CSS

Thursday, September 30, 2010

Kerabu Ikan Bilis


Assalamualaikum..

Balik karang dah ada idea nak masak apa tak? Meh la try masakan simple ni tapi nyummm nyumm.. Saya suka la kerabu ikanbilis ni. Buat sikit jek, untuk makan sorang.  Kalau hubby tak pasti la dia suka ke tak. Sebab tengok bawang tu, pulak2 bawang mentah. Memang ampoonn tak suka bawang. Apa la salah bawang tu kan, cam kata kak Hana tu.

Semalam kak Ayu Sg buat kerabu tomato. Eh sedap gak ni kalau hiriskan sikit tomato kan. Ishh kita yang buat dia, suka hati le nak letak apa kan. Yang penting basicnya tu. Ini pon tak cukup bahan jugak ni. Tapi rasanya memang menawan hati tau.


Meh ler kita tengok resepinya pulok. Ikutkan resepi ni, kita boleh ler adjust ikut selera masing masing ye. Tahap kepedasan dan tahap kemasaman yang macamna tu, mengikut tekak masing2.  Mekasih ye buat empunya resepi. Boleh klik untuk lihat lebih jelas step2 untuk buat kerabu ni. Tapi saya buat simple n basic je. Sumber:




Kesemua-semua ni lebih kurang je. Cuma bahan sayurnya berbeza. Ini plak versi saya.



KERABU IKAN BILIS

2 genggam ikan bilis digoreng garing
1/2 biji bawang besar
2 batang serai
2 helai limau purut
sedikit kekacang digoreng
5-6 batang kacang panjang
1 biji cili merah
6-7 biji cili padi
3-4 ulas limau kasturi/limau nipis
bunga kantan (optional)
sedikit gula

Caranya: Kesemua bahan dihiris nipis kecuali ikanbilis dan kacang. Gaulkan semua bahan dan perahkan jus limau dan perasakan dengan sedikit gula. Gaul sebati dan hidang!





Pancake Mayonis


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..dah brekfes belum? Moh la brekpes dengan pankek mayonis yang lembut gemalai nih.. Bagoss betul bila anak2 suka makan brekpes mudah mcm ni..kalau tak, pagi2 lagi dah pening nak masak apa untuk deme makan sarapan.

Boleh di makan begitu saja, atau dengan jem kesukaan memasing ye. Tak pun cicah dengan susu pekat pun sodap. Mekasih buat:




untuk resepi pankek yang sonang n lembut ini. Mintak ijin tepek sini plak ye.


RESEPI PANCAKE MIX MAYONIS


Bahan-bahan

200g tepung pancake mix

1 biji telur size M - xde M, aku gune L nmpk leper sket dr yg sepatutnya

150ml susu segar

1 sudu gula - tak perlu ltk jika tpg tersebut sudah ade kandungan gula

2 sudu besar mayonis

Cara-cara

Dalam mangkuk, satukan telur, susu segar, gula dan juga tepung. Kacau sebati menggunakan whisk.

Kemudian masukkan mayonis. Kacau sebati lg. Biarkan sebentar adunan dalam 15-20min.

Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan masak seperti biasa dengan api kecil.

Hidangkan dengan maple syrup, aiskerim atau jem kegemaran.
 
 
ATAU


RESEPI PANCAKE MAYONIS
(saya buat ikut resepi yang ini)

Bahan-bahan

1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)

1 sudu teh (tsp) baking powder

3 sudu besar gula caster (tbsp)

secubit garam

60g butter , cairkan

1 cwn susu segar

2 biji telur saiz XL (59g)

1-2 sudu besar mayonis

Cara-cara

Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.

Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.

Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.

Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.

Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.

Wednesday, September 29, 2010

Kek Kentang




Assalamualaikum..

Memula nak terima kasih ngan kak Nor sebab kak Nor sudi melayan masalah saya ni. Hehhe..kak Nor mekasih ye, guna IE baru boleh upload gambo. Ish..ish..kena banyak belajar lagi ni ngan kak Nor. Dari pagi nak upload gambo tak leh, tu yang lewat ke udara entry saya hari ni.

Biasa tak buat atau makan kek kentang. Bagi saya ini lah pertama kali buat dan rasa kek kentang. Tergerak hati nak buat, bila hati tarak tahan sama satu rancangan masak2 kat TV. Tapi rancangan masak-masak tu buat kek keledek aka sweet potato. Alahai..bila tengok kek nyer mekar dan gebu n moist tu, teringin tul nak rasa. Tapi mana ada keledek kat rumah, yang ada kentang jek.

So, telah jadilah kek ini buat minum petang dan sangat gebu dan moist. Sedap tau dengan rasa lemak dan aroma kentang tu, dan manisnya yang sederhana aje. Bila gigit dengan kismis dan coklat chip tu rasa sedap la sebab kek tu rasa lemak lemak dan tak berapa manis kan.

Saya buat separuh dari resepi, nyesal lak buat separuh sebab kejap je habis. Anak-anak suka la, bila ada coklat chip tu lagi la kan. Hubby pun suka kek ni, katanya gebu dan moist. So..bagi yang berkenan nak merasa boleh la cuba buat. Mekasih bagi penyumbang resepi.






Gambar kek saya ni sememeh sikit. Apa taknya, panas-panas dah potong sebab tak sabor nak merasa. Hehe..

Sumber asal dari Majalah. Tapi saya amik kat sini:




KEK KENTANG (resepi asal)

Bahan2:
250gm kentang (direbus dan lenyek)
250 santan
4 bj telor
200 gm gula pasir
200 gm tepung gandum
50 gm butter dicairkan
100 gm isi kelapa
100 gm kismis

Cara:
1. Kentang digaul dgn santan sehingga rata
2. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung, butter dan adunan kentang, kacau rata dan sebati
3. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil, letakkan isi kelapa dan kismis di atasnya
4. Lalu dibakar. Setelah separuh masak sapukan kuning telor di atasnya
Bakar selama 20 minit atau sehingga kuning pada suhu 180C


Saya ikut versi Mak Uda dengan sedikit beza:

Resipi versi Mak uda
Bahan2:
250gm kentang (direbus dan lenyek)
250 susu segar
4 bj telor
200 gm gula pasir
200 gm tepung gandum
50 gm butter dicairkan

saya tambah sedikit essence vanilla

Saya tak buat crumble cuma taburkan dengan coklat chip dan kismis, lagi banyak lagi sedap

Crumble:
1 cwn gajus(kebetulan tu je yg ada)
1/3 cwn gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 cwn butter
1/3 cwn tepung
Satukan semua bahan dlm mangkuk dan gaul sebati

Cara:
1. Kentang digaul dgn susu sehingga rata
2. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung, butter dan adunan kentang, kacau rata dan sebati
3. Masukkan separuh adunan ke dlm loyang 9x9, taburkan separuh crumble dan tuang lebihan adunan lagi dan akhir sekali taburkan lebihan crumble tadi
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga kuning pada suhu 180C
 

Tuesday, September 28, 2010

Meehoon Kukus


Assalamualaikum..

Biasa tak dengan menu ni? Saya tak pasti nama sebenar tapi kat rumah kampung saya memang panggil mihun kukus. Saya blajo dengan mak yang diturunkan dari wan. Biasanya dulu-dulu mak buat untuk  juadah  berbuka puasa. Memang menjadi kegemaran family. Teringat lagi adik bongsu kalau ada menu ni, memang dia dah tak jamah nasi. Just gantikan mihun kukus ni jadi nasi dan makan dengan lauk pauk yang ada.

Tapi biasanya ianya dihidangkan dengan kuah kacang la. Racik2 kan timun dan kacang. Memang sedap, ditambah dengan rasa lemak dan harum halba tu. Agaknya ini juadah tradisional jugak kot...Agaknya la..


MIHUN KUKUS

1/2 bungkus meehoon 
3-4 biji bawang merah
1/2 inci halia
segenggam ikan bilis
2 sudu besar halba
2 cawan santan
sedikit lada hitam(optional)
garam secukupnya

Sampingan:
Timun racik nipis
kacang panjang
kangkung celur

Caranya:

Rendam mihun 15-20 minit dan ketepikan. Tumbuk ikan bilis, separuh bawang dan separuh halia sekadar lumat. Yang selebihnya dihiris nipis-nipis. Masukkan mihun yang direndam tadi ke dalam bekas dan gaulkannya bersama bahan2 tumbuk dan hiris. Kemudian masukkan pula santan dan garam. Gaulkan semuanya sebati dan kukus selama 15 minit. Kemudian angkat dan gaul lagi untuk sebatikan. Jika mahu mihun lebih lembut dan moist boleh ditambah lagi santannya. Dan kukus semula hingga lembut dan masak. 


Anak sapa la makan macam ni ek? Maaflah..sayur ni je yang ada...eheee


Monday, September 27, 2010

Ayam anak berdukung


Assalamualaikum..

MMmm..hasrat di hati nak buat ayam kung pao mcm kat sini. Tapi kan...dah jadi tah pe pe ayam dah. Ayam anak berdukung la tajuknya. Bukan apa..budak kecik tu memang tak suke betul kalau ummi nya masuk dapur. Di tolak tolaknya kaki di tarik tariknya tangan ummi. Dia memang suka kalau umminya terbaring je depan tv sambil layan diorang main(yang mana umminya pun suka..hahha).  Pastu mulalah nak berdukung la nak nangis lah.Aduyai.. Maka masak ayam sambil dukung anak la jawabnya. Kalau lambat masak jab lagi si abang pulak kelaparan.

Esok esok la buat ayam kung pao tu..teringin tul menengoknya. Ni pulak lauk untuk anak2..tak pedas dan simple je. Deme memang suka la lauk cam ni.


Nak resepi? Agagaa...mudah jek...campak-campak jek.yang mana kalau nak buat skali lagi mesti dah jadi lain lak rasanya. Maklumla  lauk campak2. Tapi asas tumis tu cam biasa la, bawang beso, bawang putih, halis sikit ngan daun kari. Sedap n wangi je kan. Bahan2 lain tu campak jela mana berkenan ok.. Daaaa

Kek Coklat Kukus


Assalamualaikum..

Dah lama tak makan kek coklat kukus kegemaran family. Saje try resepi yang di intai-intai dari dapur kak Hana. Kek ni cantik je kejadiannya. Warnanya pun cantik dan tentunya moist sangat. Tapi sejak agak pandai mengekek ni, rasanya kek coklat mcm ni la paling mudah dan paling menjadi kan. Jadi pada siapa nak try buat kek, mulakanlah mencuba buat kek mcm ni. Simple je, yang penting sukatan tu tak lari banyak. Pasti menjadi.

Erkk..tadi jenjalan kat umah kak TTM tu yang buat lucky draw. Terjojol kejap mata tengok hadiahnya. Tapi tak reti nak join.. Sesapa bleh ajor..hehee

Meh layan resepinya.


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak- *hana kukus! tp amik masa satu jam gak! sbb tk msk lg..
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk. *hana guna kaedah double boiler!-Topping tak buat




Sunday, September 26, 2010

Puding Coklat Sos Kastard


Assalamualaikum..

Harap hujung minggu ni semuanya gembira memanfaatkan masa bersama keluarga tercinta. 

Puding ni memang mabeles dan sedap. Kuah tu memang ngam ngan puding coklatnya tu. Manis lawan lemak gitu. Puding ni resepi kak Dayang Jack, masa bulan puase dulu duk terliur jek tengok, pastu kak Nor Ganu pulak buat dan verdict dari kak Nor tu memang sangat benar. Sangat tak rugi mencubenya. 

Saya letak dalam gelas kecik mcm ni dapat dalam 7 gelas. Masa puding suam suam lagi, dah habis 2 gelas bebudak ni berebut nak makan. My hubby makan time dah sejuk 2 gelas, sama laju ngan menyuap anak2. Hahaa...memang berbaloi buat puding ni. Mekasih kak Dayang Jack dan kak Nor!

Sumber:





PUDING COKLAT SOS KASTARD by Dayang Jack

B
ahan-bahan : 5-7 orang makan
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.



Saturday, September 25, 2010

Daging Merah Ala Thai



Assalamualaikum..

Salam di ujung minggu. Semalam tak sempat bersiaran, maaf juga belum sempat menjawab komen.

Semalam hari panikal buat saya. HEhehe.. Petang kelmarin, si kecik bermain dengan si abangnya. Agaknya deme praktik kungfu tetiba tangn adiknya terkehel. Tapi yang sangat panik bila dukung and sentuh tangannya tu, dia teriak nangis yang kuat sangat. Pastu tangan tu dia buat lembik jatuh camtu. Sangat tak pasti samada bahu nya terkehel, patah atau sendi tercabut ke. Semuanya terpikir kat kepala otak ni.

Memang tak berani nak sentuh tangannya tu sampai hubby balik dari office. Uisshh tak habis gigil kepala lutut, telinga pulak tabah n sabar menadah apa yang patut. Pepaham jela kan...hahaa..

Syukur alhamdulillah...semalam ke hospital, x ray semua dan doktor kata terseliuh sedikit aje. Semalam pun pakaikan kain balut bandage tu kat tangan,  memang dia tak gunakan tangan yang sakit tu. Tapi bila cabutkan aje kain balut tu, terus aktif tau. Aduyaii..

Ni kelmarin nyer menu. Sedap la masak simple camni. Asyikkkkk... 

Sumber: Kak Hana



DAGING MERAH ALA THAI

Bahan-bahan

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
hana tmbh halia ketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi.




Thursday, September 23, 2010

Kek Pisang


Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah khamis, esok jumaat dah..

Kek pisang ni amik resepi kat rumah kak Hana. Gebu betul kek ni, gebu dan halus dan tak berminyak sangat. Saya memang suka kek yang mcm ni, berulang2 makannya. Kejap jek dah habis. Suami pun suka, anak2 pun enjoy makan kek ni. Ummi pun gembira..hehee

Pada yang ada baki buah pisang yang ranum tu, try la kek ni. Gebu dan sedap. Tak muak makan.

Sumber: Kak HANA
Sofinar myResepi




KEK PISANG

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang-ikut kak hana
  • 180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)-letak tepung gandum je
  • 180g gula halus - klu nk kek kaler keperangan gune gula perang
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • hana tambah susu segar 2 sudu besar dan badam flakes-ikut kak hana kecuali badam


  • Cara-cara
  • campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  • masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  • pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
NOTE: Hana blend pisang+susu dan sedikit gula. baki gula, ovelet dan telur pukul hingga gebu. kemudian masukkan pisang blend td dan juga minyak. pehtu baru masukkan tepung+ b.powder + soda bicarbonat yang telah di ayak. pehtu bakar.... sonang jaa...-cara-cara saya ikut kak hana