Assalamualaikum..
Amacam tajuk macam blog gosip gosip tak? hehehe... Tidak tidak, anda yang klik ke tajuk ini masih melihat blog Izah Muffin Lover yang agak suam2 sikit lately. Bukan ler banyak norr tempahan bagai dibayangkan, cume blogger suam2 kuku ni malas betul nk ngadap laptop sejak akhir2 ni. Bukan je malas nak ngadaap lappy, gambor masakan pun boleh snap sebelum dimasaak je, lepas masak lupa nak snap. Boleh gitu?
Lupaa nak tanya kabar. Yela, ala ala rancangan tv, klau memula rancangan kene la tanya kabor dulu kan? :-) sehat ke mekome mekome semua? Harap sihat ler ye. Saya ni mood sebak sebu jek. Maklom anak gi lawatan half day je pun hari ni. Pertama kali gi lawatan ko.. sebenarnya tak bagi dia gi pun, sbb tempat biasa2 jek pun, kecuali kilang coklat. Rege lawatan pun leh tahan, boleh mokcik balik kampung 2,3 trip. Ngee.. tapi disebabkan si Bais ni ase balik dari sekolah jek, cerita perihal lawatan.. siap kata nanti nak tengok fish ngan obor2 laa. Nak makan pinggan coklat la.. *compius sikit? Jadinya, last minit masukkan la jugak dia dlm senarai lawatan berbaju hijau pagi tadi.
aaa nak cerita apa lagi ek? oo terima kasih yang sudi tanya kabar saya kt komen box.. kat fb dan tru telepon. mekasih semua ye. kerana korang ai gigih mengadap lappy hari ni. haha... jom tengok kuih tiram yang dah berkurun saya buat pas hasue buat ritu,krup krap jap jek habis. best.. tq sue dan tuannyer resepi. :-)
KUIH TIRAM
Resepi: SHAMEN
Bahan-bahan:
500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**
Cara-cara
Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.
Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye
Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai
Amik doh kecil tadi & canai leper..bila dah agak leper,nak canai 2,3 sekali pun boleh..
Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali..
Goreng hingga kekuningan(api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus..