Tuesday, February 24, 2015

Apam Susu


Assalamualaikum

Dah lama saya buat apam susu ni.
Baru hari ni nak share resepi dengan anda semua.
Apam ni memang gebu,cuma kurang dapat sambutan oleh anak-anak. Mungkin apam ni sedikit kering.
Kalau cicah ayaq teh memang layan jugak ni.
Yang ni saya buat dlm bekas kecil, dan saya intikan sedikit bagi menarik.

Terima kasih tuan resepi. Mohon izin tepek resepi di blog saya pula.






RESEPI APAM SUSU
sumber: Anna 


Bahan A) 
  • 1 1/2 cwn.tepung gandum. (asal 2 cawan)
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan B)
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 cawan gula castor(asal 1 cawan)

Bahan C)
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar minyak jagung (saya guna minyak masak)

Pewarna/perasa kesukaan 


Cara-cara :
  • Panaskan kukusan & oles minyak/marjerin di keseluruhan loyang. Ketepikan.
  • Ayak bahan A , ketepikan.
  • Putar sebati bahan B sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan bahan C, putar sebati.
  • Masukkan pula tepung (A) sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  • bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. 
  • Saya bahagi 3, 1 adunan letak strawberry paste/1 adunan coffe emulco / 1 adunan orange paste.
  • Tuangkan kedalam loyang berselang seli, gunakan pisau/chopstik untuk melorek
  • Balut loyang dengan aluminium foil supaya air wap kukusan tidak menitik ke dalam loyang kuih.
  • Kukus selama 45 minit/sehingga masak menggunakan api sederhana.
  • Tunggu apam benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang.
  • Selamat mencuba






6 comments:

  1. kaknoor tak pernah ubat lagi boleh try ni macam polkadot jugak kan tapi tk letak inti dan tambah susu boleh try ni esuk lusa Izah heeee

    ReplyDelete
  2. comel2 je apam susu akak.. tun buat xde pula rasa kering kak.

    ReplyDelete
  3. Pergh kaler kaler yang sungguh menawan qolbu!

    ReplyDelete
  4. comey dan kalerpul apam tu...baru last week cuba resepi dari blog izah...kek marble susu...kini apam lak dlm listing que nak masak ni...hehee... :)

    ReplyDelete