CSS

Thursday, February 26, 2015

Kuih Lapis Coklat Kak Wan


Assalamualaikum

Apa bikin hari ni? Dah memikir menu untuk hari ni? Pikir jangan tak pikir. Buka tutup peti ais sambil pikir. Hhehe
Saya pun tengah pikir. Tapi sedang memikir bagaimana agaknya perkembangan  zaman teknologi bila anak-anak membesar.
Saya terpalit kerisauan dengan perkembangan teknologi yang bagai tiada penghadang.
Bebas. Luas. Tanpa halangan. Tanpa panduan. 
Kerisauan orang dulu-dulu,bila anak remaja bebas berpeleseran. Kerisauan orang sekarang anak-anak remaja bebas bersosial di dalam bilik sahaja. Cukupkah dengan pantauan ibu bapa. Setakat mana keberkesanan nya.
Eh sekarang agak-agak karangan spm masih mcm kita dulu-dulu kah? 
Masih adakah ayat "melepak di kompleks membeli-belah adalah masalah sosial remaja", atau sudah bertukar kepada "perkembangan teknologi tanpa sempadan adalah masalah remaja kini yang boleh melayari internet bebas di dalam bilik". 
 Ok adakah saya terlalu emosi? Kenapa kah? Adakah ini faktor usia?
Ok pi depan cermin cek wrinkle. toinggg..Mana Rania neh.. ngeeee



Berbalik pada kuih lapis coklat ni. Memang sedap uols.. Lembutt  n perasa coklat ditambah wangikan dengan neskefe. Saya ckup suka. Anak-anak juga gemar kuih ni. Alhamdulillah. 
Saya buat separuh dari resepi yang kak Wan share kan. 
Habis licin :) 
Tq kak Wan. Saya share di sini pula resepinya.



KUIH LAPIS COKLAT KAK WAN


Bahan A
250 gm tepung beras
350 gm  tepung ubikayu
40 gm tepung sagu
400 ml santan pekat
1 sk garam


Bahan B
450 gm gula pasir
1000 ml air 

Bahan C (pes coklat)
30 gm serbuk coklat + 1/2 sk serbuk neskefe.- larut kan bersama 60ml air panas.
atau
2 sb coklat emulco + 1/2 sk nescefe

Loyang 9x9


Caranya:

1. Satukan bahan A, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Masak bahan B sehingga mendidih. Kemudian tuang ke dalam bahan A dan kacau dengan cepat sehingga rata. Tapis.
3. Bahagikan 2 samarata. Satu bahagian dibiar warne asal dan bagian satu lagi dicampur dengan pes coklat.
4. Bahagikan setiap adunan kepada 5 bahagian untk menjadikan 5 lapis setiap warna.
5. Bila kukus panas, boleh mula melapis dan setiap lapis masak selama 5 minit. Buat sehingga habis.
6. Apabila siap melapis, biarkan kuih lapis masak sehingga 25minit.
7. Biarkan kuih lapis benar-benar sejuk , kemudian boleh dipotong menggunakan plastik cutter.







Wednesday, February 25, 2015

Rainbow Kek dengan Mr Bean image


9"
Kek rainbow
2.5kg

Ayam Masak Kicap Berserai




Assalamualaikum

Lauk ayam sesaja. Ejas sikit -sikit bagi rasa berlainan.
Anak-anak memang suke ayam. 
Ikan pun suke, cume ikan mahal kemain lagi. Kalau makan ikan, masak macam selalu selalu je. 
nak tepek resepi pun kemalasan kemain. 

Ayam ni saya ikut resepi kak Anis. Budak-budak kemain suke.
Suap nasi serupa lupa dunia. Sedar-sedar bertambah dan  bertambah habis nasi satu periuk. 
Ni nasi sedap ke,atau ayam serai ni sedap. Eh? hehe

Tapi serius mmg boleh diulang lagi lauk ni lenkali.
SEcukup rasa, tapi kene pandai belen la bahan tumis dengan sukatan ayam.
Sya buat 1/3 ekor ayam. Dan ejas bebahannya. Terima kasih kak Anis mohon sahre resepi di sini pula.



AYAM MASAK KICAP BERSERAI

Bahan-bahannya: 

1 ekor ayam - saya potong 12 bahagian digaul dengan garam kunyit dan digoreng lembab
*izah guna 1/3 ekor

7 tangkai cili kering dikisar 
3 biji bawang sederhana besar dikisar 
sedikit halia dikisar 
1 biji bawang putih dikisar 
3 batang serai dititik 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga lawang 
2 batang kayu manis - sepanjang 1/2 inci tiap 
sedikit air asam jawa 
kicap pekat secukupnya 
kicap masin secukupnya 
gula secukupnya 
3 biji kentang - dipotong 4 dan direbus sederhana empuk * izah tak letak
1 biji bawang besar - dipotong bulat *izah takletak
5 batang lada merah - dibelah 2 * izah tak letak

*izah tambah,tumis hirisan 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih.sedikit hirisan halia.Tumis sebelum masuk bahan kisar.



Cara-caranya: 

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Tambahkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang dititik. Kacau sebati. Biar hingga pecah minyak.
 2. Masukkan kicap pekat dan kicap masin secukupnya. Tambahkan dengan sedikit gula dan air asam jawa. Biar ada rasa masam, manis dan masin ikut selera masing-masing. 
3. Masukkan sedikit air, biar mendidih sekejap dan masukkan ayam. Gaul sebati. 
4. Tambahkan dengan kentang, kacau lagi.
 5. Apabila ayam dan kentang telah mula sebati dengan kuah kicap tadi masukkan pula hirisan bawang besar dan lada merah. Kacau sebati. 
6. Tutup kuali seketika, kacau lagi, matikan api dan bolehlah dihidangkan.





Tuesday, February 24, 2015

Apam Susu


Assalamualaikum

Dah lama saya buat apam susu ni.
Baru hari ni nak share resepi dengan anda semua.
Apam ni memang gebu,cuma kurang dapat sambutan oleh anak-anak. Mungkin apam ni sedikit kering.
Kalau cicah ayaq teh memang layan jugak ni.
Yang ni saya buat dlm bekas kecil, dan saya intikan sedikit bagi menarik.

Terima kasih tuan resepi. Mohon izin tepek resepi di blog saya pula.






RESEPI APAM SUSU
sumber: Anna 


Bahan A) 
  • 1 1/2 cwn.tepung gandum. (asal 2 cawan)
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan B)
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 cawan gula castor(asal 1 cawan)

Bahan C)
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar minyak jagung (saya guna minyak masak)

Pewarna/perasa kesukaan 


Cara-cara :
  • Panaskan kukusan & oles minyak/marjerin di keseluruhan loyang. Ketepikan.
  • Ayak bahan A , ketepikan.
  • Putar sebati bahan B sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan bahan C, putar sebati.
  • Masukkan pula tepung (A) sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  • bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. 
  • Saya bahagi 3, 1 adunan letak strawberry paste/1 adunan coffe emulco / 1 adunan orange paste.
  • Tuangkan kedalam loyang berselang seli, gunakan pisau/chopstik untuk melorek
  • Balut loyang dengan aluminium foil supaya air wap kukusan tidak menitik ke dalam loyang kuih.
  • Kukus selama 45 minit/sehingga masak menggunakan api sederhana.
  • Tunggu apam benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang.
  • Selamat mencuba






Kek Coklat Ana Muslim


Kek ni di tempah oleh cikgu untuk anak daranya.
Alhamdulillah cikgu ni memang kastemer baik saya, cuma sekarang cikgu dah pindah Rompin.
Jadi dah tak dapat la kerap order mcm dulu.
Tapi kebetulan, asben cikgu ni ke KL, jadi ada la rezeki untuk birthday anak dara untuk sekelian kalinya.
Anak dara cikgu ni memang setia pada Ana Muslim. hehe


Kek coklat Moist dengan cheese buttercream
9"
2 kg ++


w.a 0135122180









Monday, February 23, 2015

Tempahan Carrot Cake for Birthday


"Sedap giler"
"eh sedaplah carrot kek ni"
"Hmm sedap nya"
"Ooo sedap rupanya kek ni"

Ni antara ayat ayat yang keluar bile kaum kerabat mengigit kek ni.
Kek ni saya buat untuk birthday kakak dan kebetulan mak saya pun ada datang ke kl.
Jadi kami adik beradik berkumpul n ronda-ronda zoo negara.
Amboi potong kek kat zoo koo. Haha



kek size 8"
berat 2kg kurang lebih
 Kek carrot yang gebu tapi moist.

wa 0135122180 untuk tempahan.









Wednesday, February 18, 2015

Tempahan Coklat Brownies berserta Resepi





Assalamualaikum

Last week , malam, kami sefamily keluar makan satay station ampang.
Balik dari makan satay, kalau siapa biasa melalui jalan rentas dari jalan ampang, melalui taman watan hendak ke bandar baru Ampang akan biasa dengan jalan menuruni bukit bertrafik lite berhadapan flat sri Nilam.
Korang tak tahu kan? Haha.. tak pe.. saja aku detail kan supaya cerita ni nampak menarik. ngeee...
Waktu kereta kami menuruni bukit,trafik lite merah dan kereta berlawanan hijau. Mujurlah asben saya sempat mengelak sebuah teksi arah berlawanan yang korner over mengambil jalan kami.
Guest what? Dah la makan jalan kami, encik teksi tu boleh berenti di situ jugak (belakang sikit dari kereta kami), dan membaling batu pada kereta kami. Jadi suami saya buka sedikit pintu untuk menjenguk dan pemandu teksi menjerit "Bodoh , tak nampak jalan orang ke?"
*lebih kurang macam tu la ayat nya.

So..  aku assume dia kata kat diri dia sendiri. Hahaha.. itu je saya nak cerita. Ramai org tak waras n mabuk tapi jangan la sampai baling batu kat kereta ai okeh. Sivik tarak punya. Bukan.. pemandu tu bukan India. Pemandu itu sangat fasih berbahasa melayu. Jadi saya assume dia melayu, agama nya kurang pasti. :)

Suke brownies? Ada bermacam jenis brownies dan berbagai rasa.
Saya suke coklat atau coklat bersama cheese.
Dan ini resepi yang saya guna untuk tempahan.







BEST BROWNIES


  • PREP
    25 mins
  • COOK
    35 mins
  • READY IN
    1 hr

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour an 8-inch square pan.
  2. In a large saucepan, melt 1/2 cup butter. Remove from heat, and stir in sugar, eggs, and 1 teaspoon vanilla. Beat in 1/3 cup cocoa, 1/2 cup flour, salt, and baking powder. Spread batter into prepared pan.
  3. Bake in preheated oven for 25 to 30 minutes. Do not overcook.
  4. To Make Frosting: Combine 3 tablespoons softened butter, 3 tablespoons cocoa, honey, 1 teaspoon vanilla extract, and 1 cup confectioners' sugar. Stir until smooth. Frost brownies while they are still warm.









Monday, February 16, 2015

Kek Hantaran Pertunangan Red Velvet Pink


Red Velvet  bersama edible image
2.5kg ++
9"





wa 0135122180






Thursday, February 12, 2015

Ayam Goreng Berempah Serai


Assalamualaikum

Bila memikirkan lauk apa untuk anak-anak, biasanya dlm kepala saya ada anak-anak = ayam.
Tapi anak saya yang sulung agak memilih bila ianya ayam goreng.
Tak semua kene dengan selera dia. Dia lebih suka kan ayam yang di masak berkuah.
Tapi kalau ayam kfc sure tak tolak. ;)
Memandangkan banyak je stok serai dlm petia ais,saya memilih utk mencuba resepi dari Love.
Dan alhamdulillah, anak-anak semuanya suke.
Walau ayam saya rupanya tak cantik macam ayam gorengan LoVE, tapi rasa n bau wangi nya tu mmg enak.
Tq so much Loveee.. :)




AYAM GORENG BEREMPAH SERAI
by: Love


Bahan2 yang diperlukan :- 
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama; 

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3~4 batang serai
---------------------------- 
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!






Wednesday, February 11, 2015

Tempahan Kek Coklat Princess sofia


Coklat moist cake

9"

Edible image princess Sofia







Tuesday, February 10, 2015

Kuih Bakar (pandan) Istimewa yang Sangat Sedap


Assalamualaikum

Bertemu lagi lagi dengan menu yang saya buat sebulan yang lepas. hehehe
Serius sangat sedap kuih bakar istimewa ni.
Rasanya lemak manis wangi bercantum mesra bila dikunyah.
Masakan bila menggunakan bahan fresh memang hasilnya terbaik.
Petua nya mudah..gunakan bahan asli, bukan yang telah dikotakkan atau dibotolkan oleh kilang.
Bagi yang suke kuih traditional dan yang sungguh asli dan sedap ni boleh la merujuk kepada resepi di bawah.
Resepi saya rujuk dari blog kak Azie kitchen yang mmg pakar dlm masakan sedap.
Terima kasih akak.


*Izah buat 1/3 dari sukatan resepi yang diberi.



Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
2 loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
14 cawan santan – guna 4 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan dari 12 helai
7 biji telur saiz B
3 ½ cawan gula pasir – boleh tambah/kurangkan
800 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam - tambah secubit lagi
Sedikit pewarna hijau


Cara cara:

Kisar 10-12 helai daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan sukatan santan yang diperlukan.

Blend telur dengan gula seketika agak agak gula sedikit hancur sahaja. Tak perlu betul betul hancur. Masukkan 7 cawan santan dulu dan blend seketika. Saya guna whisk sahaja.


Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kemudian masukkan baki santan. Jika suka masukkan sedikit pewarna hijau.


Lumur butter di sekeliling loyang dan tabur tepung gandum digoyang supaya tepung rata.


Tapis adunan sebelum dituang ke dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu antara 180-200C lebih kurang 1-2 jam. Saya guna suhu 200C dulu, kemudian diturunkan ke 180C. Jika dibakar 2 loyang sekali, perlu ditukar kedudukan loyang. Bakar sehingga permukaan atas berwarna coklat kekuningan.  

Keluarkan dari oven dan lalukan pisau sekeliling loyang. Biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.  



Nota:
Kalau buat separuh, boleh guna samada 4 atau 3 biji telur.

Jika suka, boleh juga tabur bijan sebelum dibakar.

Jika hendak dimakan sebagai hidangan petang, bolehlah dibakar dalam pukul 9 pagi. Kata Kak Lok, kuih boleh tahan sehingga 2 hari di bawah tudung saji. 








Monday, February 9, 2015

Fresh Fruit Tart bersama resepi


Assalamualaikum

Comel cute je kan fruit tart ni. Sesuai untuk jamuan dan hantaran.
Baru ni saya dapat order untuk dijadikan hantaran. Sesuai je kan.

Sebelum saya share resepinya, terima kasih buat readers blog saya ni.
Alhamdulillah masih setia untuk klik ke blog ni yang makin hari makin slow update terkininya.
Dan terima kasih khususnya buat Kak Ita ssalah sorang reader blog ni yang menegur saya tru whatsap.
Naik semangat lak nak update belog kan. Hehehe




Shell untuk fruit tart besar sedikit dari cheese tart.
Sebelum di pipekan kastard nya, saya sapukan sedikit dengan coklat masakan supaya shellnya masih rangup bila kastard yang basah diisi.

Resepi shell tart DI SINI.



Kastart di pipekan ke dalam shell menggunakan nozel.
Kalau tak de nozel pun ok juga.




Susun buah pilihan ke dalam tart.




FRESH FRUIT TART


RESEPI KRIM KASTARD & FRUITS TART


Bahan2 Untuk Kastad :
  • 1 cawan tepung kastad
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
  • 1 camca besar marjerin@mentega

Cara2 :
  1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
  2. Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
  3. Masukkan ke dalam piping bag. 

**Buah2an :
Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.


**Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional)

Cara Untuk Menghias :
  1. Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika.
  2. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust.
  3. Susun buah2an pilihan.
  4. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.


Nota :
  1. Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.
  3. **Ana pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..Alhamdulillah sedap 
  4. Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard.


NOTA IZAH: 1/2 ADUNAN KRIM CUKUP UNTUK 50BIJI TART.