CSS

Monday, March 5, 2012

Cendawan Rangup


Assalamualaikum..

Menu ni kegemaran kami sekeluarga. 
Nak buatnya pun tak susah. Anak2 pun suke je makan. 
Kata diorang ni bukan cendawan tapi ayam. Gasak situ. 
Asal sebut ayam macam laju je diorang makan. Hehe..
Simple tapi rangup gitu.
Boleh ejas bahan2 ikut sukahati.

CENDAWAN RANGUP
by: izah

250 gm cendawan tiram *kurang lebih
* bersihkan dan keringkan cendawan. Jika cendawan besar, boleh disiat2 kan.
Ketepikan.

3 sb tepung gandum
3 sb tepung jagung
3 sb tepung beras
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
1 1/2 sb serbuk kari daging
1 1/2 sk garam halus *ikut citarasa
1 biji telur 

Caranya:
Setelah dibasuh cendawan, ketepikannya.
Campurkan semua tepung dan bahan perasa kecuali telur.
Masukkan ke dalam bekas tapuware besar bertutup dan tutup bekas.
Goncang2kn tepung supaya semuanya sebati. Ketepikan.
Pukul sikit telur dlm mangkuk besar.
Masukkan ke semua cendawan tadi ke dalam telur.
Gaul2 rata.Kemudian masukkan ke dalam tapuwre berisi  campuran tepung.
Goncang2 dan goreng hingga garing.
Cadangan hidangan: dihidang panas panas.








44 comments:

Gee® said...[Reply to comment]

Nakkkk...!!!

sabar dubai said...[Reply to comment]

salam..kak izahhh adoii nayang cendawan plak dah.......dala kt dubai xdak cendawan ginii uwaaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

kak gee..
nahhhh amik. amik la amikkkk ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

sabar..
try je buat ngan cendawan lembut. sedp aje asalkan cendawan. ikiki sesuka hati je ni bagi cadangan

Love2cook Malaysia said...[Reply to comment]

Fuh dah terbayang bayang kerangupan mushroom tu Izah...krap krup!

Masya said...[Reply to comment]

balik nnt klu rajin nak buat.. sbb amir sibuk dah nak makan cendawan goreng ni..

Mas said...[Reply to comment]

ko tahu makcik...
cendawan goreng gini memang laku kat rumah aku....
sedappppp wehhh....
aku lak guna tepung tuk goreng ayam yg segera ...
jenama bestari...
perh..terbaikk la tepung tu..
tak yah guna telur...
rasa mcm ayam kfc yg pedas tu,...
bestttttt....

IeRA said...[Reply to comment]

Iera mmg suka cendawan goreng ni, kat ofis kita ada jual, kalu beli 2 ringgit ciput je dapat. ranggup betul. kalau buat sendiri, iera guna tepung segera je..nanti nak try jugalah

Anonymous said...[Reply to comment]

sedapnya, resap minyak tak mcm ni? dulu2 penah beli kat pasar malam tapi terlalu berminyak, tak termakan, terus tak penah beli dah

tayang entri lepas lunch, kalau tak boleh pergi giant beli cendawan

ummiakid-lily said...[Reply to comment]

suka makan cendawan goreng tapi kalau buat selalu serap minyak...izah ada petua tak...?

::Azura Rahman:: said...[Reply to comment]

dari sehari ke sehari nk wat cendawan goreng ni.. beli sekali dgn stoberi aritu kt cameron.. blh la guna resepi izah nie..

errrr.. stoberi goreng rangup sedap tak erk?.. :D

Qasey Honey said...[Reply to comment]

asslm kak...
bungkuskan sikit utk sya...
nk buat kunyah2 ni...
nk rasa kerangupan cendawan ni...

Kamalia said...[Reply to comment]

perut ku lapar..berbunyi-bunyi..
nak jugakkkkkk..:p

CT Delima said...[Reply to comment]

As'alam Izah

cendawan kalau kat rumah ada kurang sikit lajunya, tapi kalau cendawan tu ganti dengan kulit ayam..dah sah2 cepat jer bersih..hahahaha

nasib baik bukan tongkeng ayam, kalau tongkeng ayam k.ct lah yang paling banyak makan Jah..hehehe

mala said...[Reply to comment]

cendawan * ayam = sama ja hehehe

quinnie said...[Reply to comment]

hehehe..bebudak bukannya boleh beza sangat ye izah..janji sedap..kekeke

Yatie said...[Reply to comment]

mmng rasa ayam gorengkan cendawan goreng ni..makan time panas2 mmng best...

Nina Mirza said...[Reply to comment]

As'salam Izah,

Wahhh .... sedappnyer!!
Kalau kat rumah Nina nie, laju ajerrrr.. tak cukup kalau sepacket. Paling laju yg makan Nina lerrrr...
hhehehee . . . .

K.Nor said...[Reply to comment]

jah.. dah beli kabel baru ke? berdesup jer entri nih :)

Chah said...[Reply to comment]

Nipun mesti versi kedekut gak kalau jual cm kuih apa dulu tu...letak dlm cawan polistrin 3 keping 2 hengget... Uhh, bak mai 2cekau!

Unknown said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah...Ni yg x sabar tunggu dapur siap...sedapnya kalau buat minum2 petang...Izinkan Kak Lin copy resepi..Muaaahhhhhhhh...

mama sara nur @ Cik Nor said...[Reply to comment]

assalam izah
peminat cendawan gak ni tak kiralah masak apa pun he he
cuma sekali penah rasa yg goreng camni, merasa org punya he he memang sedapp

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
tu la. angkat2 je dri kuali mesti habis love. anak2 i susah nak suke makanan goreng2 mcm ni. tapi kalau cendawan diorg memang suke

izahdaut said...[Reply to comment]

@Masya
boleh la try. bahan2 n kuantiti tu boleh ejas2 ikut suke. kalau saya buat untuk anak, saya kurangkan kari tu. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
tq mas share tepug bestari tu. aku nak cari jugak. tak guna telur lagi senang kan. kira tepung tu salutkan aje kat cendawan lembab2 tu ye?

izahdaut said...[Reply to comment]

@IeRA
resepi ni inisiatif untuk yg tak de tepung serbaguna tu la kan. boleh je dipelbagai rasakannya.leh letak serbuk cili ke.. suke kita nak bagi rasa sesedap citrasa kan. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
saya pun pernh beli kat pasr mlam tu.berminyak walaupun rangup. mmg tak termakan. tapi yang ni insyaAllah.. tak resap minyak sangat. sebab dh bersalut tepung. salut kan elok2 telur tu. jgn terlebih sangat telur. biar lembab mudah tepung nak salut kan badan cendawan.paham ke tina? hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@ummiakid-lily
insyaAllh kalau liputkan cendawan elok2 ngan tepung tu tak serap bnayak ngat minyak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@::Azura Rahman::
akak.. baik akak cek cendawan tu. entahkan dah benyet. huh.. cepat buat. buat sup pun laju je cendawan ni. sedapkan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
qh.. kalau belikan rm2 5 keping je.. amacam nak bungkus ke tak ni? hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kamalia
huhh cukup ler sepinggan nasi kerabu.. tak yah makan dah..

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
teeettt.. tambah sorang lagi saya jumpa or suke tongkeng ayam. kikiki.. dulu masa saya bljar ada sorang kawn suke sangat. saya, memang tak masyukk entah ler ngapa. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
sama ke? hehe... manisnya tu kan sama

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
tu la.. beza pun tak barapa pandai. nak nyebut pun tak brapa pandai. sudahnya bergaduh jela kita ngan dia. hehe.

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
nie fav kami sekeluarga juga nie izah... kalau irfan memang ratah jer mcm tu... lain kali nak cuba resipi nie pula... sedaaapnya tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
betul kak yatie. memang asyik masa panas2 tu. bila dah sejuk keras. tak best. tapi cendaawan ni mmg laku. skali naik dari kuali habis.. goren glagi habis..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nina Mirza
sama la kita. sambil menggoreng, yang dah angkat tu kita yang ngap dulu. memang syokkan

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
baru jumpa kak. hehe ;-D

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
2 cekau rm20 hengget kak chah. akaka... guling2 kak chah pingsan

izahdaut said...[Reply to comment]

@LinRosly
taksiap lagi ye kak lin.a duhh sabo ye kak. sila kan kak ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@mama sara nur
boleh la try pulak kak. buat sendiri leh ejaas2 nak rasa mcmana. insyaAllah menjadi kegemaran

sitiezahim said...[Reply to comment]

patutla saya terai buat dulu tak jadi, rupenye sbb tak kering...so lembik aje cendawan saya..huhuhu..

Anna Qawina said...[Reply to comment]

hai kawan..apa khabar kawan?
kawan sihat?
kalau kawan tak sihat sila g kelinik jumpa dokoter yer..
ok kawan..kawanmu ini bizi lak aih..tata..titi...

RADIOKITA said...[Reply to comment]

salam, sekiranya tidak menjadi keberatan, dapatlah kiranya dimasukan code html radiokita kedalam blog ini ..
terima kasih

http://radiokita-malaysia.blogspot.com

#Siaran RADIOKITA boleh didengar melalui blog anda apabila siarannya on air.