadahnya..susah lah..
hampir putus asa..tapi ada la jugak hasil gambar2 anak..
gambar2 masa dara, masa kawin, gambar family semua saya letak kat situ.
Lepas tu adik saya, yang tahu saya suke masak cadangkan ngapa tak buat blog macam Chef Hanieliza.
Dia juga lah yang rekemenkan  blog kak Lieza tu.
Masa tu saya suke sangat buat mapin sebab, hubby suka makan dan Bais pun suka.
Tak pikir panjang, masa memula hubby create blogspot ni, terus saya sajes guna nama Mapin lover.
dari blog kak Lieza, saya suke dengan blog Mamafami.
Dari situ terus saya kenal sifu2 dalam berblog.
Rupanya berblog ni memberi satu dimensi yang lain.
Seperti kita berada disebuah alam yang lain, alam yang mesra, berkenalan penuh ukhuwah.
Sehari tak online bertegur sapa dengan kawan2 blog rasa..
errr... susah nak kata.. anda rasa?hehe
Jadi seperti maklom, blog saya sarat dengan menu masak2.
yang saya rasa sedap untuk dijamu, akan saya masukkan resepinya.
Suke kan berkongsi resepi ni.
Jadi sokong lah saya. tetibe..

PENDAPAT TENTANG DUNIA BLOG?
Dimensi berbeza.
Tempat luahan rasa.
Tempat beerkongsi rasa.
Tempat mengeratkan silaturrahimm.
Tempat merempit. hehe

NASIHAT PADA NEWBIE BLOGGER?
teruskan usaha anda untuk berblog.
Jadikan blog tempat menambah ilmu dan kenalan.
Ikhlaskan diri..hiasi peribadi..moga kuntuman senyum bersemadi.

KEUNIKAN BLOG ANDA?
Unik blog atas nama Muffin kot.
Iye ke? Ada tu yang mencebik.. haiishh tak beekk tau!!
ce crite ce crite apa yang uniknya blog ni?
hehe

SAMPAI BILA BERBLOG DAN IMPIAN BLOG?
sampai rasa tak boring dengan blog.
sampai kertuuuuu...
sehingga masih duduk dlm kawasan berinternet kan ku gagahi jejari ini berblog.


Muffin Pandan (kukus)


Assalamualaikum..

Sebenarnya dah agak lama jugak Fazee Azua request resepi pandan muffin versi kukus. Sebelum ni ada juga try and error resepi pandan muffin kukus, tapi tak berapa menjadi. Tapi yang ini, pada saya sangat sedap. Lembut gebu ringan dan enak. Makan panas-panas pun sedap, makan dah sejuk pun sedap. 


Maaf la ye, gambar kelabu asap je. Dah kepenatan nak snap sebenarnya. Main hentam je. Banyak gambar tak jadi dari menjadi. Tapi apa pun muffin ni menjadi kegemaran budak berdua tu. Duk ngulang makan muffin ni sampai tinggal 4,5 ketul je untuk sarapan. Buat Fazee sudi sudi la try muffin ni. Muffin ni kategori muffin simple je. 


MUFFIN PANDAN (KUKUS)
by: Izahdaut

1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/4 sk baking soda
secubit garam
1 biji telur
1/3 cawan yogurt
1/3 cawan santan
1/4 cawan minyak sayur
1 sk pandan paste *boleh juga kisarkan santan dengan beberapa helai daun pandan
1/2 cawan gula *kurangkan 2 sudu
beberapa titis pewarna hijau

Caranya:

Ayak tepung bersama baking powder, baking soda dan garam. Gaul sebati.
Ketepikan.
Satukan bahan2 yang lain dan kacau sebati. (bahan basah)
Masukkan bahan basah ke dalam tepung yang di ayak tadi.
Adunan sedikit cair.
Masukkan ke dalam muffin cup.
Kukus di atas kukusan yang telah dipanaskan dengan api sederhana.
Kukus lebih kurang 15 minit.
*Masa kukusan bergantung saiz muffin.





Tuesday, April 26, 2011

Jom Makan Aiscrim


Assalamualaikum..

Panas tengahari ni.
Sedap betul pekena aiscrim coklat.
Tapi tak de resepi yang bersukat pun.
Main campak2 godek2 je.
Resepi anggaran je ok.


AISCRIM COKLAT EMULCO

1 1/2 cawan air masak
2-3 sudu besar susu pekat
5-6 sudu makan crimer
1-2 sudu makan susu tepung
1 1/2 sudu kecil coklat emulco

Campur semua, blend kejap. Masuk dalam bekas aiscrim.
Bekukan dalam peti sejuk. 
Dah beku bolehlah dimakan.

Aksi budak2  yang suke sangat aiscrim.
Sian rambut diorang neh.
Mak sedaranya tengok muka diorang ni dalam entry puding coklat, boleh dibantai gelakkan diorang.
Ampeh tul.
Kepala diorang ni menunggu saat2 dibotakkan.






Sardine Rolls


Assalamualaikum..

Sardine rolls ni memang best. Saya buat separuh adunan je, tak cukup la pulak. Dak kecik tu pun suke. Abangnya aje tak gemor sardine. Pasti dibuat lagi dan lagi. Pastry dia sedap, inti sardine pun sedap masam2 secukup rasa.


Nak buat pun tak susah mana. Bila tengok balik gambo ni rasa terliur jeee... Mekasih Noorsha untuk resepi best ni. Sebenornya dah lama duk simpan resepi ni dlm folder. Masa belum berblog lagi. Dan umah kak Hana pun ada sardine roll tapi tukor tuna rolls.


SARDINE ROLLS


Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )
200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam

Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri :
Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin &; tak melekat di tangan.
Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti
Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
Masukkan hirisan bawang besar &; tumis bersama hingga layu.
Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula &; limau kasturi.
Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
Canai nipis pastri &; potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
Masukkan sedikit inti sardin &; gulung.
Susun dalam dulang pembakar &; sapukan permukaan roll dengan kuning telur
Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi &; bakar sehingga kuning keemasan.



Monday, April 25, 2011

Rich Choc Puding


Assalamualaikum..

Waduh enak bangat dapat makan puding sejuk sejuk waktu panas gini. Cuaca panas berkuwap tapi petang karang biasanya hujan. Dah lama betui nak menikmati puding choc  kak Jun ni, dan akhirnya... waduhh kok enak bangat. Budak2 menari dan menyanyi girang dapat makan puding ni. Sedapnya.. Resepi ni memang dah glemer habis kat blog masak2 terutama yang gemar puding. Tetiba teringat kak Nor.

Mekasih kak Jun untuk resepi ni. Saya buat satu paket 10gm agar2. Memang laku puding ni. Encik hubby pun suka.


RICH CHOC PUDING
resepi: kak Jun@myR

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
ni akak Jun tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


Nak tau cemana aksi bebudak lepas dapat menikmati puding ni. Jom!


Buat aksi kucing sambil mengeow dan mencakar. 
mulut comot ngan puding.
Kalau puding coklat kena baju kanmain lagi geli yek yek.
Tapi tak tau kat mukanya lagi penuh ngan coklat. Kikiki


Nyanyi kat balconi lagu maher Zain.
Tapi orang nyanyi INSYAALLAH..dia nyanyi MASYAALLAH.
Sebab biasa dengor umminya masyaAllah kus semangat naik hantu tengok diorang menyepah rumah.






Apam Gula Melaka II


Assalamualaikum..

Apam untuk anak-anak makan buat minum petang ujung minggu baru ni. Merangkap sarapan hari ahadnya pula. Pernah juga saya buat apam gula merah di sini. Tapi sangat berbeza rasa dan kejadiannya. Apam ni sangat best dan gebu dan kalau org kampung saya cakap 'lehik-lehik' sikit. Kalau lumur ngan nyior masin tu, memang terus melekat. Sedap bete makan ngan nyior. Wangiii dan i likeee it bery much. 

Apam ni sebenarnya ada diderhakakan sikit. Sebab saya campurkan dengan air gula melaka lebihan bubur som2 dulu. Jadi  gula melaka yang dah masak ngan secawan air tu saya jadikan 1 1/2 cawan.  Sebabnya kalau kita masak air ngan gula melaka, air gula tu akan jadi lebih sikit kan? Paham ke ni? Ke saya pun tak paham. Hhehee.. Tapi apa pun, saya dah jadikan air gula yang dah dimasak tu jadi 1 1/2 cawan la. Gula pasir saya hanya letak 1 sudu. Perfect!!! Sebenarnya kita leh je cicip dulu nak rasa manis tahap manakan.

Mekasih buat kak Nor sebab resepi ni dah lama simpan dari blog kak Nor yang sangat la pakar memasak itu. Kak Nor mekasih banyak yeee  dan tuan resepi che Iza@myR.


APAM GULA MELAKA 

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ k.nor guna campuran nisan & gula merah
* sehelai daun pandan

2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.


Sunday, April 24, 2011

Ahad yang pause... dan Soft Tender Burger Bun

Assalamualaikum..

Ohh hari ahad ni rasanya jarum saat lambat betul bergerak. 
Rasa tak de apa yang berjalan kecuali cartoon kat Tv dan matahari yang makin tinggi.
Malas betul nak ke dapur.
Malas nak mengadap washing machine manual. *motif?
Malas juga sebenarnya nak ngadap lappy.
Tapi
tapi
tapi
lagi tak de napsu kalau nak ngadap TV cerita katun tah apa apa tu.
Dulu masa Bais kecik sikit dia suke kartun comel2 gitu.
Boleh jugak ummi dia layan sekali.
Sekarang semua kartun robot2, lawan2, fire2..
huh tak kose mak nak layan nyah.
Ku seru semangat mu..mana..mana..
oh tidak kunjung tiba..
*semangat nak masuk dapur je pun.
Tak de juga, maka kan ku goreng telur je la tuk budak berdua neh. 
Hahaha.. gelak sorang diri. Sepi.
Jom layan roti.
Mekasih buat kak Jun dan Kak Ummi.



SOFT TENDER BURGER BUN

Ingredients:- (12 buns)

1 Cup warm water
1 Tsp sugar
1 Tbls. dry yeast
3/4 Cup warm milk
4 Tbls. sugar
1/4 Cup shortening - Melted
1 1/2 Tsp salt
4 Cups Bread Flour, Reserving ½ Cup
1 egg white
1 Tsp. water
1 Tbls. sesame seeds

Method:-

Proof the yeast in 1 cup warm water with 1 teaspoon sugar; let sit for 10 minutes until foamy.
Using a mixer, and a large bowl add in 3-1/2 cups flour, 4 tablespoons sugar, melted Crisco, warm milk and salt.
Add in the proofed yeast; mix to create a soft semi-sticky dough, adding in reserved flour as needed (do not add in too much as it will create a heavy bun, dough should be semi-sticky.
Knead dough for about 10 minutes. Remove dough, and let rest on the counter, cover with a clean dish towel for 10 minutes (this is an important step!).
Knead the dough gently for 30 seconds with hands. Place dough in a large well-greased, oiled bowl. Cover, and let rise in a warm spot for 1 to 1½ hours, or until double in size.
Punch down dough. Shape into large balls, and place on a large greased cookie sheet (you should get 12 balls on the sheet).
Cover with a light clean towel, and let rise in a warm place for 30-40 minutes, or until almost doubled .
Preheat the oven at 375°F.
In a small bowl, mix together 1 egg white with 1 tsp water; whisk, and mix well. Carefully brush the tops and sides of the buns with the egg mixture.
Sprinkle with sesame seeds. Bake for about 20 minutes, or until golden brown.




Saturday, April 23, 2011

Donut Kentang Fatmah


Assalamualaikum..

Nama donut ni donut kentang aje ye, tapi sebab rasanya ada banyak juga donut kentang dah dicuba jadi untuk membezakannya saya letak di ujung nya nama owner resepi ni. Donut ni sangat sangat sangat sedap. Sedap betul la, rasa lemak kentangnya, cukup rasa la semua. Macam donut kak Rima hari tu jugak, penggunaan kuning telur tu banyak la kan. Tapi sure sangat best.

Banyak tips yang diberi oleh puan Fatmah ni. memang membantu bagi sesiapa yang baru nak mencuba mendonut. Donut ni pula tak perlu tunggu lama. Rehatnya pun sekejap je. Jadi saya rasa berbaloi sangat nak pecahkan 4 biji telur untuk 1/2 kilo tepung tu. Penggemar donut, saya rekemen mencuba donut ni. Best ever donut! Mekasih puan Fatmah dan kak Suzi. Juga kak Hana. Sebab 1st time jumpa kat blog kak Hana donut ni.



DONUT KENTANG 
sumber: kak Suzikak Hana


Bahan-bahan

500 gr tepung terigu protein tinggi *saya guna gandum
50 gr susu tepung
11 gr ragi instant
200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gr gula psir
75 gr mentega *saya guna marjerin
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.



TIPS

Sukses Membuat Donat Kentang
:: Penulis : Fatmah Bahalwan

Membuat donat sesungguhnya sangat mengasyikkan! Asalkan kita memberi perhatian khusus pada beberapa hal, Insya Allah, donat akan bundar cantik, dan lezaaat....

Siapkan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yg boleh ketinggalan satupun, meski garam sekalipun.
Ingat aturan bikin roti, ragi gak boleh ketemu garam dan atau mentega ya. Nanti raginya mati, gak mau mengembangkan adonan. Garam dan mentega masuknya setelah adonan setengah kalis.
Haluskan kentang sampai benar-benar halus, kalau perlu pake blender, supaya adonan bisa licin dan gak gradakan :)
Setelah Halus Dinginkan kentang sebelum dibuat Donat. Terus kalau tidak dalam keadaan dingiiiinnn...waaa.., raginya langsung mati jeh.
Buat adonan hingga kalis elastis, ikuti step by step pada resep, hingga ketika dibulatkan permukaannya halus licin. Bulatan yang halus dan licin akan membentuk donat yang bulat cantik ketika digoreng/merekah.
Istirahatkan adonan lk. 20 s/d 30 menit (tergantung cuaca), tutup dengan plastik spy permukaannya tidak kering.
Lubangi bagian tengahnya, goreng dengan panas sedang (supaya donat matang sempurna sampai kebagian dalam).
Menggunakan sumpit, buat gerakan memutar pada lubang donat ketika donat mulai digoreng dan merekah, agar bentuknya membundar cantik. Gerakan memutar (sentrifugal) akan membantu terbentuknya donat yang bundar.
Bila salah satu sisi sudah kuning kecoklatan, segera balik, teruskan menggoreng sampai kedua sisi coklat. Angkat. Tiriskan

Friday, April 22, 2011

Kuih Dadar Coklat


Assalamualaikum..

Asik coklat je berturut2 entry saya ye. 
Kuih ni buat pagi tadi for breakfast anak2.
Roti dah habis, nak buat segan. 
Budak2 nak makan jem coklat pulak.
Jadinya round2 kat list kuihmuih.
Tertarik nak cuba yang ini.
Sangat sedap!!
Saya tak buat jem coklat cam dlm resepi. 
Guna yang beli punya.
Mekasih kak Wan untuk resepi ni.
Anak2 suke siap makan rebut2 lagi.


KUIH DADAR COKLAT

Bahan Inti Coklat

100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam

Bahan Dadar

200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser *saya tak guna.

Cara-cara :

1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.




Super Moist Eggless Chocolate Cake untuk rasminya..


Assalamualaikum..

Dah ramai yang buat kek ni. Rasanya semua semua blog yang suke mencuba kek kek terkini dah try kot. 
Semalam Hasue pun dah tunjuk kat blog nya. Kak Nor lagi la dah 3 kali buat kan.
Sesuai la dengan nama kek ni telah menggambarkan texture kek ni sendiri.


Kek ni memang kena masa nak buat sebab nak rasmi cake stand pemberian kak Paty.
Mekasih kak.
Juga menggunakan sepenuhnya strawberi yang hampir dilupakan dalam peti es.
Kek yang sedap untuk dicuba. Mekasih buat kak Dayang dan kak Nor yang mempromosi baikk punya.


Super Moist Eggless Chocolate Cake

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.





Hadiah GA kak Paty sudah tiba..


Assalamualaikum..

Pertama sekali jutaan terima kasih buat kak Paty dari PATY'S KITCHEN yang memilih kami -kami menjadi yang bertuah dapat hadiah GA dari kak Paty ni. Ramai mungkin dah tahu kak Paty dan menu menunya yang pelbagai. Bagi yang belum mengenalinya boleh la ke blog kak Paty tu ye. Saya suke tengok menu breakfastnya yang memberi ilham untuk buat breakfast untuk anak2 saya.

Kak Paty seorang career women yang sangat busy tapi masih membolehkan dirinya untuk ke dapur buat santapan family dan mengupdate blognya. So buat sesiapa yang kurang ilham untuk memmasak boleh la ke dapur kak Paty.

Terima kasih juga buat Ayu, kak Paty's daughter yang menghantar hadiah ni by hand. Kesian betul kat Ayu sebab masa dia dah sampai kat bawah, callnya tak dijawb. Entah bila bebudak ni main enpon di silentkannya. Tup tup Ayu dah tejengul depan pintu je. Kesian dia. Banyak kali call tak dijawab, sebabnya guard kat bawah ni susah orang luar dia nak kasi masuk. Tuan rumah kena turun jemput tetamu.  

Apa pun terima kasih kak Paty dan Ayu. Saya suka bangat dengan cake stand yang cantik bangat ni. Semoga akak dan blog terus suksess ye.



Thursday, April 21, 2011

Muffin Coklat Yogurt


Assalamualaikum..

Muffin coklat simple je. Buat time internet mengong hari tu. Dah lama habis ye.  Resepi ni dari collection sendiri tapi dah ejas sikit. Tapi bila dah siap dibakor, berebut rebut pulak bebudak ni makan. Encik hubby pun sama. Katanya sedap dan moist. Uiks cik abang ni memang gemor kek coklat2 ni, tapi kengkadang susah jugak nak suitkan selera dia. Boleh la di cuba untuk merasa hasil mapin ni. Memang moist, wangi dan gebu.



MUFFIN COKLAT YOGURT

1 cwn tepung
1/2 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda
1 sk nescafe
secubit garam
3/4 cwn gula
1/2 cwn minyak
1/2 cwn yogurt
1/8 cwn susu segar
1 biji telur
1/4 lebih sikit air panas

Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
Satukan bahan basah kecuali air panas. Gaul sebati.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Sebatikan.
Akhirnya masukkan air panas. Sebatikan.
Masukkan ke dalam muffin cup dan bakor pada suhu 180 slama 25 minit.