CSS

Tuesday, February 25, 2014

Aneka Tempahan Kek Kahwin dan Kek Pertunangan


Sebenornya saya tak la reti sangat. Tapi kalau tak mengambik langkah pertama bila nak pandai.
So saya terai2 dulu ambik tempahan yang ringan2 dan simple2.
Alhamdulillah.. kastemer berpuas hati :)




KEK HANTARAN TUNANG

RED VELVET CAKE 
9inci
Warna tema Turquoise





Kek Tunang

Coklat Buttermilk Moist Cake
8inci
Kek ini mengikut bujet pengorder







KEK PERKAHWINAN
RED VELVET CAKE
20'X10'

Tema warna pink



















Thursday, February 20, 2014

Aneka tempahan birthday cake


Kek blueberry cheese
9'
lelehan blueberry filling



Kek coklat moist dan starwberry di dalam
10'




kek coklat moist
9'
lelehan coklat



Tuesday, February 18, 2014

Tepung Talam





Sedap kuih ni. Walau pun tertanya jugak ada beza ke kuih talam dengan tepung talam tu ye.
Kuih ni agak lembutt berbeza dengan kuih talam biasa saya buat.
Mungkin campuran tepung tu menghasilkan kuih yang texturenya begitu.



Resepi ni saya dapat dari buku resepi Aneka Minum Petang Alaf 21.
Tertarik dengan resepinya yang menggunakan 4 jenis tepung, jadi saya pun mencubanya untuk minum petang. Anak2 suka kuih mcm ni. 






TEPUNG TALAM
resepi dari buku Aneka Masakan Petang
oleh: Izahdaut
*izah hanya masak 1/2 dari resepi di bawah.

Lapisan Bawah:
 150 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
25 gm tepung jagung
25 gm tepung kastard
700 ml air suam
1 sk air kapur
300 gm gula merah *
500 ml air *
bahan bertanda * dimasak sehingga larut


Lapisan Atas
600 ml santan
130 gm tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1 sk garam



Cara:
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan campurkan dengan gula yang dilarutkan tadi. Kacaukan semuanya di atas api sederhana sehingga berwap.

2. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit. *izah kukus kurang dari 25minit.

3. Sementara itu satukan lapisan atas dan tapis. Kacau atas api sederhana sehingga berwap.

4. Gariskan permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu. Tuangkan lapisan atas dan kukus sehingga 20minit atau masak. Sejuk dan potong.

Nota: Adunan ini elok gunakan 2 loyang berukuran 20cm supaya elok tebalnya.
















Thursday, February 13, 2014

Tempahan Kek Coklat Moist Togel, Marble Kek dan Best Brownies Coklat





Tempahan juga boleh dibuat untuk yang kek seksi2 gini. :P
Kek coklat moist seksi.
Di order oleh puan Pengarah bahagian apa tak pasti di LHDN.
Terima kasih.




Marble Cake Gebu.






Best Coklat Brownies.
Sepatutnya potong kecik lagi kan.
Ikut dasar tekak pembuat..aje besor sangat potongnya.
9x9'




Untuk tempahan sila hubungi 0135122180










Wednesday, February 12, 2014

Marble Cake yang sangat gebu



Assalamualaikum

Baru letak header IML baru. Tapi senget n tak center. 
Tak reti nak edit..
Nanti la tanya yang pakar.

Siyes.. banyak2 marble kek. Kek yang ni mmg gebu dan lembut.
Cara membuat dengan mengasingkan dulu putih telur tu mmg dah agak boleh menghasilkan kek yang super gebu lembut gini kan. Kalau sapa2 nak rasa boleh la membuatnya sendiri.
Terima kasih Intai Dapur dan Azie Kitchen.







Kek Marble Lembut
resepi: intai dapur

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)


Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 

Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega


Tuesday, February 11, 2014

Tempahan apam Polkadot dan Cheese Tart Blueberry





 Edisi Iklan.

Sapa nak order Apam dan Cheese Tart boleh la hubungi  saya dengan apa cara pun ke 0135122180.





Tempahan baru2 ni. 






CHEESE TART BLUEBERRY.
CHEESE TART COKLAT JUGA AVAILABLE.
TQ


Monday, February 10, 2014

Best Brownies



Assalamualaikum..

Alhamdulillahhh.. Saya sangat suke cuaca panas macam ni.
Rasa sesuatu... Terasa nak berhari raya. :P
Sambil2 saya ngunyah karipap sedap niha.. sambil menaip mengupdate belog.. Sambil dengar ulangan semanis kurma.. sambil budak kecik main sorang2..sambil anak2 lain di sekolah. Ohh apakah nikmat Allah kurniakan ini.. Ok budak kecik dah datang dengan 'bau' di montot... ngrrrrr
Laju2 aje. Saya buat brownies ni disebabkan permintaan. Eh sedap ah layan brownies coklat ni.
Secukup rasa... sedap sedap.. Nanti leh buat lagi.
Terima kasih MamaFami. Harap Mama sihat2 je pagi ini.
Lain kali boleh saya buat lagi. Sebab ada orang kata rasa je sikit buat taik gigi.
xoxo 
Muahaha







BEST BROWNIES
Sumber: MamaFami
Source : Angie from Allrecipes
(Note : Please double the recipe for tray sized 10" x 10")



Ingredients :

1/2 cup butter
1/2 cup white sugar
1/2 cup brown sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla essence
1/3 cup unsweetened cocoa powder
1/2 cup all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
1/4 teaspoon baking powder

Frosting : (I didn't do this)

3 tablespoons butter, softened
3 tablespoons unsweetened cocoa powder
1 tablespoon honey
1 teaspoon vanilla extract
1 cup confectioners' sugar


Directions :
1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
2. Grease and flour an 8 inch square pan.
3. In a large saucepan, melt 1/2 cup butter. Remove from heat, and stir in sugar, eggs, and 1 teaspoon vanilla.
4. Beat in 1/3 cup cocoa, 1/2 cup flour, salt, and baking powder.
5. Spread batter into prepared pan.
6. Bake in preheated oven for 25 to 30 minutes. Do not overcook.

To Make Frosting:
Combine 3 tablespoons butter, 3 t. ablespoons cocoa, 1 tablespoon honey, 1 teaspoon vanilla, and 1 cup confectioners' sugar. Frost brownies while they are still warm.










Wednesday, February 5, 2014

Tempahan Kek Red Velvet, Coklat Moist, Blueberry Cheese dan Rainbow.




Dah lama tak tepek kek2 order dari kastemer2 saya.
Maaf pada kastemer2 atas segala kekurangan.
Ini antaranyalah. Biasanya saya memang tak sempat nak snap gambar bagai lepas buat kek. Entah la kenapa. Saya ni jenis ikut mood. Kadang2 rasa nak pegang kamere maka ada la gambar kek tu.
Kadang2 kastemer yang baru2 nak order kek bengang jugak ngan saya. Sebab bila mintak contoh selalu je.. err maaf tak de gambar antara alasan saya berikan. Tak best la kan. Sebab antara biz online..elemen gambar adalah sangaaat penting. Ampun kan saya ..

Antara kek kegemaran:
1. Coklat Moist Buttermilk
2. Red Velvet
3. Rainbow
dan terkini ialah 4. kek Blueberry Cheese