CSS

Friday, August 20, 2010

Bebola Roti Goreng


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Bebola roti ni buat untuk sarapan anakanda2. Sedap dan sesuai untuk kanak2 kan. Oppss..ngeheehee. Tak perasan kan?

Mekasih buat tuan resepi yang berkongsi resepi ibundanya. Tuannyer resepi:


Boleh juge tengok kat umah:





BEBOLA ROTI GORENG

Bahan-Bahan 
14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil 
2 biji telur (saiz besar) 

3 batang cili merah (potong kecil2) 
1 biji bawang besar (dadu halus2) 
sedikit daun sup/bawang (hiris) 
2 sudu teh serbuk lada putih 
garam secukup rasa
perasa ikan bilis 
minyak utk menumis 


Cara: 


Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 


Thursday, August 19, 2010

Bronok @ Kuih Sago Kukus


Assalamualaikum..

Ni pulak kuih manis untuk juadah berbuka semalam. Ye la Ika..kalau kukus nampak biji2 jernih sagu tu. Kira paling berjaya setakat ni kuih sago yang cantik dan jernih. 

Satu lagi tak perlu berpeluh depan kuali nak kacau dia sampai sagu kembangkan. Just kukus je..Sukee sukee..

Resepi boleh juga tengok kat sini. Mekasih semua. :





KUIH SAGOO @ BRONOK

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-caranya:-

- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.






Cok Bantal


Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat berpuasa.. Rasa sakit dan nyilu hati ni tetibe lepas bace entry kat blog kakchik. Dah bace belum?.. Mengucap panjang rasanya.. Sapa tak bace boleh gi SINI. Jauhilah perkara begini dari anakcucu dan keturunan kita. Nauzubillah.

Cok bantal.. Comelkan namanya. Dah lama teringin nak buat kuih ni. Nampak kat rumah kak Hana hari tu masa nak buat kuih Kayu Keramat. Buat semalam untuk minum petang anakanda. Buat sikit je. 1/3 dari sukatan. Cicah dengan gula je memandang mulut dak kecik yang makan.

Boleh tengok gambo cok bantal lain dan resepi sumber kat sini:








COK BANTAL

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum - diayak
2 sudu teh yis
3 sudu teh garam
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
1 biji telur
¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)

Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!

Wednesday, August 18, 2010

Sup Sayur Simple


Assalamualaikum..

Ada yang pening pikir menu apa nak masak petang karang? Mesti pening kan. Ala saya selalu buat simple je.. Asal hubby makan, syukur alhamdulillah. Yang penting pesanan jangan membazir tu dipegang. Masih menu berbuka semalam. Sup sayur simple je.

Eh dah ada perang kuih raya ek.. Saya masih mencari resepi biskut yang simple dan kos yang murah. Heehee..bukan ape, semua bebahan biskut dah naik harga weh.. Buat la 2, 3 jenis sudah la kan. At least ada jugak buah tangan balik kampung. 

Erkk.. ni sup sayur ni simple je. Semua orang pun pandai buat dan banyak version.  Ada suka rampaikan dengan udang atau sotong atau ayam dan daging. Ikut suka la kan. Fishball n fishcake pun boleh.



Selamat berfikir untuk menu petang ni ye.. Adiosss!!

Ayam Mamak


Assalamualaikum..

Maaf.. Semalam tak sempat menjenguk blog kawan kawan dan juga tak sempat nak update blog. Tak sempat sebab badan agak tidak sihat. Risau juga melihat anak- anak yang sekejap sihat sekejap demam. Kelmarin Muaz demam dan nak melekat dengan ummi 24 jam sampai saya rasa kekeringan sungguh. Dia tak mau makan kecuali menyusu badan saje seharian. Hampir time berbuka terasa badan saya panas dan menggeletar. Alhamdulillah lepas berbuka tenaga kembali pulih.

Menu ayam ni untuk berbuka semalam. Saya ikut cara Mas memamakkan nya pada ayam. Resepi asal menggunakan udang. Tapi kat rumah ni ada yang tak boleh makan udang jadi saya guna ayam. 

Memang sedap sungguh dan wangi lauk ni. Akan dibuat lagi sebab memang kena dengan tekak. Terima kasih kak Hana dan Mas.

Sumber:





AYAM MAMAK

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya (saya guna limau kasturi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan (saya guna air stok ayam)
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam (saya lebihkan 2 sudu besar)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan ayam dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.



Monday, August 16, 2010

Kiriman dan Papaya Smoothie

Assalamualaikum..

(amaran: entry ini selingan dengan loghat Lepih, Pahang. hehehe)
Entry khusus buat  kekanda kat Sarawak. Ini le kiriman abang Long dari kampung hari minggu baru neh. Mekasih mok and the geng. Kak Aya, dedoalah dan buoh sampei ke raye nanti. Boleh aok merase getek. 


Ne ho buoh wajib, juge kegemaran koh ye. Walaupun batuk sehe juge makan. Sedak kejun manis sungguh weh.


Neh buoh duku langsat. Entoh lah pokok hak mana satu. Gamoknya yang dekat tepi laman teh gamoknya dok. Tak menanya la pulok.


Neh buoh betik, beso2 3 biji nye bagi. Bagi jiran sebiji. Neh pokok hak depan rumoh kok Ye te. Mikir nok buat kerabu betik, tapi gaye nye doh masok oren mek doh. Make jadilah.........





Papaya Smoothie. Maap la ye, petang2 tayang plok smuti..bye..