CSS

Thursday, April 21, 2011

Bun Pandan (kukus)


Assalamualaikum.

Memula sekalikan nak mintak maaf sebab saya tak berapa sempat sangat nak jenguk rumah kawan2 dan reply komen. Kekangan masa dengan melayan anak2 yang asyik buat onar aje. Diorang ni suke sangat bergusti sampai berdarah-darah. Si adik pulak kalau nangis tak agak-agak sampai biru muka semput nak tarik napas. Tu yang mengadap lappy sekejap2 aje. Mana sempat je kata orang. Jenguk Fb kejap dan round2 kejap je.


Berbalik pada bun pandan ni, resepi saya amik dari buku sajian kuih kukus. Guna tepung pau tapi texture bukan pau ye. Texturenya macam roti. Lembutt je. Suka jugak budak2 tu makan. Setengah diorg makan cicah ngan mushroom sup, setengah makan ngan kaya pandan. Sesuai dijadikan sarapan. Pada saya cicah dengan kari ayam atau sambal tumis pun sedap juga.


Resepi ni menghasilkan 10-11 biji bun. Sekali hadap 6 biji habis.
Buat pun simple je, tak perlu perap mengambil masa yang lama. 
Lepas uli terus bentuk dan rehatkan 35 minit. Jom tengok resepi simple ni.


BUN PANDAN (kukus)
resepi:  Buku Sajian Kuih Kukus
By : Izahdaut

250 gm tepung pau
5 gm baking powder (1 sudu besar)
5 gm yis segera
25 gm minyak
1 1/2 sb gula kastor
1 sk pandan paste
secubit garam
120ml air

Caranya:
Gaul tepung bersama baking powder, yis, minyak, gula kastor sehingga rata.
Masukkan pula air yang dilarut bersama pandan paste sedikit demi sedikit dan uli.
Uli hingga doh elastik dan licin.
Bentukkan doh memanjang dan potong ke beberapa bahagian.
Letakkan di atas kertas kalis minyak dan rehatkan doh selama 35 minit.
Kukus selama 8-10 minit dan enak di makan panas-panas.







Wednesday, April 20, 2011

Kepak Ayam Goreng Rangup


Assalamualaikum..

Kepak ayam goreng gini sedap la. Tak sedar je meratah. Simple je main taram je buat ni. Sesapa nak try boleh ler. Rangup di luar, juicy di dalam. Buat pun sekejap je. Tak berapa semngat nk snap gambo. Masih mengong dengan setting kamere dan masih terkial2 blajo ngan noorsha. Jap lagi nak membelek lagi.



KEPAK AYAM GORENG RANGUP

12 ketul kepak ayam
kunyit serbuk
garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar halia tumbuk
1 sudu besar bawang putih tumbuk
1 sudu besar ketumbar tumbuk
1 sudu kecil jintan manis
sikit lada hitam
2 sudu besar yogurt
tepung beras secukupnya

caranya:

Kepak ayam dibersihkan dan di toskan.
Masukkan semua bahan dan gaul bersama kepak ayam kecuali tepung beras.
Perap 15 minit.
Tepuk2 kepak ayam ke dalam tepung beras.
Goreng hingga kekuningan.
Hidangkan.






Cekodok Durian


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Semoga hari yang ceria buat semua. Sejuk pagi ni, subuh2 kat ampang ni hujan lebat yang amat. Syukurr..makin berdengkurrr..ishh ishh..  Oh ya buat kak Aya di Sarawak sinun, kami ngucap selamat nyambut ulang tahun yang ke 34... semoga  bertambah tambah berbahagialah di umur kertu mu ini..haha.. Selamat juga berangkat pulang esok bawak dak kecik tu. Jumpa kat kampung la ye. Tak sabo koi nok memicit pipi budok Aina teh. Doh sampei kampung beringo ringo lah ye.


Berbalik pada cekodok durian yang asing pada saya ni bila durian di cekodokkan. Saja cakap kat hubby kalau jumpa durian kampung yang isinya segar dan pejal2 boleh lah try goreng mcm cempedak. Hubby dengar cam pelik je. Saya maintain je walaupun mmg pelik dan tak pernah rasa. Penangan kak Hana Kuantan kite tu la. Eh kak Hana kuantan ke? Kikiki.. Rupanya sedap jugak digoreng gini. Encik hubby pun suke amat. Hani ngan Mas pun dah terai gakkan. Ok mekasih buat kak hana dan kuncu kuncunya.


RESEPI CEKODOK DURIAN @ DURIAN GORENG
source : hanamemories

Bahan-bahan
Isi durian secukupnya - tak perlu buang biji
*2 cawan tepung gandum
*2 sudu besar tepung jagung @ beras
*1 sudu besar gula
* sedikit garam
*2 cawan air - kurang lebih
*sedikit pewarna kuning


Cara-cara
Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung@beras, gula, garam, dan sedikit pewarna kuning. Gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. (adunan batter agak pekat)
Masukkan durian dan gaul. Panaskan minyak secukupnya. Gunakan sudu dan goreng deep fry sebiji demi sebiji ke dalam kuali hingga keemasan/kekuningan,
Angkat dan toskan. Sedia dihidang.



Tuesday, April 19, 2011

Yuhuuuuu... Den kembali dengan Apam Gula Hangus


Assalamualaikum..

Wahh kangan bangat sama temen temen semua. Meroyan jugak la tenet buat hal 4, 5 hari ni. Kite sabau je la walaupun nada2 tak sabar tu banyak. Ingat kena sabotaj dah kan..mana tau..hehe.. Eh lama tak entry ni gambo gambo pun dah nampak kelabu hasap je.. BW pun tak sempat lagi ni. Apa apa pun meh la makan apam ni, sedap bangat. Ramai dah yang buat kot. Apam jenis gini anak2 saya suke sangat berbanding yang guna yis. Lembut betui. Boleh la dibuat lagi ni. Mekasih buat Sue@Nenie, sebab ternampak kat blognya hari tu. Resepi asal dari hazzMyR. Mekasih keduanya.


APAM GULA HANGUS
sumber: Sue@nenie


BAHAN-BAHAN
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air (*untuk gula hangus) ~ Sue
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak 
2 sudu besar marjerin 
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

PENYEDIAANNYA
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan.
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
*Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya


Thursday, April 14, 2011

Durian Cake


Assalamualaikum..

Wah.. ramai mokcik mokcik nak kena C4 hari ni? Nak kena fire ni..haha.. Tu ketua kumpulan mesti kak Anim nih. Kak Anim.. nak kena warning ni. Penyokong setianya lak kak Nor. Tapi kak Nor pening kepala kan.. Kak Nor duk tepi senyap2 ye.. haha *kena buat baik ngan kak Nor.kiiki.. tu tu kak lieza tu lak kanmain pot pet nyer kat fb ye.. aii dah nak tuko jadi ijo cam bini sherk la pulakkkk ni.. adeh. gelak je dari pagi tadi ni. dah dah

Alahai..saya pun TERRR buat kek jugak. Bila tengok kek tak meroyan sangat kan bagi yang susah nak dapat durian tu. Ikiki.. Semalam hubby balik menambah stok durian lagi. Waduhh.. Satu rumah berbau. Naik pening lak. *ayat tak de maknanya.... Masa google resepi durian, terbuka resepi durian ni yang rate nya 5 bintang. Bebahan pun simple. Taram je la try buat nak rasa. Hmmm... boleh la. Tapi mungkin tekak saya tak sampai 5 bintang lagi la kek ni. Ececeh.. Rasa kek ni dah semalaman lagii moist. 


Rasanya dan texturenya macam kek butter yang perasanya durian. Haa..gitu la. Sedap. Lembut. Padat2 sikit.
Siapa nak cuba boleh la merajinkan diri menggodek kek ni ye.


DURIAN CAKE
source: food.com

Bahan:

170 g tepung naik sendiri -diayak
170 g butter
140 g gula
115 g  durian lecek
4 kuning telur
4 putih telur - dipukul
*sikit vanila esssence saya tambah

Directions:

1. Panaskan oven suhu 180 C.
2. Pukul butter degan gula hingga gebu.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Pukul sebati setiap kuning telur sebelum memasukkan yang lain.
5. Masukkan durian lecek dan pukul lagi sebati.
6. Seterusnya, masukkan pula putih telur yang telah dipukul tadi.
7. Akhirnya masukkan tepung. * saya masukkan vanilla essence sedikit.
8. Masukkan ke dlaam loyang 8x8 yang digris atau di alas kertas minyak.
9. Bakar selama 1 jam. * saya bakar selama 40 minit.





Fluffy Pancake


Assalamualaikum..

Menu untuk breakfast. Dah lama tak buat untuk anak-anak. Bila dah lama tak buat maka selera pancake datang balik la. Kalau selalu selalu, diorang cepat jemu. Yang resepi pancake ni sesuai dengan namanya dan bintangnya. Ramai yang dah cuba dan rate diberi 5 bintang. Bagi saya pancake ni tak mengecewakan. Fluffy, lembut, tak kering dan rasa yang lemak lemak sedap. Saya boleh letakkan resepi ni setanding pancake yang sedap sedap.  Anak-anak suke sangat pancake tu disapu butter, potong kecik kecik dan cicah dengan gula. 

Ada sikit saya derhaka resepi dengan tak sengaja. Dalam kepala siap siap set, satu adunan ni menggunakan 2 biji telur, rupanya bila tengok balik resepi hanya sebiji aje. Aduhaii...mungkin jugak kelembutan pancake ni sebab 2 biji telur? hmmm..


FLUFFY PANCAKE
source: food.com

Bahan:


1 1/4 cwn tepung serbaguna
2 sudu makan gula
2 sk baking powder
3/4 sk salt
1 1/3 cwn susu segar
3 sudu makan minyak sayur
1 biji telur * saya letak 2 biji

Directions:

1  Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk besar. Ketepikan.
2. Campurkan susu, minyak dan telur di dalam bekas yang lain dan sebatikan.
3. Masukkan campuran susu ke dalam bahan kering. Gaul sebati.
4. Saya biarkan adunan 10-15 minit tertutup.
5. Masak pancake menggunkaan non-stick pan atau sapukan sedikit butter pada pan biasa.
6. Masak hingga keperangan.
7. Hidangkan dengan topping kegemaran.