CSS
Wednesday, December 30, 2009
Muffin Pisang Sedap
Beberapa hari lepas dah cuba muffin Pisang Coklat resepi dari hanieliza.fotopages dan pisang emas pun masih banyak berbaki lagi. Pisang tu pun dah lebam-lebam dan tanpa menunggu lama dan memburuk pula saya pun cari lagi resepi muffin pisang. Kek pisang terlintas juga nak buat, tapi dah pernah buat sebelum ni dan hasilnya agak mengecewakan. So untuk buat kek ni kena tunggu mood datang dulu.
Cari punya cari dapat la resepi muffin pisang dari elianas.fotopages yang menyertakan gambar yang sangat mengiurkan dan nampak muffin pisangnya yang gebu dan moist. Bila anak saya si kecik dah terjaga dan si abang punya turn pula tidur, saya pun mencubalah resepi ni. Resepi yang menggunakan butter dan hasilnya lain la sikit dari guna minyak sahaja. Rasanya yang sedap dan moist dan so far muffin pisang ini lah yang paling sedap saya cuba (walaupun tak la berapa banyak pun resepi yang dah dicuba). Sangat mudah dibuat dan bahan-bahan yang memang ada dalam peti ais. Saya rasa tak rugi mencuba resepi ini dan sangat la sedapnya makan panas-panas. Bais pun makan 3,4 ketul lepas keluar dari oven. Dan juri masakan saya kata sedap dari muffin sebelum ni sebab lebih terasa pisangnya. Cadangannya, pisang jangan dilecek terlalu hancur, biar ada ketul-ketul pisang dan cuba buat bagi lagi moist. Mmmmmm...dalam pada mengkritik tu habis juga la 4,5 ketul dan siap bawak bekal lagi esoknya ke ofis.
Bagi siapa penggemar pisang dan muffin seumpama ini, jangan la lepaskan peluang mencubanya. Resepi ini saya buat marble sikit saja nak bagi cun la konon. Separuh adunan saya tambahkan serbuk koko sedikit. Dan bila letakkan ke dalam dulang pembakar muffin saya selang-selikan lah dengan adunan asal.
Muffin Pisang Sedap
A
400 gm butter cair
300 gm (6 biji) telur
200gm susu segar
B
600gm pisang dilecek
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit)
1 tsp garam
C
550 tepung superfine
2 tsp baking powder
2 tsp sodium bikarbonate
Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar. Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati. Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit.
Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan.
Labels:
Muffin,
Muffin Pisang
Monday, December 28, 2009
Muffin Pisang Coklat
Semalam hubby ada beli pisang emas. Jadi hari ini saya mencuba resepi dari hanieliza.fotopages.com iaitu muffin pisang coklat kukus. Dari komen yang saya baca rata-rata yang dah cuba resepi ni sangat berpuas hati dengan rasa dan texturenya. Ada juga yang bukan saja memasak muffin ini dengan cara kukus tapi juga dengan cara bakar. Tetapi bezanya ianya tidak semoist yang dikukus,akan tetapi rasa tetap mabelesss...
Setelah mencubanya, pendapat saya muffin ni sangat mudah, sedap, sangat lembut dan moist. Walaupun my dear hubby belum merasanya tapi saya rasa dia tentu sukakannya. Kepada yang suka kek jenis kukus yang lembut cuba la muffin ini.
Muffin Pisang Coklat
A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
semua bahan A diayak dan digaul sebati
B
1 cawan pisang emas/berangan yang dilecek (lebihkan sikit pun tak pe)
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula perang (saya kurangkan skit ke 1 1/4 cawan)
2 biji telur pukul sikit dengan garfu
Semua bahan B dicampurkan dan digaul rata.
Caranya : Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan jangan menggaulnya terlalu lama cukup sekadar sebati. Masukkan ke dalam loyang kecil atau besar. Jika cup muffin kukus selama 15 minit. Loyang yang agak besar kukus selama 30 minit.
Labels:
Muffin Coklat,
Muffin Pisang
Saturday, December 26, 2009
Muffin Kosong
Penat otak pikir menu apa yang lain sikit nak buat breakfast hari ni. Saja belek-belek collection buku resepi (sendiri punya yang telah dkumpulkan resepi2 yang dah dan akan dicuba)sebelum si kecil Bais merengek kelaparan nak makan tibe-tibe dapat idea nak buat muffin. Muffin kosong makan dengan jem dan butter sedap juga. Bahan bahan pun senang. Dan resultnya juga tidak menghampakan. Cuma saya buat dalam cup muffin yang besar (edisi malas..hehe) jadi agak susah nak makan sapu butter dan jem. Kena pecah-pecah dulu. Lain kali kalau saya nak buat lagi saya akan buat dalam cup muffin yang kecil sedikit.
Muffin ni rasa lemak-lemak masin je. Sebab dia memang sedap makan disapu dengan jem butter atau kaya. Saya buat separuh je dari resepi asal. Saya memang selalu mencube resepi muffin separuh dulu. Suami saya selalu pesan buat separuh. Nanti kalau tak jadi tak rugi sangat. Saya tak tahu la pulak apa kata pakar kalau buat separuh ni. Tapi bila buat separuh memang bebaloi-baloi. Kalau sedap berebut-rebut, kalau tak sedap tak la sedih sangat tengok muffin tu terbiar je.hehehe..
Berbalik pada muffin ni, tak rugi mencubanya untuk sarapan. Anak saya pun suka makan. Cuma dia suka makan muffin ni kosong sahaja tanpa jem. Agak pelik bagi kanak-kanak sebab muffin ni tak rasa manis. Tapi berbaloi bila tengok dia makan. BTW koleksi resepi ni saya dapat dari mamafami (www.mamafami.fotopages.com). Selamat mencuba.
Muffin Kosong
1 3/4 cups self- raising flour
2 tablespoons caster sugar
1 teaspoon baking powder
1 egg lightly beaten
3/4 cup fresh milk
80 gram butter- melted
Panaskan oven 200 C. Campurkan tepung, baking powder dan gula ke dalam mangkuk. Dalam mangkuk yang lain, ampurkan telur, susu dan butter dan gaulkan sebati. Kemudian campurkan semua bahan dan gaul sebati. Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar selama 20-25 minit.
Labels:
Muffin
Thursday, December 24, 2009
Raisin Apple Muffin
Baru-baru ini saya berkesempatan mencuba resepi yang dah lama saya nak cuba. Bila dah ada bahan dan kesempatan maka saya pun menikmatilah keseronokan menbuat muffin ni. Dan resultnya tidak mengecewakan. Aroma cinnamon (kulit kayu manis) yang wangi, texture yang lembut dan agak moist, rasa yang tak berapa manis, topping yang rangup dan manis dan sedap dimakan ketika panas. Seperti biasa juri muffin saya dan masakan saya, suami: " mm..sedap,lembut dan manis yang sederhana ditambah topping yang rangup. Sedap dimakan cicah air panas. Teh tarik satu!" Anak saya Bais :"mm..dapnya..dapnya.." sambil mengunyah muffin.
Resepi ni saya dapat setelah menjenguk satu laman muffin tapi dah lupa addressnya (almaklum banyak sangat duk tengok tapi buatnya tak juga..hehe). Tertarik dengan komen yang dibagi dan telah di ratekan 5 stars maka saya pun copy lah resepi tu. Jadi bagi siapa-siapa yang sudi mencubanya dialu-alukan. Cuma saya ada buat sikit perubahan setelah baca komen-komen yang dibuat kat resepi tu. Selamat mencuba.
Raisin Apple Muffin
1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 cup sugar(kurangkan sikit)
2 teaspoons baking powder
1 teaspoon ground cinnamon (saya buat 2 teaspoons)
1/2 teaspoon salt
1 egg
1/2 cup fresh milk
1/4 cup oil
1 cup chopped apple(saya buat 2 biji apple hijau standard malaysia)
1/4 cup raisins
Crum Topping
2 tablespoons all-purpose flour
2 tablespoons oats
2 tablespoons brown sugar
1 teaspoon cinnamon
2 tablespoons butter (butter sejuk)
Caranya : Campurkan bahan-bahan kering-tepung, gula, baking powder, cinnamon dan garam. Gaulkan apple kiub dan raisins ke dalam bahan kering. Dalam bekas yang lain campurkan telur, milk, oii and gaul ke dalam bahan kering tadi.
Untutk topping campurkan semua bahan dan gaul ramas-ramaskan butter sejuk tadi.Taburkan atas adunan muffin yang telah dicedukkan ke dalam pembakar muffin. Bakar 190 celcius, 15-20 minit.
Labels:
Muffin
Wednesday, December 23, 2009
Izah Muffin Lover?
Kenapa Izah Muffin Lover? Jawapannya... Saya berminat dengan muffin dan mempunyai banyak koleksi resepi dan buku tentang muffin dan suka melawat laman web yang ada nama muffin sambil membaca komen-komen tentang kesedapan muffin. Suka tengok bermacam-macam rupa dan rasa yang boleh diadun dan dijadikan muffin. Setelah ada kemudahan untuk membuat muffin, banyak juge resepi muffin yang saya suka cuba. Buat muffin ni mudah dibandingkan dengan kek, macam buat jemput-jemput pun ada.
Muffin yang saya selalu buat ialah muffin coklat moist sebab suami suka muffin yang moist cicah pulak dengan teh tarik..hehehe..nanti saya akan pamerkan lagi muffin yang saya cuba dengan resepinya insyaAllah. Saya suka resepi yang memang terbukti moist dan sangat sedap dengan aroma dan manis manis buah..wahh..nyum nyum..
Tetapi saya bukan lah expert muffin, cuma saya sukakan muffin. Melihat cupmuffin yang comel comel pun boleh berjam-jam saya kat kedai menghayati kecomelannya. hehehe..walaupun tak expert tapi saya cube untuk mencuba berbagai-bagai lagi resepi muffin yang sedap-sedap dan juri sedap muffin saya tentu lah suami saya dan anak-anak saya.
Labels:
Santai
Senyuman penawar hati
Bais Umair permata hati yang selalu tersenyum sesemangat mentari cerah di pagi hari.. hehe.. Melihat anak ini, selalu terimbau kenangan sewaktu mengandungkannya. Suami kata anak ini kurang sabar orangnya macam umminya semasa mengandungkannya.. Adakah benar perangai ibu semasa mengandung akan 'turun' pada anak? Bila tengok perangai anak ini bila tiba dia buat perangai.. hhmmmm terpaka mengiyakan kenyataan suami. Sebab bila hadirnya permata yang kedua maka boleh dibandingkan perangainya. Nasihat suami supaya selalu muhasabah diri membaiki diri kepada kebaikan dan cadangannya teliti lah diri untuk mendapat jawapan bagaimana menangani anak ini apabila perangai kurang sabarnya datang.
Labels:
Santai
Subscribe to:
Posts (Atom)