Assalamualaikum..
Sapa kurang idea nak masak untuk anak2 kelik school *terkeluar lak lorat kampung sebelah* karang, try la resepi ni. Sure anak korang mintak lagi lauk ni esok tengahari..
Anak2 saya sukeeee sangat. 2 hari berturut2 nak lauk "ayam hitam" .. Bukan ayam tu berbulu itam atau berkulit itam, tapi dimasak hitam.
Sedap ooo. buat tak pedas pun saya layan.. Kalau pedas, tekak saya harus layan 4x ganda lauk ni. Hehe
Saya tambah satu lagi unsur baru dlm lauk ni since 'herba' tu hampir kecut dlm peti es, apa salahnya masukkan sekali dan rasanya bertambaahh enak.
Terima kasih Mas yang sukee korek2 resepi kak Fida MyR.
Kelmarin nampak kak Naz pun dah cube resepi ni.
Tapi lauk kak Naz nampak cun sket, maklum tukang masak pun cungggg..hehe
Jom tgok resepi..
Ayam Perap Masak Kicap
Sumber: Mas Duniaku
Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
Bahan :
1 famili
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa
*izah tambah 2 batang serai ditumbuk
Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris
Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.
Hujung minggu baru2 ni, minggu yang bz sikit buat saya.
Tapi tak bz sangat pun, sbb memang xde aktiviti apa2 since tak de sapa nak bawak kami anak beranak beraktiviti.. owhh sedihh, tak pe lagi 2 hari lagi.. hehe...awww
Antaara aktiviti memenuhi masa 'lapaaaang' saya ini la dia.
Sesiapa lagi yang sudi order mari inbox saya di fb atau emel aje di baisku09@gmail.com
Terima kasih kalian yang sudi order.
Harap berpuas hati ya
Beraneka Apam Polkadot
Snow Cheesecake 2 size .. kecil dan besar