Assalamualaikum..
Jangan pelik ye, tuan blog asik masak menu manis je ye. Hehe.. puding kat bawah tu menu minggu lepas punya tau.. brownies ni smalam punya.
Brownies sedap ni..sapa nak? Makan sikit sorang je ek. Waduhhh kok enak bangat, tak cukup seh satu potong. Tapi brownies gini tak leh makan banyak2 karang muak. Makan sikit2 je pastu gigit slow slow mcm puteri gunung ledang je. Ye la sangat makan mcm puteri.. saya makan brownies ni sampai tak lalu nak makan apa2 dah lepas tu. Hehe.. Potongan brownies tak berapa kemas, sebab tak sampai sejam duk dlm esbox dah keluarkan bebudak nak makan. Ke bapak budak ek? So kalau nak potongan kemas elok, kena duk lama2 lagi sejukkan dulu. dlm 4-5 jam dlm esbox ye.
Buat brownies ni agak cerewet sket. Nak kena kuar mixer bagai tu yang malas tu. Tapi dek kerana terkonang kan kesedapan masa mengunyah pertama kali masa pertama kali jugak bertentangan mata ngan kak Anim hari tu, buatkan juga lah. Ada lagi dalam peti ais nun. Makan sejuk2 la sedap sungguh. Enci hubby pun gemor sangat, masa dia ngunyah brownies ni, duk terpikir2 kat mana makan kek gini. Katanya..... leh lupa lak kan..
Mekasih kak anim brownies sedap ni. Asalnya resepi dari rumah kak Maz, tapi blog kak Maz dah ditutup hanya untuk invited reader only. So saya bagi link umah kak Anim jela ye.. Masihh kak Maz dan kak Anim.
VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus *izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon
Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
Cara
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..