Assalamualaikum
Apa bikin hari ni? Dah memikir menu untuk hari ni? Pikir jangan tak pikir. Buka tutup peti ais sambil pikir. Hhehe
Saya pun tengah pikir. Tapi sedang memikir bagaimana agaknya perkembangan zaman teknologi bila anak-anak membesar.
Saya terpalit kerisauan dengan perkembangan teknologi yang bagai tiada penghadang.
Bebas. Luas. Tanpa halangan. Tanpa panduan.
Kerisauan orang dulu-dulu,bila anak remaja bebas berpeleseran. Kerisauan orang sekarang anak-anak remaja bebas bersosial di dalam bilik sahaja. Cukupkah dengan pantauan ibu bapa. Setakat mana keberkesanan nya.
Eh sekarang agak-agak karangan spm masih mcm kita dulu-dulu kah?
Masih adakah ayat "melepak di kompleks membeli-belah adalah masalah sosial remaja", atau sudah bertukar kepada "perkembangan teknologi tanpa sempadan adalah masalah remaja kini yang boleh melayari internet bebas di dalam bilik".
Ok adakah saya terlalu emosi? Kenapa kah? Adakah ini faktor usia?
Ok pi depan cermin cek wrinkle. toinggg..Mana Rania neh.. ngeeee
Berbalik pada kuih lapis coklat ni. Memang sedap uols.. Lembutt n perasa coklat ditambah wangikan dengan neskefe. Saya ckup suka. Anak-anak juga gemar kuih ni. Alhamdulillah.
Saya buat separuh dari resepi yang kak Wan share kan.
Habis licin :)
Tq kak Wan. Saya share di sini pula resepinya.
KUIH LAPIS COKLAT KAK WAN
by: Citarasawan
Bahan A
250 gm tepung beras
350 gm tepung ubikayu
40 gm tepung sagu
400 ml santan pekat
1 sk garam
Bahan B
450 gm gula pasir
1000 ml air
Bahan C (pes coklat)
30 gm serbuk coklat + 1/2 sk serbuk neskefe.- larut kan bersama 60ml air panas.
atau
2 sb coklat emulco + 1/2 sk nescefe
Loyang 9x9
Caranya:
1. Satukan bahan A, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Masak bahan B sehingga mendidih. Kemudian tuang ke dalam bahan A dan kacau dengan cepat sehingga rata. Tapis.
3. Bahagikan 2 samarata. Satu bahagian dibiar warne asal dan bagian satu lagi dicampur dengan pes coklat.
4. Bahagikan setiap adunan kepada 5 bahagian untk menjadikan 5 lapis setiap warna.
5. Bila kukus panas, boleh mula melapis dan setiap lapis masak selama 5 minit. Buat sehingga habis.
6. Apabila siap melapis, biarkan kuih lapis masak sehingga 25minit.
7. Biarkan kuih lapis benar-benar sejuk , kemudian boleh dipotong menggunakan plastik cutter.