CSS

Monday, June 21, 2010

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum..Ramai juga yang berpuasa hari ni ye. Semalam pun niat nak puasa hari ni, tapi erkk..tapi napa ye..ooo banyak alasan pulak kan nak buat ibadah ni..maka terbatal lah puasa hari ni sebab tak tahan tengok buah banyak dalam peti ais. Hehehe..alasan je tu..kepada yang puasa tak kira la puasa sunat atas puasa ganti tu, slamat memasak n berbuka la nanti ye.



Teringat lak time bulan puasa, menu sahur yang membangkitkan selera nak makan pagi sahur tu ialah sambal ni. Sambal hitam Pahang. Saya pernah terbaca dalam majalah rasa ni memang sambal asalnya Pahang. Saya tak tahu pun sebelum tu, yang saya tahu dari zaman dodulu masa zaman sekolah dulu, memang mak saya buat sambal ni makan dengan nasi panas panas untuk sarapan pagi.

Ini ler bahan-bahan untuk sambal ni:


Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
5-6 ulas cili padi bergantung citarasa pedas
4-5 biji belimbing buluh rebus
Sesenduk minyak untuk menggoreng


Ini rupa belimbing buluhnya. Mak yang bagi memang duk simpan stok dalam peti ais. Tapi biasanya kalau tak mau rasa masam tak payah letak pun, rasa masih tak terjejas.

Tumbuk cili padi sampai lumat dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit hancur bersama belimbing buluh tadi. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumbuk dan bawang. Goreng sehingga garing dan rasakan dengan gula dan garam. Tambah sikit kicap untuk warna yang menawan. Minyak kena banyak sikit untuk garingkan sambal ni. Lepas tu dah garing boleh toskan sikit minyak tu. Sedia dihidang.


18 comments:

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
Uish... meleleh saya tengok sambal. First time juga saya nampak belimbing buluh camtu, versi jeruk ke kak?
Tapi, suuuuungguh menyelerakan. :)

Azian said...[Reply to comment]

Izah, akak tak per makan belimbing gitu....tentu sedap yea .....

Datin El said...[Reply to comment]

salam izah
aduh sedapnye..teringat masa duduk pahang dulu..

3 hungry tummies said...[Reply to comment]

saya orang Pahang, tak tau pulak sambal ni...malunya!
Nampak begitu menarik sekali!

izahdaut said...[Reply to comment]

nurindah..
ha ah tu mcm jeruk la atau asam belimbing org panggil.rebus lama setengah hari.sedap buat sambal mcm ni,garing dan rasa masam2 sikit..kalau tak de asam belimbing tu pun boleh buat..

azian..
kak azian saya dulu pun tak reti nak makan belimbing asam masak sambal tu, dulu masak sambal hitam ni mesti tak letak asam belimbg tu, tapi bila dah tua ni baru pandai sesuaikan rasa masam dengan manis n garing sambal tu..sedap wooo


datin el..
oo akak dulu duk pahang ye..kat mana?temerloh?kuantan?lipis?hehee

3 hungry tummies..
eh pahang ye?kat mana tu?saya lipis..tapi akak ipar saya duduk pekan pun dia tak tahu sambalndan kesedapan sambal ni.bila dah pandai tiap2 hari nak buat n bila kenduri kat pekan, dia siap tempah satu periuk besar sambal ni dengan mak

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

salam Izah!

aiyarrkk...sedapnyaa...pernah makan ni..mmg best!!

belimbing buluh tu je la..mana nak cekau kat sini..huhuhu..

izahdaut said...[Reply to comment]

TTM..ala kak tiimaahh boleh je buat tak de belimbing tu..gerenti sedap rasa dia mmg tak lari..kot kot bleh ganti dengn daun yg kat korner umah ttm tu kot..hehehe

Su Hana said...[Reply to comment]

sedapnya... sambal hitam ni mmg menu utama di kala bulan posa time sahur..hehehe org pahang klu x tau maska ni malu weh!

izahdaut said...[Reply to comment]

hehehhee.. tul tu sue..waktu sahur memang selera pulak pulak dah hujung bulan puasa...

ilahjy said...[Reply to comment]

timakasih baykkkk adik cyg..

dah lama akak cari resepi ni izah..
pernah akak tido di hotel riverview tepi sungai pahang kat kuantan tuu selama 4 malam...
akak p makan tiap hari di restoran tepi sungai tu.. walah walah!! sedapnya sambal nie.. akak balik akak try buat ikut kata hati..maksud kak ikut rasa..masa makan..
tapi tak jadi hitam..rupanya digorenggggggggggggg..huhuu
kali nie akak nak buat itutt resepi izah..layanzzz sedapp sehinga akak tambah nasi kat restoran tuu..hehe..

izahdaut said...[Reply to comment]

oo yeke...dah tahu mudah je kan? mcm akak ipar saya dulu pun tak tahu cara buat, bila dah tahu teknik slalu buat baru menjadi..boleh try la kak dan sesuaikan dengan rasa..insyaAllah menjadi tu..

cik ain | sweet thots said...[Reply to comment]

penah dgr nama sambal ni. Macam best je nak cuba. tp cemana nak buat jeruk belimbing tu ye izah? ke kat mana ada jual ek? kita nk buat exactly mcm resepi awak, baru best.

izahdaut said...[Reply to comment]

tak pasti la kak ain..kat pasar malam pun saya tak sure ada ke idak..tapi katanya kalau belimbing ni jual pun tak berapa hitam sangat sebbab nak hitam kene rebus seharian...akak nak ke? nanti kalau ada musimnya saya bagitahu ye..

wana yusuf said...[Reply to comment]

Terliurnya tengok sambal ni... walaupun simple je cara membuatnya tapi memang menyelerakan.... ermmm sedapnya bila makan panas2!!!

Cute Oven said...[Reply to comment]

salam izahdaut..kawan kite org jerantut prnah ajar buat sambal ni tapi tak buh belimbing buloh.kat rmah kite bnyk buah ni blehlh buat..minta izin tuk war2kn rayuan sumbangan para bloggers utk surau tmpat kite...tqvm

Makbed said...[Reply to comment]

first time jalan sini. menarik awk punya blog.

I folo.....

qaseh said...[Reply to comment]

Salam izahdaut....maaf sy nk minta izin promo pasal sambal hitam nie, kebetulan sy ada menjual sambal hitam nie. sila buka website

http://sambalhitamonline.blogspot.com/

Jefry said...[Reply to comment]

terima kasih atas resepnya...