CSS
Wednesday, December 30, 2009
Muffin Pisang Sedap
Beberapa hari lepas dah cuba muffin Pisang Coklat resepi dari hanieliza.fotopages dan pisang emas pun masih banyak berbaki lagi. Pisang tu pun dah lebam-lebam dan tanpa menunggu lama dan memburuk pula saya pun cari lagi resepi muffin pisang. Kek pisang terlintas juga nak buat, tapi dah pernah buat sebelum ni dan hasilnya agak mengecewakan. So untuk buat kek ni kena tunggu mood datang dulu.
Cari punya cari dapat la resepi muffin pisang dari elianas.fotopages yang menyertakan gambar yang sangat mengiurkan dan nampak muffin pisangnya yang gebu dan moist. Bila anak saya si kecik dah terjaga dan si abang punya turn pula tidur, saya pun mencubalah resepi ni. Resepi yang menggunakan butter dan hasilnya lain la sikit dari guna minyak sahaja. Rasanya yang sedap dan moist dan so far muffin pisang ini lah yang paling sedap saya cuba (walaupun tak la berapa banyak pun resepi yang dah dicuba). Sangat mudah dibuat dan bahan-bahan yang memang ada dalam peti ais. Saya rasa tak rugi mencuba resepi ini dan sangat la sedapnya makan panas-panas. Bais pun makan 3,4 ketul lepas keluar dari oven. Dan juri masakan saya kata sedap dari muffin sebelum ni sebab lebih terasa pisangnya. Cadangannya, pisang jangan dilecek terlalu hancur, biar ada ketul-ketul pisang dan cuba buat bagi lagi moist. Mmmmmm...dalam pada mengkritik tu habis juga la 4,5 ketul dan siap bawak bekal lagi esoknya ke ofis.
Bagi siapa penggemar pisang dan muffin seumpama ini, jangan la lepaskan peluang mencubanya. Resepi ini saya buat marble sikit saja nak bagi cun la konon. Separuh adunan saya tambahkan serbuk koko sedikit. Dan bila letakkan ke dalam dulang pembakar muffin saya selang-selikan lah dengan adunan asal.
Muffin Pisang Sedap
A
400 gm butter cair
300 gm (6 biji) telur
200gm susu segar
B
600gm pisang dilecek
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit)
1 tsp garam
C
550 tepung superfine
2 tsp baking powder
2 tsp sodium bikarbonate
Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar. Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati. Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit.
Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan.
Labels:
Muffin,
Muffin Pisang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kak..susu segar ni 200gm ker ml? sebab dlm resepi water roux juga water tulis 250g....bila check tempat lain ml?
assalamualaikum izah...
izah, ira dah cuba resepi ni...memang sangat menjadi!!!!!!!!!
saya ni golongan yang bekerja, so memang bukan dlm golongan yang dikatakan pandai masaklah..
dengan resepi ni, mak mentua pun ckp 'macm mak buat dulu'...
dan kawan kerja komen 'macam kat kedai'
saya : muffinnya jadi mcm span, kalau panas : luar rasa garing dan dalam lembut.
kalau sejuk : dalam masih dipegang rse lembut....
tq so much izah share resepi ni...awak membangkitkan semangat saya utk trs mencuba...love it...<3...
Post a Comment