Assalamualaikum..
Selamat pagi semua. Semalam tak de entry, kerna saya dikunjungi teman lama, Norlida. Thank Nor sudi jenguk kami. Nanti jangan serik datang lagi. Bagitau awal2 ye nak mai umah. Hehe.. Semalam jugak anak-anak saya tak berapa sihat. Si abang dah dijangkiti demam dari si adik. So melayan karenah anak anak demam lah saya hari ni.
Donut labu ni dah lama saya buat untuk menghabiskan labu. Donut ni masa membancuh tu, saya guna bm, jadinya confiden aje dengan sukatan air tu. Rupenya sangat lembik kejadiannya. Huhu..kena tambah tepung lebih dari 6 sudu besar jugaklah. Mungkin sebab labu yang saya rebus tu dah lembik jadi penggunaan air perlu dikurangkan. Saya buat separuh dari resepi akak madiha ni. Tu pun dapat banyaaakk. Lepas buat je, saya nampak kak Yatie pun dah cuba dan menambah telur dalam adunan donut. Mungkin kejadiannya lain sikit kot. Yang donut saya ni gebu dan liat liat sikit.
Apa pun mekasih kak madihaa untuk resepi donut ni. Memang ada kelainan sebab ada rasa lemak labu dalam donut ni dan warna donut yang cantik kan?
Donut Labu by MaDiHaA @ mamawandiha
Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
1 ½ cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 teaspoon mauripan
620 gm tepong gandum
secubit garam
Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Cara2 Menyediakan
[menggunakan bread maker (BM)]
1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan. Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
[menguli dengan tangan / cara manual]
1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu) Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Membentuk doh
1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
Saja saya tak coat ngan gula untuk menampilkan warne sebenar labu yang cantik.