Assalamualaikum
Kagum tak tiap2 hari asik ada entri baru je. Kehkehkeh.. macam la best sangat ye dak. Mau tak de entri .. skali ngadap lappy 10 buat entry schedule siap2. Ye entri berjadual.. At least rasa ada nyawa sikit blog aku niha kan.
Yg penting tuk diri sendiri refer resepi. Itu paling penting yg benornya. Kali ni saya berkongsi resepi kek coklat yg saya cawankan ia. Maka disebutlah kek cawan coklat. Veri the sedap tau resepi ni. Baik menjadi kek atau menjadi cupkek.
Ini antara cuppies coklat yg menggunakan resepi ini. Dan terima kasih buat bloggers masak2 yg tak lokek berkomgsi dan mentestimonikan kejadian kek masing2 menggunakan resepi ini. Biasanya komen2 selepas mencuba tu amat penting buat hasutan bloger lain mempercayai satu2 resepi.
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
by: anymz
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula
- 3/4 cawan serbuk koko Hershey's
- 2 tsp soda bikarbonat
- 1 tsp serbuk penaik
- 2 biji telur saiz A @ B
- 1 tsp garam
- 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
- 1 cawan Mazola vege oil
- 1 1/2 tsp asen vanilla
- 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2sk nescafe
- Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan..
3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
4. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)
6. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.
7. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
8. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILKRUJUKAN :
http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
- Susu segar - lebih kurang 1 cawan
- 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.
0 comments:
Post a Comment