CSS

Monday, June 21, 2010

Roti Puri

Antara isi khutbah terakhir Rasulullah SAW:
4."Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."



Assalamualaikum..kome brekfes apa pagi tadi? Roti puri ni pun sangat sesuai untuk sarapan. Saya buat sebab anak2 memang suka makan, terutama muaz alawi si adik tu. Dia bleh makan 2 keping dan kemudiannya tidur dengan lena. Hehehee.. Untuk saya pulak, saya cicah ngan sambal sardin. MMMmmmmm memang la sedapkan. Cuma kalau next time saya buat, saya akan kurangkan gula dan lebihkan sikit garam. Sebab roti ni agak manis, tapi untuk anak anak memang diorang suka makan kosong manis macam ni. Resepi ni hari tu nampak kat umah kak Rosaliza. Saya mintak halal nak copy ye. Resepi asal dari myR.(eh ye ke? kalau tak silap la)



ROTI PURI
Source: Kak Rosaliza

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng



Cara-cara:
satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
satukan tepung dan yis .. gaulkan
no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...



TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA


13 comments:

JaSSNaNi said...[Reply to comment]

izahhhhh.. salam :)

wow... puriiiii... nak wat gak arr.... senang je.. bahan pun ada kat umah.. tapi tak tau bila leh jadi.. cam senang je.. cuma takut malas je... hehehe..

izahdaut said...[Reply to comment]

hikhik,kalau banayk virus M kena mkn vitamin la nampaknyer...ye la senang je ..tapi teruja tul tengok die ngembong dlm kuali

Watierman said...[Reply to comment]

Datang nak ngendeng ...hehehe last week dah buat...rasanya lebih kurang jer kan roti puri dengan roti arab kan.....Akak buat roti arab.....tapi nak ngicak yang kat dapur Izah juga!!!

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
roti puri yang sedap. saya blom try lagi. tapi nampak sambal tu.. fuh.. teringin nak cicah skali ;)

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Izah,
wahh..nampak senang dah sedaappp!! ingatkan buat bulat2, rupanya canai rata kann??
nak cicah sardin gak ler:D

izahdaut said...[Reply to comment]

kak wati..
sama ye roti arab..kalau goreng tu maybe lebih kurang sama la..tapi saya kat kmpung panggil roti kembung je..

nurindah..
senang nur buat sarapan.kenyang tau..bukan payah uli beria pun sekada je..pastu mkn ngan sardin ke, cicah kari ke sambl tumis ke..sedap tu

TTM..
ha ah canai nipis..lagi nipis lagi rangup..tu suke tu

Mas said...[Reply to comment]

nampak sedap sangat roti puri izah ni, mas tak pernah makan lagi, jakun betul kan, rasanya kena buat juga, nampak roti puri izah ni cantik dan lembut,pandai betul cik izah ni menbuatnya....nak tapau 3 ketoi boleh tak...

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..saya pun baru ni je dapat resepinya.dulu2 makan je tahu, buat tak tahu.buat la mas, pasti anak mas suka makan..

cplud miera said...[Reply to comment]

kak izah, minyk tuk goreng ni sket ke byk? sy lame dh xmsk puri ni.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...[Reply to comment]

Sedap, makan dengan dhal dan kuah kentang tentu terangkat ya.

Ticer Syah said...[Reply to comment]

aaaa..kami buat tak jadi..aaaa.. err..pinjam gambar kamu ye.. nak tunjuk yg jadi dan tak jadi..akakka

Lisa said...[Reply to comment]

kak izah, minyk tuk goreng ni sket ke byk? sy lame dh xmsk puri ni.

wanajohari said...[Reply to comment]

Roti puri ni mmg sedap. Mkn dgn sambal,kari,rendang pun bole. Mkn kosong pn sedap.