Friday, July 29, 2011

Red Velvet Marble Cheese Brownies





Assalamualaikum..

Jangan pelik ye, tuan blog asik masak menu manis je ye. Hehe.. puding kat bawah tu menu minggu lepas punya tau.. brownies ni smalam punya.


Brownies sedap ni..sapa nak? Makan sikit sorang je ek. Waduhhh kok enak bangat, tak cukup seh satu potong. Tapi brownies gini tak leh makan banyak2 karang muak. Makan sikit2 je pastu gigit slow slow mcm puteri gunung ledang je.  Ye la sangat makan mcm puteri.. saya makan brownies ni sampai tak lalu nak makan apa2 dah lepas tu. Hehe.. Potongan brownies tak berapa kemas, sebab tak sampai sejam duk dlm esbox dah keluarkan bebudak nak makan. Ke bapak budak ek? So kalau nak potongan kemas elok, kena duk lama2 lagi sejukkan dulu. dlm 4-5 jam dlm esbox ye.

Buat brownies ni agak cerewet sket. Nak kena kuar mixer bagai tu yang malas tu. Tapi dek kerana terkonang kan kesedapan masa mengunyah pertama kali masa pertama kali jugak bertentangan mata ngan kak Anim hari tu, buatkan juga lah. Ada lagi dalam peti ais nun. Makan sejuk2 la sedap sungguh. Enci hubby pun gemor sangat, masa dia ngunyah brownies ni, duk terpikir2 kat mana makan kek gini. Katanya..... leh lupa lak kan..

Mekasih kak anim brownies sedap ni. Asalnya resepi dari rumah kak Maz, tapi blog kak Maz dah ditutup hanya untuk invited reader only. So saya bagi link umah kak Anim jela ye.. Masihh kak Maz dan kak Anim.






VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus *izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..




35 comments:

  1. jah..aku pernah wat gak rsp Kak Maz ni tp kurang gemar..heh..ank2 aku suka lak..
    meh sini suapkan aku sikit..

    ReplyDelete
  2. aduhhhhhh!!..ni yg buat tak thn ni..ada lagi yg menggoda..

    ReplyDelete
  3. Kak Izah,wah tayang brownis lagi uu,sekbek ritu dah merasa air tangan kak nim,sy kalo wat,mmg mkn sorng jerla,hb n nana xsuke lak,ritu kat umah kak nim pon sy ajer yg melantak sorang,tapi tula,ai mkn 2ketui ajer,coz shy2 kucen,yerla baru 1st time bertentang eye ngan kak nim,wakaka..

    ReplyDelete
  4. ahai... mengancam lah...rajin betol cik izah ni...tp k.gee taklarat dah...minggu ni asik mengecis aje kejenya...

    ReplyDelete
  5. The colour so bright and tempting! Delicious ...

    ReplyDelete
  6. cantikkkkkk...
    aku gak tak buat2 lagi kek ni..
    boleh try nanti.....

    ReplyDelete
  7. Wah cantiknya corak diaaa... Kaler brownies pun mengancam you! Tahniah ye Izah sbb dah mendapat follower sehingga 4 angka.. I'm one of yr follower...hihihi...

    ReplyDelete
  8. uwaaaa akak lum sempat komen puding pelangi dah kuar plk red velvet brownies ni...dua2 cantik, menarik dan buat akak benar2 tertarik..pasni De Boommmm sudaaaaa...akak mmng berangan dah lama nak wat brownies ni..tapi tulah tak terbuat2...

    ReplyDelete
  9. ni bini n mak sapalah yang rajen neh.. hu hu hu Zah usah disangkal kerajinanmu itew.. bak sepinggan.. he he he kalau Izah kata susah erma aper lagi..mkn sini jek ek.. he he he

    ReplyDelete
  10. Salam KAKAK Izah yg di kasihi dirindui digilai di gerami di rinduiii ahahahaha.... phheewwww! berpekuh ai keja marathon bw dr td niii, kena ikut turn komen yg ada kat n3 kita td niii baru sampai umah akak :D lapo nii! ada makanan tak? jgn kedekut2 sume lauk2 yg dah minggu lepas dia tyg huh! wakakakaka... waahhhhhhhh sgt curlasssttt itu RV :D pssst, lenkali masuk umah akak nak kena pakai kaca mata hitam, silau lah mata nmpk sunset tuu :D but i likeeee!

    ReplyDelete
  11. yuhuuuuuu,jaaaaaaah

    akak bawak rendang pucuk ubi ni..ko tak pernah raso lai kan?..sodap ni jah.makan masa sahur sok..taaapi utk ko dah takde lah jah..dah tapau bagi adik ipar bawak balik tepeng...nanti2 kalau jumpa akak buatkan ek?..tulis jah tulis..berapa byk dah yg akak janji nak buat nih..haha

    eheheh..cik daut tu lupa daratan boto yo..ce tanya lagi sekali mana dia makan red velvet tu jah..suh dia ingat balik jah kalo tak akak swing ke gunung jerai.hahaha

    ReplyDelete
  12. eh nak komen lagi lah..tak puas..

    lawo arrrrrr bronis mu itu..cam ko lah jah..sweet je.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum izah....
    cantiknya brownies tu izah... akak pun x perna buat lg brownies nie.. mmg cantik!! tergoda..

    ReplyDelete
  14. assalam, cheese kt atas tu manambah kesedapan..insyaallah nk cuba.

    ReplyDelete
  15. Izah....brownies fav kak cek ni...satu ketika dulu asyikla buat brownies red velvet ni...sedap sgt...memang best...
    Ni kak cek dtg bwk mapin hasil dari resepi Izah tau...sedapppp...tapi kak cek letak maple syrup...lembut dan gebu mapin ni...thanks Izah kongsi2 resepi yang sedap ni...:D

    ReplyDelete
  16. as-salam lzah
    cantik warna brownies tu..mesti sedap kan brownies red velvet marble cheese tu..

    ReplyDelete
  17. Wah brownies dia meawah tul ngan rasa cis..dap2 tu...akak bab brownies/kek lemah sket la...

    ReplyDelete
  18. izah cantik la izah brownies ni.. kemas je... suka ita tgk.. puding pelangi kat bawah tu pun mengoda cantikknya

    ReplyDelete
  19. rajinnya la izah ni membaking..kena ambik aura izah ni...kita malas betul...hehheheh

    ReplyDelete
  20. Assalam Dik Izah.... terima kasih sudi mejengah Akak....wah dah remang-remang senjakala pulak kat sini...mana pergi mapin2 hari tu...dah laris di pasarkan agaknya ya!!!Gurau jer ya Dik...selamat menyambut Ramadhan moga kita sama-sama diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni, Amin!

    ReplyDelete
  21. sedapnye nmpak~huu buleh buat utk raya nih...heh pose belum dh nk beraya pulak..BTW salam ramadhan, luv that pelangi pudding..klu ada masa mau try la..thx for the great resepi yeh~

    ReplyDelete
  22. masuk list untuk raya ni..selamat menyambut bulan ramadhan buat Izah sekeluarga:)

    ReplyDelete
  23. As'salam Izah

    Bila dok tayang cheese brownies yang macam ni yang mood nak masak2 naik balik ni...hihihi. k.ct dah stop nak buat kek segala ni Izah. nak puasa ni macam dah tak rajin nak membaking. tunggu mood sekut pulak datang lah ...hihihi

    Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan buat Izah sekeluarga dari kak ct ya

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Cik Puan Izah,

    Memandangkan ada komen pasal g.jerai tu jadi empunya badan nak jawap sendiri la....Amboi sampai heyti dirimu pecahkan rahsia kelupaan diriku pda k.anymz mu. Soolly ek kak puan...sebenarnya kelupaan itu menjadikan kita lebih panjang umurnya...Tetapi kalau selalu je lupa itu tanda penyakit la tuhhh..

    Kadang2 lupa dan ingat itu boleh mendekatkan jarak antara kg. Antana dan ampang...Sedekat ingatan smula tersebut...Lupa ini juga mjadi tanda aras kesedapan benda tersebut...Lupa la pula lagi nama benda tu....apa ek..cik izah?

    Kalaulah dgn hanya lupa boleh sampai ke g.jerai tanpa naik basikal lori baguih la juga.....

    Salam Ramadhan...Sampaikan salam "Assalamualaikum" saya kepada cik abang dirumah yang xhenti2 senyum tu....:)

    Cik Izah...Jangan lupa kita date hari ni...;)


    Nukilan Mr Dxxt

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Izah...

    Cantiknya Red Velvet Marble Cheese Brownies Tu...Sedap...Bila Kak Lin Nak Buat Ni...Ermmm...

    ReplyDelete
  26. salam izah...warghh..aku suke RV..suke cisss!~ naaakk!!~

    mek ijah ku sayang, jmpot amik kad kat uma k.. salam ramadhan utk mu sekuage :)

    ReplyDelete
  27. Izah..tadi anim dah kempen suruh akak buat jugak..dia kata hero akak mesti suka..siap bagi cheese philadelphia tu lagi..bila lah akak nak menggodeknya ni.nampak macam rumit pulak nak buatnya..akak ni suka yang mudah2 je..izah..kalau tak letak cuka..boleh ke..

    ReplyDelete
  28. izah, cantik sgt marble cis RV ni..nnt tunggu kemunculan di dapur akak ek..terliur lak tgk izah buat..dan tahniah sbb dh dpt 4 angka follower :)

    ReplyDelete
  29. Salam Ramdhan & Selamat Berpuasa buat Izah sekeluarga - ada kad khas buat kekawan kat rumah Along.
    Cantiknya RV ni tp Along lum berani lg nak buat, takut tengok kaler dia...

    ReplyDelete
  30. salam kak izah, slmt berpuasa ya kak, semoga amalan kita diterima oleh Nya...mohon ampun maaf jika ros ade terkasar bahasa ya kak : )

    ReplyDelete
  31. Selamat berpuasa to u and ur family.. semoga dapat berpuasa dgn sempurnanye..

    ReplyDelete
  32. Salam Ramadan Izah .Slmt berpuasa buat Izah sekeluarga. Moga puasa thn ni lebih bermakna dan dilalui sebaik mungkin. Marble red velvet Izah ni menawan hati...bilalah nak mencuba...

    ReplyDelete
  33. wah izah bestnyer kek baldu ni....ape2pun selamat berpuasa

    ReplyDelete
  34. izah,

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak to you and your family. semoga ramadhan ini membawa keberkata pada kita semua :)

    ReplyDelete
  35. Inilah akibat tgk resepi dgn anak. Dia mintak buat pulak dahhhh..... Mama dia ni, mana pandai buat kek. Nnti kalo rajin mama cuba ye. Huuu

    ReplyDelete