Thursday, February 12, 2015

Ayam Goreng Berempah Serai


Assalamualaikum

Bila memikirkan lauk apa untuk anak-anak, biasanya dlm kepala saya ada anak-anak = ayam.
Tapi anak saya yang sulung agak memilih bila ianya ayam goreng.
Tak semua kene dengan selera dia. Dia lebih suka kan ayam yang di masak berkuah.
Tapi kalau ayam kfc sure tak tolak. ;)
Memandangkan banyak je stok serai dlm petia ais,saya memilih utk mencuba resepi dari Love.
Dan alhamdulillah, anak-anak semuanya suke.
Walau ayam saya rupanya tak cantik macam ayam gorengan LoVE, tapi rasa n bau wangi nya tu mmg enak.
Tq so much Loveee.. :)




AYAM GORENG BEREMPAH SERAI
by: Love


Bahan2 yang diperlukan :- 
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama; 

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3~4 batang serai
---------------------------- 
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!






7 comments:

  1. Mkn dgn nasi lemak or kerabu sedap ni..

    ReplyDelete
  2. teringat kalau kami adik beradik balik rumah babah mesti masak ayam goreng rempah :)

    salam perkenalan izah & jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  3. kalau ayam goreng macam ni anytime larisss je Izah..

    ReplyDelete
  4. sedapnye, dah lame tak buat, tapi yang saye buat simple je hiii..

    ReplyDelete
  5. Saya sedang mengkonsumsi Obat Rematik Khasiat Jelly Gamat Gold

    G
    dari dokter apakah aman mengkonsumsi makanan seperti ini???

    ReplyDelete