CSS

Friday, May 18, 2012

Sapa blogger suam2 kuku makan KUIH TIRAM?



Assalamualaikum..

Amacam tajuk macam blog gosip gosip tak? hehehe... Tidak tidak, anda yang klik ke tajuk ini masih melihat blog Izah Muffin Lover yang agak suam2 sikit lately. Bukan ler banyak norr tempahan bagai dibayangkan, cume blogger suam2 kuku ni malas betul nk ngadap laptop sejak akhir2 ni. Bukan je malas nak ngadaap lappy, gambor masakan pun boleh snap sebelum dimasaak je, lepas masak lupa nak snap. Boleh gitu?

Lupaa nak tanya kabar. Yela, ala ala rancangan tv, klau memula rancangan kene la tanya kabor dulu kan? :-) sehat ke mekome mekome semua? Harap sihat ler ye. Saya ni mood sebak sebu jek. Maklom anak gi lawatan half day je pun hari ni. Pertama kali gi lawatan ko.. sebenarnya tak bagi dia gi pun, sbb tempat biasa2 jek pun, kecuali kilang coklat. Rege lawatan pun leh tahan, boleh mokcik balik kampung 2,3 trip. Ngee.. tapi disebabkan si Bais ni ase balik dari sekolah jek, cerita perihal lawatan.. siap kata nanti nak tengok fish ngan obor2 laa. Nak makan pinggan coklat la.. *compius sikit? Jadinya, last minit masukkan la jugak dia dlm senarai lawatan berbaju hijau pagi tadi. 

aaa nak cerita apa lagi ek? oo terima kasih yang sudi tanya kabar saya kt komen box.. kat fb dan tru telepon. mekasih semua ye. kerana korang ai gigih mengadap lappy hari ni. haha... jom tengok kuih tiram yang dah berkurun saya buat pas hasue buat ritu,krup krap jap jek habis. best.. tq sue dan tuannyer resepi. :-) 





KUIH TIRAM
Resepi: SHAMEN

Bahan-bahan:

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara

Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)

Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D

Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.

Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.
Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye

Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai

Amik doh kecil tadi & canai leper..bila dah agak leper,nak canai 2,3 sekali pun boleh..
Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali..

Goreng hingga kekuningan(api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus..






Friday, May 4, 2012

Donut Labu Resepi II


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. selesai menyiapkan temphan cistart dan apam dot2 dan dh selamat sampai ke tangan tuan yang menemph, dapat la mengonline menjenguk blog kejap. 
Donut ni dah lma buat, koleksi lama2 gitu. Lepas buat donut keledek ritu.
Saya cube pulak buat menggunakan labu.
Fuhhh memang sodap. Rasanya saya yang beriya iya makan mengalahkan budak ber2 tu.
Memang berkenan betul dengan resepi olahan dari resepi aasal kak Wan ni.
Jom la cek resepi.
Tak leh lama2 sangat ni, rasa badan seram sejuk pulak
Daaa



DONUT LABU RESEPI II
by: izah 

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna labu
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
*labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukaatan dan lenyek.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.










Thursday, May 3, 2012

Puding Mangga Kak Shiela


Assalamualaikum..

Pagi ni langit cantikk sungguh. Subhanallah..
Saya tak sesibuk mana pun pagi ni, cume lepas subuh merenung langit yang sangat indah diciptakan Allah. Pagi ni saya tidak perlu menyabarkan diri melihat lampu traffik yang walaupun bertukaar hijau keadaan trafik tetap merah itu. *kan kak Madiha kan. :-)
Bais kurang sihat dari semalam. Batuk dan lesu.
Jadi saya tidak menghantarnya ke sekolah.
Tapi bila matahari menampak kan sinar suamnya, elok la pulak dia melompat. Haisss
Semalam saya nampak Zila tayang puding mangga CMG.
Teringat pulak saya keenakan puding mangga resepi kak Shiela ni. Memangggg sedap enak lemak dn kurang manis. Manisnya dibantu oleh buah mangga itu sendiri. Sedapp.. memang ramai yang memuji puding kak Shiela ni masa openhouse last year kan kak. 
Saya buat half dulu, sebab nak test market dulu. Test menjadi dan puding ni dibuat dah lst 2 week hari tu .. kan Anna kan. :-)
Terima kasih kak Shiela dan boleh jugak tengok hasil puding kak Noorma menggunakn resepi yg sama.



PUDING MANGGA KAK SHIELA

Bahannya:
I kotak susu kotak Full Cream/low fat (1 liter)
I peket serbuk aggar-agar
Sedikit perasa manggo
Sedikit pewarna kuning
1 cawan gula - ikut kemanisan masing2* saya kurangkan
1/2 biji buah mangga ambik isinya dan potong dadu *1 biji



Caranya:
Dalam periuk masukan susu , gula dan panaskan hingga gula larut
Masukan serbuk agar-gagar dan kacau sebati
Masukan perasa manggo dan pewarna kacau, bila agar2 dah mendidih matikan api
Sediakan acuan/bekas comel2 masukaan adunan ke dlm acuan , tabur isi mangga yg di potong dadu tadi
Sejukan dlm peti






Wednesday, May 2, 2012

Kek Batik Coklat Cheese Pesona


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. berkesempatan lagi saya mengonlinekan diri.
Nak saya kongsikan satu gabungan kek batik dengan cheese yang sangaaaaaatt hebat gandingannya.
Pulak2 buat penggemar kek raasa coklat dan gabungan cheese. 
Memang kena dan serasi.
Kejadian kek ni pun, atas nak clearkan stok2 cheese yaang dah digunakan.
Yela, cheese ni bila dah digunakan separuh, separuhnya lgi bukan boleh disimpan lama.
Jadi kebetulan belen2 milo pun ada, untuk mengelakkan keras kejung gitu je.
Kalau  'cik embun' tu dekaat boleh jugak bagi milo tuk diratah kaaann. ^___^
Gabungan kek ni adalh  dari KEK BATIK COKLAT BERAGAR-AGAR dan KEK LAPIS CHEESE PESONA RYO. Terima ksih menyumbangkan resepi yang hebat dn saya satukan dalm satu kek. tq



KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA
by: izah IML

LAPISAN COKLAT
sumber: DI SINI

Idea :nOORHSA
Sumber : Hasue

Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.





LAPISAN CHEESE
sumber: DI SINI

KEK LAPIS CHEESE PESONA
*izah buat half

resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram  & Mas  & Zaliedana

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*ikut kak Nor guna perisa kopi 
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.