Tuesday, February 10, 2015

Kuih Bakar (pandan) Istimewa yang Sangat Sedap


Assalamualaikum

Bertemu lagi lagi dengan menu yang saya buat sebulan yang lepas. hehehe
Serius sangat sedap kuih bakar istimewa ni.
Rasanya lemak manis wangi bercantum mesra bila dikunyah.
Masakan bila menggunakan bahan fresh memang hasilnya terbaik.
Petua nya mudah..gunakan bahan asli, bukan yang telah dikotakkan atau dibotolkan oleh kilang.
Bagi yang suke kuih traditional dan yang sungguh asli dan sedap ni boleh la merujuk kepada resepi di bawah.
Resepi saya rujuk dari blog kak Azie kitchen yang mmg pakar dlm masakan sedap.
Terima kasih akak.


*Izah buat 1/3 dari sukatan resepi yang diberi.



Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
2 loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
14 cawan santan – guna 4 biji kelapa dikisar dengan air daun pandan dari 12 helai
7 biji telur saiz B
3 ½ cawan gula pasir – boleh tambah/kurangkan
800 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam - tambah secubit lagi
Sedikit pewarna hijau


Cara cara:

Kisar 10-12 helai daun pandan dan tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan blend untuk mendapatkan sukatan santan yang diperlukan.

Blend telur dengan gula seketika agak agak gula sedikit hancur sahaja. Tak perlu betul betul hancur. Masukkan 7 cawan santan dulu dan blend seketika. Saya guna whisk sahaja.


Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kemudian masukkan baki santan. Jika suka masukkan sedikit pewarna hijau.


Lumur butter di sekeliling loyang dan tabur tepung gandum digoyang supaya tepung rata.


Tapis adunan sebelum dituang ke dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu antara 180-200C lebih kurang 1-2 jam. Saya guna suhu 200C dulu, kemudian diturunkan ke 180C. Jika dibakar 2 loyang sekali, perlu ditukar kedudukan loyang. Bakar sehingga permukaan atas berwarna coklat kekuningan.  

Keluarkan dari oven dan lalukan pisau sekeliling loyang. Biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.  



Nota:
Kalau buat separuh, boleh guna samada 4 atau 3 biji telur.

Jika suka, boleh juga tabur bijan sebelum dibakar.

Jika hendak dimakan sebagai hidangan petang, bolehlah dibakar dalam pukul 9 pagi. Kata Kak Lok, kuih boleh tahan sehingga 2 hari di bawah tudung saji. 








9 comments:

  1. memang betul tu izah.. kalau guna bahan asli hasilnya mesti sedap. tak boleh nak tipu kalau guna bahan pewarna sebab warnanya berbeza dengan warna hasil dari daun pandan... paling penting.. aromanya tu memang menawan...

    ReplyDelete
  2. belum pernah buat kuih bakar ni tunggu giliran izah...nampak ngamcam tu

    ReplyDelete
  3. Salam Izah..betul tu klu msk kuih menggunakn bahan2 asli..mmg sedapppp sgt!!!!

    ReplyDelete
  4. menarik perhatian betul. sy suka kuih tradisional mcm ni

    ReplyDelete
  5. Kalau Izah cakap sedap memang sedap la tu...harus dicuba ni....

    ReplyDelete