CSS

Friday, July 29, 2011

Red Velvet Marble Cheese Brownies





Assalamualaikum..

Jangan pelik ye, tuan blog asik masak menu manis je ye. Hehe.. puding kat bawah tu menu minggu lepas punya tau.. brownies ni smalam punya.


Brownies sedap ni..sapa nak? Makan sikit sorang je ek. Waduhhh kok enak bangat, tak cukup seh satu potong. Tapi brownies gini tak leh makan banyak2 karang muak. Makan sikit2 je pastu gigit slow slow mcm puteri gunung ledang je.  Ye la sangat makan mcm puteri.. saya makan brownies ni sampai tak lalu nak makan apa2 dah lepas tu. Hehe.. Potongan brownies tak berapa kemas, sebab tak sampai sejam duk dlm esbox dah keluarkan bebudak nak makan. Ke bapak budak ek? So kalau nak potongan kemas elok, kena duk lama2 lagi sejukkan dulu. dlm 4-5 jam dlm esbox ye.

Buat brownies ni agak cerewet sket. Nak kena kuar mixer bagai tu yang malas tu. Tapi dek kerana terkonang kan kesedapan masa mengunyah pertama kali masa pertama kali jugak bertentangan mata ngan kak Anim hari tu, buatkan juga lah. Ada lagi dalam peti ais nun. Makan sejuk2 la sedap sungguh. Enci hubby pun gemor sangat, masa dia ngunyah brownies ni, duk terpikir2 kat mana makan kek gini. Katanya..... leh lupa lak kan..

Mekasih kak anim brownies sedap ni. Asalnya resepi dari rumah kak Maz, tapi blog kak Maz dah ditutup hanya untuk invited reader only. So saya bagi link umah kak Anim jela ye.. Masihh kak Maz dan kak Anim.






VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus *izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..




Puding Pelangi





Assalamualaikum..

Alhamdulillah bumi KL disirami hujan seawal jam 5 pagi tadi. Sejukkk membuatkan lena berpanjangan. Hehe.. Sejuk sejuk tunjuk puding tak ngam betui kan. Tapiii.. puding simple nikan..sedapppp yang amat. Saya suke aaa puding gini. Owww memang la tak sesedap puding cheese tu, tapi puding ni rasa dia simple tapi best. Anak2 lagi la teruja nengokkan rainbow tu. Suke la sangat diorang. 

Akan tetapi sukatan gula nya tu sangat la manisss.. Saya dah kurangkan pun still manis lagi kat tekak ni. Patut la bila dirujuk kat blog kak Nor, kak Nor kurangkan banyaaakk gulanya tu.. Sebelum membuatnya saya tak rujuk kat blog kak Nor, sebab dlm list tu memang saya simpan link  myResepi. Tapi apapun, puding ni best dan sesuai untuk dessert menjelang Ramadhan nanti. Cubelah..

Terima kasih Alma n kak Nor..

Ce kira berapa lapis  pelangi tu?





PUDING PELANGI
resepi: Alma@myR
Sumber rujukan : kak Nor


10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok) *kena kurangkan lagi, kak nor letak 100gm je. 
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko *izah tak letak
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

#untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..

Caranya:

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....


Thursday, July 28, 2011

Cempedak Goreng Crispy


Assalamualaikum..

Sebenarnya banyak nak pot pet hari ni. Tapi minda terasa buntu, badan terasa lemau, dada terasa senak. Tak sedap badan tul hari ni. Layan je la cempedak goreng ni ye. Resepi dari kak Madihaa. Nampak kak Anim n Ct pun dah try. Cempedak cik hubby yang belikan. Tetibe bawak balik 3 biji cempedak. Sangat la suke sebab ulas dia kecik2 comel. Sebiji tu dalam anggaran 60 ulas. Puas makan.. Goreng ngan api sederhana leh ngap ngan biji sekali kan. Tapi lepas tu nanggung sendrik la angin nyerr...Angin pruutt pruut. Hehe... Tapi incik hubby lagi suke goreng buang biji. Betul tu, lagi senang nak ngap tak de biji. Sedap..

Bater ni mmg garing, ada serdak serdak garing gitu. Tapikan... cempedak goreng saya jadi berminyak sikit. Saya je kot jadi gitu. Mungkin ada kaedah tepat untuk menggoreng kot. Tapi apa pun, dah namanya cempedak mmg la sedap. Thanks tu kakak kakak semua yeee. 

jemput makan..




CEMPEDAK GORENG CRISPY
sumber resepi: kak madihaa

Bahan2 batter

400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam



Cara

1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata &; halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang


Kari Sotong Mamak Style










Assalamualaikum.

Terima kasih semua yang mengucapkan tahniah dan juga sudi mendoakan. Semoga semuanya akan terus suksess ye. Entry pun cepat2 jugak ni. Haii makin kelam kabut lah cik jijah sekarang ni. Entah pe la yang kelam kelibut nyer ek... Rumah macam tu jugak, asik kena sound sistem ngan en suami.. Habuk tu bila nak lap, buku ni bila nak susun.. Tapi kan sebenarnya rumah tinggi ni, kepantangan masuk angin kuat sikit, mesti habuk banyak. Nak kena laphari2, mop 2 kali sehari... *ayat kaber line. haha..

Jom tengok resepi kari sotong mamak style ni. Entah ler sama ke idak mcm mamak, sebabnya dah lama tak makan mamak2 ni. Kalau ikutkan jaraangg jugak la makan.  Tapi rasanya memag sedap, cume saya buat kurang pekat sikit. Da kurang masin.. pastu ada la mulut pot pet komen kata tak berapa terasa. Haha... rasakan.. Mekasih Mas Duniaku yang sangat laaaa rajin memasak. Sungguh tabik ngan wanita ini, sehari 2,3 das entry dia keluar bab masak2 ni. Tak gitu mas. Tq ye mass



KARI SOTONG MAMA STYLE

Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka *tukar sotong

Bahan a -
10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.

Bahan b -
1 biji bwang besar - dihiris2
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis dan 3 kuntum bunga lawang

Bahan c -
2 biji tomato - belah 4
2 batang serai diketuk
2 helai daun pandan

Bahan d -
8 sudu besar serbuk kari ayam baba's - bleh kurangkan sukatannya
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
serbuk cili kering - byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best
semua bahan d gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat.
Ubi kentang - ikut suka byk mana ( Mas tak letak )
3/4 santan atau susu cair

Bahan e -
serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
garam secukup rasa


Cara :
Tumis bahan a sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b dan bahan c. Tumis hingga daun kari agak garing.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. Masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dengan serai n pandan tu. Tumis lebih kurang 3 minit. Pastikan anda masak dgn api perlahan. Ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.
Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula, biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d dan masukkan bahan e. Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. Ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api perlahan. Kalau nak dapatkan rasa yg lazat. Jadi kena ikut petua la ni.
Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan@susu cair dan garam. Mengikut kata jiran saya ni garam masuk last, tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.


Untuk sotong, cara saya, semua bahan2 dah masak dan kuah dah agak pekat, saya masukkan sotong last sekali. Bagi mendidih dan agak2 sotong dah lembut terus je angkat dan hidangkan.



Terima Kasih Semua..






Assalamualaikum..

Selamat pagi semuaaa.. Alhamdulillah berkesempatan lagi kite bersua di blogging ni ye. Maaf beberapa hari tak de menu masak masak. Ada hal sikit. Ehem sapa yang tau tu, sesenyap je ekkk.. hehe. Sehari dua ni jugak menyetelkan hal sekolah Bais. Ye la, duk area bandor ni nak kena cari sekolah yang tak jauh dengan rumah tu senang, tapi nak cari sekolah yang betul2 menepati kehendak, pulak2 zaman serba canggih ni, ilmu rohani dan spiritual amat lah penting kan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semoga dapatlah anakanda saya tu blajor elok2 kat situ tahun depan. Aiii dah sekolah dah rupanya, rasa baru je ngandung kan dia.. hakhak..

Sari dua tak ngapdate ni, my dear follower dah pun bertambah ke 4 angka. Alhamdulillah.. tak sangka makin ramai yang menjenguk blog Izah Muffin Lover ni dan jatuh cinta untuk follow IML. Walaupun mula-mula berblog tak terjangka difikiran untuk membuat orang tertarik dengan blog ni, tapi bila ramai kenalan, banyak medium untuk dikenali dan semakin itulah juga ramai yang sudi klik IML.  Buat semua follower saya .. terima kasih banyak. Bukan saja follower, tapi follower yang rajin mengomen, yang rajin mengusik, yang silent reader, yang suke menerai menu2 kat IML, teman2 FB, teman2 kenalan dan adikberadik tok nek pak nek semua.. saya ucapkan terima kasih.. 

Buat teman2 yang sudi membantu kalau ada kemuskilan, teman2 sifu yang sudi bertegur sapa dengan saya, teman2 yang sudi pos mengepos, teman2 yang sudi bersms, dan teman yang dah bersua muka.. semoga kite terus dapat mengeratkan ukhuwah hingga akgir hayat. Kepada semua teman bloggers , saya harap satu hari nanti kite dapat jua bersua muka kan.

Untuk semua,.. Nah makan mapin. Muffin ni saya beli kat google je. Tak sempat nak siapkan muffin untuk my dear followers. Hehe..  Sudi sudikanlahhhh..








Tuesday, July 26, 2011

Tahniah Secubitgaramnor67.com

Assalamualaikum..


Pertamanya..maaf belum sempat nak update menu malah nak menjenguk blog kawan2 pun belum sempat. Juga membalas komen2 dan pertanyaan kemuskilan teman2 pun belum sempat jugak. Hamboii apa la yang dibusykan sangat tuan rumah ni ye. Uishh tak de nyer projek beso. Kerja2 yang biasa je.

Tujuan entry ni nak bagi tahniah kat kak Anon kita yang dah berubah semula kepada kak Nor. Haaha.. Tension kak nor telah bertukar manissss jugeee. Ambik la ucapan kad saya yang tak seberapa ni. Sebab dah godek2 lama dah kad ni, terus je la post kan. Tak cantik tapi ikhlas dari saya dan izahmuffinlover.




TAHNIAH SECUBITGARAMNOR67.COM SEBAB DAH TUKO JADI BANGLO. RAMAI YANG NAK TUMPANG CHECK IN UMAH AKAK YE. HAHA... SAYA DOAKAN SEMOGA SECUBITGARAM TERUS MAJU , TERUS MENAMPILKAN MENU2 MENAWAN DAN MENYELERAKAN.

FROM:

IZAHDAUT


*kena check semula spelling nama takut tertukar nama kak nor ke kak nim, sebab tengah bersms ngan kak nim yang akan dikunjungi teman blogger dari japan. Fuhh kak anim.. suspennn ye.. hehehe


Monday, July 25, 2011

Muffin Yogurt Bluberry


Assalamualaikum..

(* Ini post berjadual, tuan blog ada kroje sikit..daaa)

Last muffin yang ada dalam koleksi minggu lepas. Muffin dari adunan muffin yogurt ni boleh dipelbagaikan. Sangat sesuai diintikan dengan jem kesukaan. Inti bluberry ke, strawbery ke atau coklat ke..semuanya sesuai dengan rasa mapin tu. Muffin ni pun elok gebu sedang2 aje kepadatannya. Rasa die lemak2 enak lawan ngan inti tu. Adunan sama dengan MUFFIN STRAWBERRY YOGURT. Cume bezanya tiada penggunaan strawberry je la kan. Sesuai dibuat juadah untuk tetamu berkunjung, dijadikan buah tangan atau sebagai minum petang. Jom aa cek resepi, rasa cam terlebih formal lak ni. hehehe..




MUFFIN YOGURT BLUEBERRY
by: IzahDaut

2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste
5-7 biji strawberry size sederhana

Caranya:

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla,  dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit.





Ini pula gambar bagi yang bertanyakan soalan tentang paper cup muffin hari tu. Kalau menggunakan paperline mcm ni, memang kena menggunakan muffin pan. Muffin pan ni ada macam2 size mcm2 rupa. Ada size L beso la tu, ada size lagiii kecikk sesuai untuk paper cup sekut yang kecik2 tu. Yang saya tunjuk ni bersaiz S comel2. Size S ni bukan paling kecikk mini tu ye. Lain2 jenis muffin cup biasanya yang jenis keras. Mcm dlm gambar di bawah. Ynag ni tak yah ada pan pun, terus je letak adunan muffin dlm tu then bakar. Sebab cup tu keras, dan boleh menampung muffin. 





Atau pun kalau dah ada muffin pan tu, pulak2 jenis non stick, saya suke bakar muffin togel je. Macam gambar kat bawah ni. Biasaya muffin togel ni lagi cekci kn.. hehee..






Sambal Hitam Pahang


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Harap tak de la blues blues di pagi senin ni ye. Dah amik mood dan berehat2 di hujung minggu. Naik hari isnin harap semuanya bersemangat. Cewaah ayat..mcm la yang menulis ni terefek sangat dengan hari isnin ke tidak. Yela anak2 belum sekolah ni tak terasa sangat pun. Kadang2 haribulan pun duk tercongak2 tak tahu. Hehe..

Saya nak tayang satu sambal kegemaran saya. Sangat suka, pulak2 kalau dari tangan mak yang memasaknya. Walau tak cukup bahan pun terasa sedaaap je. Sambal ni satu nostalgia bagi saya. Sebab ini la sarapan saya dan adikberadik masa time sekolah2 dulu. Rasanya 4-5 hari seminggu mesti sarapan nasi panas2 dengam sambal ni. Cukup kenyang dan siap tapau buat bekal ke sekolah. Ada sayur timun buat ulam. Pekena pulak dengan kopi o. Fuhh best makan pagi2 buta tu. Tapi  versi mak saya tu tak letak asam belimbing rebus, sebab tak mau rasa masam2 asam tu. Masa tu anak2 dia tak suke rasa masam2 kat sambal. 

Versi saya ni kire lengkap la dengan asam belimbing. En suami suke rasa masam2 sikit, lawan ngan pedas. Memang best. Kak Ilah pun suke kan kak. Akak Ilah crite masa gi Kuantan makan sambal ni, tapi tak tahu sambal apa. Lepas dapat resepi terus buat n menjadi kegemaran famlynya juga. So siapa2 yang sudi nak merasa keenakan sambal istimewa Pahang ni, sila silakan lah. Nama sambal ni sambal hitam, tapi ada yang cakap sambal hitam Pahang. Tapi pelik juga akak ipor saya yang duk Pekan tak berjumpa lak dengan sambal gini. Kat ulu lepih je gamaknya ada. Hehe.. Jom ah tengok resepinya..




SAMBAL HITAM PAHANG
by: izahdaut

1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
10-15 biji cili padi *pedas ikut suke
6-7 asam belimbing rebus
sikit kicap
sikit gula
sikit garam
3/4 cwn minyak masak *lebihkurang

caranya:

Tumbuk cili padi sehingga lumat menggunakan lesung batu.
Kemudian masukkan pula asam belimbing dan lenyek2kan dengan lesung biar bercampur dengan cili.
Masukkan pula ikan bilis dan tumbuk separuh hancur.
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang, tak perlu tunggu bawang layu atau naik bau, terus aje masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk bersama cili tadi.
Goreng menggunakan api sederhana.
Masukkan sedikit kicap, garam dan gula.
Kacau lagi sehingga agak2 garing.
Atau pun mengikut citarasa masing2. Sebab ada suke sambal ni rasa lembut2 je, tak suke garing.  Ada juga suke sedikit garing tambah lembut2 sikit. Jaga2 jangan sampai hangit lak. Maklom sambal dah ler hitam kan. Hehee..


*Asam belimbing rebus tu, asalnya asam belimbing biasa tu yang warne hijau. Tapi orang kampung suke rebus sampai kecut dan bewarne cekelat gitu untuk disimpan lama. Rebus tu bukan dengan air, tapi asam dibersihkan dan diletakkan terus  dlm tong minyak 4 segi beso tu. Pastu letakkan atas api kecik, orang kampung  suke letak atas api kayu dan dibiarkan merebusnya semalaman. Hingga betul2 kering habis air belimbing tu sendiri. Jadi dapatlah asam belimbing warne cekelat mcm di atas tu. Sekian..

UPDATE:
*maaf ye, saya tak dapat nak mereply komen. Ada urusan nak disettlekan.

Untuk merebus belimbing tu, bersihkan belimbing kemudian rebus tanpa air dengan api yang kecil. Rebus belimbing ni memakan masa yang agak lama juga. Yang penting rebus sehingga belimbing kecut dan bertukar warne. Kalau kat kampung biasanya rebus semalaman untuk kecut. Kecut tu bertujuan ketahanan untuk disimpan lama sehingga setahun dua.  Tapi kalau nak makan sikit tu boleh la sampai kecut sedang2 je. tq

Saturday, July 23, 2011

Gulai Daging


Assalamualaikum..

Haii hari sabtu ni buat apa ye? Hari pun hujan sejuk je ni. Trasa sedap benor golek2 atas katil ngan anak2. Aisehh ngan anak anak je ke..hehee.. Jom ah layan gulai daging ni. Gulai ni dah lama dah saya buat. Guna rempah gulai Terengganu yang dikirim oleh orang Ganu jugak. Mekasih buat kakak yang sudi kirimkan rempah ni.. Dah lama teringin nak makan gulai daging Terengganu. Resepi saya amik dari blog kak Nor. Tapi resepi tu kak Nor buat guna tulang kambing. Saya buat kat daging pulak. Sapa nak merasa leh je tukarkan pada binatang kesukaan. Opss binatang yang halal la ye. Ikiki.. Mekasih kak Nor cayanggg..



GULAI KAMBING 
(boleh gak guna utk daging lembu/tulang lembu)
sumber: kak Nor

1kg daging/tulang kambing
sedikit tepung gandum
3 sudu cili mesin
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih ~ semua bahan * diblend halus
* 1in halia
*3 hirisan lengkuas
4 sudu besar rempah gulai daging/kawah
3/4 cawan santan fresh/pekat
2 bj ubi kentang
air secukupnya
nisan/gula melaka
2 sudu besar kerisik
air asam jawa
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
minyak

Tulang/daging kambing diperap dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air. Biarkan 5 - 10 minit dan bersihkan. Toskan. (ni petua utk menghilangkan bau hamis kambing)
Masukkan tulang/daging tadi kedalam periuk dan isikan dgn air melebihi sedikit dr paras daging.
Masaklah sehingga 1/2 empuk. Ketepikan.
Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik td (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) bersama daun pandan hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga pecah minyak dan masukkan bahan blend.
Kacau dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga garing sedikit dan masukkan rempah gulai serta 1/2 cawan air (boleh ambil air dr rebusan daging/tulang td).
Goreng hingga pecah minyak baru la masukkan daging/tulang.
Gaulkan hingga rempah sebati dgn daging/tulang. Biarkan lebih kurang 10 minit.
Masukkan kesemua air rebusan td dan juga ubi kentang.
Masaklah hingga mendidih dan baru la dimasukkan santan fresh/pekat.
Bila kuah mendidih, masukkan air asam jawa, garam, nisan/gula melaka dan kerisik.
Kalau nak masukkan 1/2 kiub pati ayam/daging pun boleh, utk menyedapkan lg rasa lauk ni.
Jgn lupa mengacau ya, nanti santan naik kepala
Kalau nampak kuah agak pekat dan tak pecah minyak, boleh lah dimasukkan 1 cawan air panas mendidih ke dalam kuah. Dengan cara ni, kuah akan jd cair balik dan akan pecah minyak.
Masaklah hingga daging dan ubi kentang empuk (tulang memang takkan empuk kan) dan kepekatan kuah yg disukai. Nak pekat lg, tambahkan masa memasak.



Friday, July 22, 2011

Muffin Coklat


Assalamualaikum..

Ada yang dah muak ngan muffin ye.. hahaha.. Last muffin la nih. Eh tapi mcm ada satu jenis lagi muffin yang dibuat hari tu. Gambo tak edit lagi. Hehhee.. Ok muffin coklat ini adalah muffin paling top sekali kalau ada yang menempah muffin coklat. Biasanya saya akan guna resepi yang ini. En abang saya pun suke muffin coklat yang ini. Kalau buat muffin coklat resepi lain, bila dia rasa, dia akan buat ayat.."ngapa tak sedap mcm hari tu", maksudnya muffin yang ini lah. Muffin ni sangat moist sangat sedap dengan kecoklatannya dan tak muak.

Resepi dari mak Lang yang saya dah pernah post resepinya DI SINI. Saya amik dari blog KAK UMMI. *tak jumpa link kat blog kak ummi lak* Akan tetapi saya perasan muffin ni sama ajer resepinya dengan satu kek coklat Black Beauty Chocolate Cake chef Zubaidah juga resepi dari blog mak Lang ni. Baru ni ternampak kat blog ANNA QAWINA , KAK YATIE , KAK LIEZA dan KAK ITA. Lebih kurang sama tapi sedikit berbeza. Sebab muffin ni ada penggunaan nescafe dan saya tambahkan dengan oren sunquick untuk hilang muak coklat. Apa pun rasanya= mmg enak. Terima kasih semuanya.




MUFFIN COKLAT
sumber: mak Lang &  kak Ummi

Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.





2 jenis muffin yang siap dibungkus. Muffin bluberry dan coklat.



Award dari: Kak Cek dan Zaliedana


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Wooo suke dapat award. Suke je mengumpul award ni. Award ni antara tanda persahabatan jugakkan. Dan buat Zaliedana dan Kak Cek...Terima kasih untuk award ini. Sangat menghargainya dan semoga persahatan kita dlm blog ni berkekalan dan bertambah ilmu dan keebrkatan. Semoga juga satu hari nanti dapat bersua muka. 



tq.

Award ni nak bagi kat:












Thursday, July 21, 2011

Cream Horn Rolls


Assalamualaikum..

Fuuhh.. den tak sompek lagi mereply komen dan ada beberapa blog lagi yang tayang menu tak sempat nak BW lagi. Petang2 sikit ye lepas habis kerja2 rumah niha. Biasa la kerja rumah ni kan tak habis2. Pepulak surirumah sefenuh masa mcm saya ni terasa ada banyak masa, bila terasa banyak masa suke tangguh kerja. Bila terasa sesak mata memandang baru nak insaf mengerjakan perkara2 sesak dan serabut tu. Ahakksss.. Tak menjadi ibu contoh sungguh kan. Ni kalau en somi membaca ni siap la tu terangguk angguk tergeleng geleng  pale dia. Muekekee.

Kak Noorrrr oo kak nORR.. Anak murid nak tunjuk homework ni. Amacam leh dapat markah penuh tak? Boleh laa.. boleh la.. kombang2 idung den nak melilit kat horn tu bagi membulat je doh tu. Lebih tarik karang terleper pulak kan. Best gak buat kerja meroll n lilit ni. Hehe.. Dah lamaaa dah acuan ni duk terperam. Pemberian akak TTM Melbourne kita tu. Mekasih kak.. Baru ni nak guna dan nak pecah kedaraannya tu. Nak buat cream horn asik lupa je nak membeli pastry, jadi bila kak Nor tunjuk cara meroti pun boleh, jadi saya pun zass la. Kebetulan memamng nak meroti pun kan.




Atas sebab2 tertentu, saya tak boleh nak buat cream ceese nyer.. sedissss.. Terpaksa makan ngan eskrim je. Tapi sedapp weh. Kalau pakcik eskrim jual gini pun laku gak ni. Nyumm nyummm... Ada lagi roti ni. Mehla ngendeng buat buat muke tak malu.. Alaa meh la.. hahahaa.. Oki doki, resepi saya guna ROTI KISMIS YOGURT. Dah tak leh banyak membebel. Meh ngap aiskrim horn rolls ni meh. Daaa

Mekasih kak Nor ye. THE MAKING CREAMHORN ROLLS DI SINI  ye. Pss boleh je masuk blog kak Nor tu. Ehemm ehemm.. mcm ada lain la. Ni untuk Kak Nor!!


Oppsss dah tergigit la!! sorriii.. hehee



Muffin Inti Blueberry

'

Assalamualaikum..

Selamat pagi. Masih berkisar dengan muffin. Kan dah kata memang seminggu lepas asik mapin mapin mapin je. Ni dibuat untuk tempahan akak saya untuk majlis akikah anak kecik nyer. Tempahan dan sumbangan saya la kira nyer. Saya suke muffin ni. Texture n manis nyer sedang elok pada saya. Muffin bluberry memang kegemaran pun kan. Saya buat size cup S. Senang di ngap. Kalau hubby saya makan ni dia ngap 4 ketui skali hadap. Bila tengok dia laju je ngap, dlm hati saya..aduhh short lagi mapin aku. Makin dia laju ngap, makin cepat jugak saya membungkus mapin masuk dalam wraping. Haha.. cik abang ku tak pasan yee.. Ke buat buat tak pasan? Huhh..
Tu belum kira si Bais duk ngepau mapin ni lagi. Haii sabau jela kan.

Resepi mapin ni saya amik dari satu web omputih yg pada saya sukatan dia elok untuk sekali bancuhan yang mendapat banyak biji. Ayat apakah ituu.. Ahh lantak lerkan. Paham je kot. Penggunaan buttermilk, mmg menggebukan. Pada last2 bancuhan tu saya tukarkan pulak buttermilk kepada yogurt. Lebih kurang jelah pun hasilnya. Cume kalau nak guna yogurt kena lebihkan sikit yogurt nye. Kalau idak bancuhan sedikit pekat. Layan resepi jom.




BLUEBERRY FILLED MUFFIN
source: justbestrecipes

125 gm mentega
1 1/2 cwn gula kastor *izah kurangkan 2sb
4 biji telur
1 sk vanilla essence
3 cwn tepung
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1/2 sk parutan lemon *optional
1 cwn buttermilk 
blueberry filling secukupnya

*buttermilk: 1 cwn susu segar + 1 sb lemon jus. Bancuhkan keduanyaa dan biar beberapa minit hingga menjadi pekat.

Caranya:

Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.
Tepung diayak bersama baking powder dan garam. 
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.
Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter.
Bukan pukul dengan mixer ye.
Bila semua bahan sudah sebati bolehlah diceduk kedalam muffin cup.
Diingatkan jangan overmix adunan tadi.
Cedukkan sedikit adunan muffin, kemudian isikan filling bluberry dan tutup balik dengan adunan muffin sepenuh 3/4 cup.
Bakar pada suhu 180  C slma 25 minit.







Wednesday, July 20, 2011

Roti KismisYogurt


Assalamualaikum..

Layan roti pulak ye. Ni pun menu tertunda juga. Roti ni dah dibuat minggu lepas dan menu berasaskan yogurt lagi. Ada yang pelik ye yogurt besor gedabak yang saya beli tu. Hehe..tu bukan untuk kegunaan family yogurt banyak gitu. Biasa saya beli yogurt bekas kurang 500gm tu je. Yang 1.5 kilo tu lebihan saya buat untuk yang mengoder muffin yogurt itu hari. So ada lebih sebekas terpaksa lah habiskan jugak. Jadi saya tergoogle roti kismis yogurt ni. Bahan pun simple dan saya try buat. Waaahhhhhh sangat la sedap. Seriusss memang gebu. Memang kena ngan selera saya. Lembut sampai 2 hari. En suami yang tak berapa suke roti tu pun boleh habis 4, 5 ketui. Ye.. en suami memang memilih sikit bab roti ni. So far yang dia suke roti basic doh kak Nor dan ada 2,3 jenis lagi la. Termasuk yang ini. Untuk yogurt tu saya lebih kan 2 sudu besar lagi. Boleh kurangkan sikit air. Fuh best!!!

o ye, saya tak letak kismis. Bebudak ni kalau letak kismis pada roti, diorang tak makan. Kena buang kutip satu satu lak. Lagi satu saya suke penggunaan susu pekat sapu atas roti tu. Cantikk berkilat.

Mekasih buat kak Ummi, yang katanya resepi ni berasal dari blog Resepi Bdaria yang diambil dari Majalah Sedap. Terima kasih ke dua duanya.




ROTI KISMIS YOGURT
Resepi asal : Majalah Sedap Jurnal Resepi Bdaria
Sumber: Kak Ummi

Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)
*izah dapat 16 ketul

300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8 gm yis segera
1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam
50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan. Lap sikit dgn kitchen towel)
*izah tak letak kismis

Bahan sapuan:
2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:
Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)
Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
Canai adunan memanjang dan gulung.
Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
Sapukan susu sejat.
Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.

Nota: Ulian mmg sedikit lembik, tp still boleh uli...so taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli manja-manja sikit semasa membulatkan doh tu eh..hehee

*doh izah sedang elok tak lembik. Mungkin sudah dikurangkan sedikit air. Elok untuk dibentuk.



Puding Aiskrim


Assalamualaikum..

Panas membahang pagi ini, sesuai la kalau dapat puding aiskrim sejuk sejuk ni. Tak silap saya sebelum pc saya rosak hari tu ternampak kak Rosaliza buat puding aiskrim. Tapi mengenangkan aiskrim saya tu tinggal sikit je, so saya guna  resepi chef Hanieliza yg asalnya Puding Aiskrim Keladi. Tapi kalau nak tengok puding kak Rosaliza yang smooth tu boleh tengok SINI

TQ HASUE, AKU TAK PASAN, MAKLOM LA ADIK BERADIK KATAKAN. hEHHEE...
SEBENARNYA BUKAN KAK ROSALIZA, TAPI KAK LINA-PG. KAKLINAA AMPOONNN.

Puding ni simple je bahan n caranya. Alhamdulillah memang licin lembut je bila dinikmati. Saya kureng sikit dengan aiskrim coklat, tapi bile dibuat puding, yang coklat tu pulak extra sedap. Bagi yang terasa2 nak menikmati jugak puding ni boleh la semak resepi chef ni ye. Terima kasih chef Hanieliza.




PUDING AISKRIM KELADI

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu] *izah guna serbuk
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi *izah guna perasa coklat n strawberi
pewarna purple *izah tak letak pewarne
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiekrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

*Izah buat separuh adunan je. Dah cukup untuk kami sekeluarga.

Tuesday, July 19, 2011

Angle Hair Goreng Berempah Pedas


Assalamualaikum..

Dah masuk lunch dah. Hari ni kemalasan sungguh. Dalam kepala nak masak simple simple aje. En suami pulak tak berapa hadap sangat makan makan ni. Suka makan buah je pulak. Macam- macam perubahan selera pulak dah. Kadang-kadang kite dah tung kletang kat dapur masak, siap ada soalan yang mengembangkan telinge, "laa napa susah susah masak?". Haaaa soalan apakah.. Kalau soalan tu berlaku sebelum memasak i like it bery bery much.. huh

Okay la, berbalik pada angle hair ni, sapa2 yang belum sudi menerai masakan ni silakan lah ye. saya dah jadi addict juga ngan masakan dari angle hair ni. Sukee sebab lembutt je. Pulak ngikutkan resepi kak cajun..oppsss marah kakak secubitgaram kite tu.. hehe. memang kena ngan citarasa. Pedas tu kan selera orang timur mcm kita kita ni. Saya  pernah juga buat guna macaroni, tapi tak sempat nak snap sebab big boss nak bersantap dah. Memang segan nak keluarkan kamere kalau dah duduk beradap makanan kan. Yang ini buat untuk saya sorang je. Tapi ada jugak dak kecik yang ngendeng. Mula la dah makan siuut siuut kepedasan. Ngahaha..

Mekasih kak Nor untuk resepi angle hair ni. DUTA CAJUN tau.. ikiki..ada tagline tak kak Nor?
Agak2 kalau kak Nor jadi duta bebetul, apakah tagline yang best?


ANGEL HAIR GORENG PEDAS BEREMPAH

Bahan:
200 gm angel hair
150gm daging kisar
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong panjang)
1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Daging cincang boleh digantikan kepada hirisan ayam.