Cerita balik kampung Kulim Last week. Bejalan ke pantai berhampiran. Kuala Muda yg dulu pernah dilanda tsunami. Subhanallah alangkah indahnya ciptaan Allah. Alhamdulillah Allahuakbar.
CSS
Thursday, December 31, 2015
Sunday, December 27, 2015
Monday, December 7, 2015
Resepi Kari Tulang Kambing yg Sedap dan Kerinduan yang tiada taranya,
Assalamualaikum
Salam minggu baru dalam musim cuti persekolahan. Bagaimana ibu ibu .. saya cuba membayangkan bertapa kencangnya ibu semua di dapur. Tak kisah lah ibu yang berkerja atau tidak, pastinya juga sibuk meyediakan hidangan demi anak anak yang sedang bercuti.
Hari ni sangat cantik, Cuaca nya.. moodnya.. semuanya berlalu ceria. Angin kuat di tepi balkoni ini sangat membantu mood yang tenang. Tadi saya mencari resepi lama di blog saya. Bila berjumpa.. saya membaca entry nya semula dan terus membaca komen komen blogger lain. Ya Allah.. tiba tiba hati saya di pagut kerinduan yang tidak bertepi. Tidakkah boleh masa itu diulang semula?
Sungguh.. sungguh saya rindu.
Masa membataskan saya untuk menjenguk dunia blog. Kabar beberapa teman blogger lain yg kini menjadi teman rapat dan teman seperniagaan tidak lah menjadi soal. Akan tetapi teman teman lama di kalangan blogger yg saling bergurauan di blog memang sangat dirasai kerinduannya itu. Dimana mereka.. Masih aktif berblog kah? Masih ditempat lamakah.Masih merantau kah. Dan mcm mcm lagi terlintas. Jauh disudut hati saya mendoakan mereka semua.. mendoakan yang terbaik buat blogger atau teman teman pembaca blog yang pernah menghiburkan dunia blog syaa. Yang pernah memberi semangat kepada saya dan memberi cahaya kepada blog ini.
Untuk semua... lauk ini sangat sedap. Husband saya juga gemar kannya.
RESEPI KARI KAMBING SEDAP
Che Nom iresepi
by: izahdaut
- Masa:
- Penyediaan: 30 minit | Memasak: 2 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:
- 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
- 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
- 2 biji tomato, potong 4
- 6 sudu besar serbuk rempah kari daging
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
- Sedikit gula melaka
- Garam secukup rasa
- 1 senduk minyak, untuk menumis
- Bahan untuk dibancuh dengan air:
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk kurma daging
- 2 sudu besar kerisik
- Bahan untuk dikisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 5-6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- Bahan untuk rempah tumis:
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 batang cengkih
Cara Penyediaan:
- Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
- Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.
- Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
- Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
- Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
- Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
- Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
- Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api
Wednesday, December 2, 2015
Thursday, November 26, 2015
KOREAN K-POP FLOWER CAKE UNTUK HANTARAN KAHWIN - AMPANG
Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menarikan jari di atas keyboard untuk meneruskan kelangsungan blog ini. Sayang juga kalau blog ni senyap dan disenyapkan. Banyak ilmu buat saya untuk saya check dan ceduk semula.. dan untuk rujukan saya.
Alhamdulillah.. setiap hasil kek saya ini dtg dengan keizinan Allah. Saya titipkan di blog hasil ke dua korean flower cake dari hasil jari saya. Berharap si kastemer yang sudi order dari saya berpuas hati dengan kek ini. Dan saya doakan dia berbahagia dengan kehidupan barunya.,
Dan terima kasih saya terus kepada kak Azlita Aziz yang banyak menjadi sumber rujukan saya. Blog dan video nya sangat sangat membantu saya. Buat yang ingin merujuk.. boleh terus ke blog kak AZLITA AZIZ
terima kasih.
Labels:
tempahan,
tempahan kek,
Tempahan Kek Kahwin/Tunang
Wednesday, November 25, 2015
Tuesday, November 24, 2015
Wednesday, August 5, 2015
Tuesday, August 4, 2015
Monday, August 3, 2015
Thursday, July 9, 2015
Biskut Forrero Malaysia
Biskut yang nampak esklusip daan menawan.
Bahan simple n membuatnya tak banyak renyah. Renyah tang celup coklat tu. Malass skit. Hehe
Sedap biskutnya. Wangi masa peembakaran berlaku.
Resepi dari Majalah Saji dari Zuraini Alias. Saya amik dari blog Norliehaarumaini.
Terima kasih kalian. :-)
Yang ni belum celup. Pun sedap.
BISKUT FORRERO MALAYSIA
resepi: dari Saji by Zuraini Alias
Bahan
250 g mentega
150 g gula kastor paling halus
1 biji kuning telur
30 g serbuk roti kuning
100 g serbuk badam
100 g tepung jagung*
300 g tepung red rose*
250 g badam cincang - dipanggang
300 g coklaat masakan
1 biji putih telur
* di ayak
Caranya:
1. Campurkan mentega, gula kastor dan kuning telur. Pukul hingga kembang dan gula hancur.
2. Masukkan serbuk roti, serbuk badam, tepung sedikit demi sedikit . Uli sebati.
3. Bulat kan kecil . Kemudian salut putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 c selama 25- 30 minit.
5. Apabila biskut masak sejukkan. Cairkan coklat masakan dan celupkan biskut. Masukkan terus ke dalam cawan kertas.
Labels:
Cookies
Monday, June 29, 2015
Agar-agar Santan Sirap Rose
Dulu-dulu awal-awal melihat agar2 ini saya agak prejudis. 'sedapkah sirap rose digandingkan dgn santan. Boleh duduk sama tinggi berdiri sama rendah kah dia dengan agar2 santan perasa pandan dan juga gula merah?". Rupanya benarlah simpulan belum cuba belum tahu itu. Bila saya dah mencuba sendiri baru lah tahu kenikmatannya. Agar yang ini bukan sahaja mudah,malah sangat nikmat bila di hidang ketika berbuka puasa.
Anak anak saya memang penggemar agar2. Suami saya pun penggemar agar2 merah. Memang layan habis.. Keserasian rasa santan bergabung dgn wangi rose itu amat memukau rasa. Rasa lemaknya sampai kebahagian merah, mungkin kerana masin bercampur manis itu. Saya pun kurang pasti. Akn tetapi agar yg satu ini pasti saya ulang buatnya dikala keteringinan menjengah rasa.
Terima kasih kak Nadz yang comel dan genit itu. Yang telah mengimprovise kan resepi simple tanpak menarik dan menjadi sesuatu kerinduan buat anak-anak kelak akan air tangan ibunya. Benar kan? Mohon dipanjangkan di sini pula resepinya ya.
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
Bahan-bahan :
- 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
- 1 liter air (4 cawan) *izah taruk 1.2 liter
- 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
- 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
- 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
- Secubit garam
- 1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
- 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:
- Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
- Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
- Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
- Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...
TIPS DAN NOTA NAZ:
- Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
- (edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
Labels:
dessert
Butter Chicken Yang Terlajak Sedap..
Assalamualaikum
Ya ampunnn. Mudah bangat seh membikin nya. Kenapa gue lambat ketemu ama resepi gampang ini!!
Jangan marah org indonesia. Sekali sekala mau ngomong Indon. Hahaa..
Ye.. senang simple sedap terbaikk. Anak2 paling gelojoss dapat makan lauk ni.
Sedap dimakan dgn nasi. Kemudian belen diratah begitu sahaja, Kemudian dimakan dgn roti prata pun terbaik.
Mungkin kelihatan butter chicken saya agak pekat kuahnya, Terpulang kepada selera kita utk menggayakan lauk yang dimasak. Kepedasan, kelikatan. kerangupan, kecukupan rasa masam manis masinnya hanya ada pada air tangan si tukang masak. Itu lah pembeza nya walau resepinya sama kan.
Terima kasih kak Azie yang tak jemu berkongsi resepi di blog nya. Banyak resepi kk Azie yang memang terbaik dan malah paling baik sepanjang saya mencubanya.
Ayam Masak Butter
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang *izah omit
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari * izah taruk 2
Beberapa keping cheese * izah omit
Beberapa keping cheese * izah omit
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai * izah taruk lebih
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam *izah guna lada sulah
Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur
Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.
Labels:
ayam
Friday, June 26, 2015
Siakap Masak Sweet Sour Sedaaaapppp
Assalamualaikum
Dah seminggu Ramadhan berlalu. Pantas masa berdetik, Kesempatan beribadah dgn ganjaran berganda harus lah direbut selagi boleh. Kelmarin dgn tak sengaja atau mmg sengaja atau tanpa sedar agaknya, ayah budak budak ni menyebut nak ke bazar. Jadi pertama kali dlm Ramadhan ini kami ke bazar. Saya pun cuti masak. Tapi biasa la, bebulan puasa ni tahap imaginasi terhadap sesuatu menu tu tahap 5star tapi sebalik nya. Ha kan padan muke. Hehheehe...
Nex time masakje sendiri tak banyak bunyik kan.
Biasa siakap saya suke msak sweet sour je. Anak pun suke sbb xpedaas sangat. Kali ni saya cuba resepi dan tios yg dikongsikaan oleh En Roslan. Eh mmg mabelesss. Mcm berada di restoren Thai. TQ en Roslan sudi Share.
SIAKAP SWEET SOUR
by: Muhammad Roslan
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
- Ikan siakap lebih kurang berat 0.8 – 1.0 kg berat. Dibuang sisik, bersihkan dan kelar mengikut gambar. Masukkan sedikit garam, serbuk perasa makanan, serbuk lada putih dan jus limau nipis. Peramkan dipeti sejuk sekurang-kurang 2 jam.
- 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus.
- 1 inchi halia dihiris halus.
- 1 biji bawang labu di hiris dadu.
- 1 btg celery di hiris dadu
- 1/2 biji lada benggala /bell pepper merah di potong dadu.
- 1/2 biji lada benggala hijau didadu.
- 1 cawan buah nenas didadu / guna nenas dlm tin pun boleh.
- 2 helai daun bawang dihiris halus utk hiasan.
- sedkit garam dan serbuk lada putih cukup rasa.Minyak masak secukup untuk goreng ikan – deep frying.
PENYEDIAAN TEPUNG UTK GORENG IKAN:
- 1 cawan tepung gandum untuk dijadikan tepung kering salutan pada ikan tujuannya mengeringkan dari kelembabpan. Tepung ini diadunkan dengan 1 sudu besar tepung beras ditambah garam, serbuk lada putih.
- 1 cawan tepung gandum, diadunkan dengan 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar tepung beras /ubi.Di jadikan adunan cair untuk dicelup ikan dan digoreng. Tepung di tambah 1/2 sudu kecil baking powder, 1/4 sudu kecil serbuk lada putih dan garam. Air biasa boleh digunakan atau yg terbaik air dalam tin ginger ‘ale atau pun air soda – bicarbonate water akan berikan hasil gorengan rangup yang terbaik.
PENYEDIAAN SOS:
Bahan- Bahan diperlukan:
- 4 sudu besar sos cili produk bumiputra.
- 3 sudu besar sos tomato produk bumi putra.
- 2 sudu besar sos “plum”.
- 1 sudu besar sos berperisa tiram.
- 1 sudu besar sos ikan.
- 1 sudu besar kicap cair / kicap berperisa maggi.
- 1 sudu kecil minyak bijan/sesame oil (kalau ada).
- 1/2 cawan air.
- 1/2 sudu kecil tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.Asingkan.
CARA-CARA MEMASAK IKAN MASAK MASAM MANIS:
1. Adunkan semua bahan-bahan untuk sos dalam sebuah bekas.
2. Sediakan ikan seperti diterangkan.
3. Sediakan tepung salutan kering dan tepung celup goreng seperti diterangkan di atas.
4. Goreng ikan sehingga garing dan toskan di atas kitchen towel. Di pingan hidangan susun daun salad bunga dan letakan ikan di pingan hidangan.
5. Panaskan kuali masukkan 2 sudu besar minyak masak dan goreng hirisan bawang putih diikuti dengan hirisan halia dan bawang. Bawang cuma perlu dilayukan saja. Masukan lada benggala, celery,nenas. Masukan sedikit garam dan serbuk lada putih. Goreng (saute) selama 1 minit. Tak perlu masak habiis..cuma takat layu saja bagi mengekal kegaringan sayuran ini.
6. Tuangkan sos yang telah sediakan dalam kuali. Adunkan sos serata dengan sayuran tadi. Kalau sos anda pekat masukan sedikit lagi air utk kepekatan diperlukan. jadinya. Masa masak sos dengan sayur cuma 1-2 minit saja. Jangan sampai sayuran anda layu
7. Masukkan bancuhan air dan tepung jagung ke dalam kuali dan kacau rata. Bila sos mula mendidih matikan api dapur. Tuang sos yang telah sedia ke atas ikan goreng yg telah sediakan. Hiaskan hidangan. Jamu selera panas-panas. Selamat mencuba.
2. Sediakan ikan seperti diterangkan.
3. Sediakan tepung salutan kering dan tepung celup goreng seperti diterangkan di atas.
4. Goreng ikan sehingga garing dan toskan di atas kitchen towel. Di pingan hidangan susun daun salad bunga dan letakan ikan di pingan hidangan.
5. Panaskan kuali masukkan 2 sudu besar minyak masak dan goreng hirisan bawang putih diikuti dengan hirisan halia dan bawang. Bawang cuma perlu dilayukan saja. Masukan lada benggala, celery,nenas. Masukan sedikit garam dan serbuk lada putih. Goreng (saute) selama 1 minit. Tak perlu masak habiis..cuma takat layu saja bagi mengekal kegaringan sayuran ini.
6. Tuangkan sos yang telah sediakan dalam kuali. Adunkan sos serata dengan sayuran tadi. Kalau sos anda pekat masukan sedikit lagi air utk kepekatan diperlukan. jadinya. Masa masak sos dengan sayur cuma 1-2 minit saja. Jangan sampai sayuran anda layu
7. Masukkan bancuhan air dan tepung jagung ke dalam kuali dan kacau rata. Bila sos mula mendidih matikan api dapur. Tuang sos yang telah sedia ke atas ikan goreng yg telah sediakan. Hiaskan hidangan. Jamu selera panas-panas. Selamat mencuba.
Labels:
ikan
Wednesday, June 24, 2015
Puding Roti Mentega Sos Kastard
Dessert kegemaran dak Bais. Amboii siok diorang berbuka asik ada menu kegemaran ye. Sampai saya sendiri lupa apa kegemaran saya. Ecehh mcm poyo je kan. Jom check resepi yang saya jumpa ddi blog kak Anis. Cume sos kastard tu saya buat sendiri je. Suke sos yang xberapa pekat tapi lemaksss rasanya dan wangi. Sebab saya suke taruk daun pandan masa masak kuah sos.
RESEPI PUDING ROTI BAKAR
by: Kak Anis
Bahan-bahannya:
12 keping roti gardenia
3 cawan susu segar
6 sudu besar gula
1/4 buku dari 250gm butter ( dicairkan )
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar kismis
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
1. Siat-siatkan roti dan rendam dengan susu segar hingga lembut.
2. Masukkan gula, butter cair, tepung jagung, kismis, telur dan esen vanilla dalam bekas. Gaul sebati.
3. Masukkan adunan ini ke dalam adunan roti yang direndam, gaul dan kacau sebati.
4. Lenserkan acuan dengan margerin dan masukkan adunan tadi.
5. Bakar hingga masak.
6. Setelah puding agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk.
RESEPI SOS KASTARD
by: izah
1 tin susu cair
1/2 cawan air
4-5 sudu besar gula
2 sudu kecil tepung kastard
2 helai daun pandan simpulkan
Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati. Campur semua bahan n masak sehingga sedikit likat dan mendidih.
Sejukkan.
Labels:
dessert,
kuih/dessert
Tuesday, June 23, 2015
Kerabu Tomato Ikan Bilis
Assalamualaikum
Saya ngupdate belog pepagi ni tak lain takbukan adalah antara lain memberi idea pada mak mak nak menu apa petang nanti,. tak pening kepala, n dpt focus dengan kerja harian.Lagipun time ni saya agak free dan bertenaga nak ngadap laptop. Time lain mata saya kuyu je okay. Hahaha
Ok.. kerabu ni mmg pembuka selera. Saya tgok gambar ni pun dah merembes airliur. Haha.. rasa masam manis pedas rangup nya tu mmg mabeles. Boleh tambahkan apa apa sayur yang rasa sesuai. Buat lah dengan penuh kasih sayang ewah.
Jom cek resepi kak hana ini...
KERABU TOMATO IKAN BILIS
resepi: kak Hana
Bahan-bahan
- 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
- segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
- 1/2 biji bwg besar - dihiris
- 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
- 1 btg serai - dihiris
- 1 batang bunga kantan * izah tambah
- garam
- gula
- jus lemon - optional *izah ganti limau kasturi
- pak aji - klu suka
Cara-cara
- Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
- Dah siap! bleh la dihidang.
Monday, June 22, 2015
Ayam Masam Manis
Assalamualaikum
Dah shopping utk raya. Saya baru je settle sabtu ahad baru ni dan tak nak memikirkan lagi hal baju raya.
Settle alhamdulillah.
Boleh terus focus dlm mendidik anak anak puasa.
Bagaimana anak anak bangun sahur? Culas ke atau mudah je kejutkan?
Anak-anak saya kalau disebut saya masakkan lauk kegemaran mereka baru la semangat nak bangun.
Rasanya selama 4 hari puasa ni banyak ikutkan aje selera diorang. Yela budakbudak baru nak belajar puasa. Tak boleh juga dipaksa dan tak boleh juge dimanjakan.
Dan ini adalah salah satu lauk kegemaran mereka.
Saya amik resepi dri belog azianhasan. terima kasih.
Sebelum ni pernah juga masak lebih kurang mcmni n tak tahu pula ada specific nama. hehe
Gambar bawah ni saya masak n masukkan sekali nanas cube. sedapp
Ayam Masam Manis
resepi: azianhasan
Bahan-bahannya:
2 ketul isi ayam bersaiz besar- dipotong dadu dalam ukuran 3 inci
1 biji bawang holland dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang halus
1 biji lada benggala hijau dipotong dadu
1 biji lada benggala kunng dipotong dadu
1 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
Minyak untuk menggoreng
2/3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak bijan (optional)
Bahan-bahan untuk Sos:
5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
1 ketul stok ayam/ikan bilis
** Campurkan kesemua bahan-bahan sos dan kacau sehingga semuanya sebati.(Tak perlu masak)
Cara membuatnya:
Basuh dan toskan ayam dan gaul dengan sedikit garam dan lada sulah
Panaskan minyak
Apabila minyak sudah panas, gaulkan ayam tadi dengan tepung gandum dan goreng
Goreng hanya 3/4 suku masak sahaja
Angkat ,toskan dan ketepikan
Daripada lebihan minyak menggoreng ayam tadi, hanya tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak sahaja didalam kuali
Tumis bawang putih sebentar dan kemudian masukkan bawang holland
Apabila sudah terbit bau wangi , masukkan sos tadi.
Kacau rata dan masukkan lada benggala dan sedikit lada sulah.
Masukkan isi ayam tadi dan gaul sehingga semuanya rata.
Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Apabila kuahnya sudah mendidih dan pekat, masukkan minyak bijan.
Labels:
ayam
Subscribe to:
Posts (Atom)