Assalamualaikum
Kuih manis lemak2 ni sedap juga dijamu petang2 hari. Rasanya bukan sedap juga tapi memang sedap. Saya dah pernah buat sebelum ni. Tapi biasalah kadang berebut2 melayan anak2 samapai tak sempat nak capai kamere. Kali ni buat tercapai juga nak shoot aksi kuih talam ni tapi cuaca dah nak senja. Walaupun tak la reti sangat dalam bidang kamere dslr ni tapi kalau dah cuaca kelam mcm tu semangat pun tak de nak posing.
Yang penting di sini adalah berkongsi resepi yg hebat dari orang yg hebat. Terima kasih buat mereka yg hebat itu. :)
TALAM ROTI PAUN
by: Chef Asma
via: Hanamemories
Lapisan Bawah
- 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
- 2 biji telur
- 50 gm raisin
- 1/2 cwn gula halus
- 1/2 sk garam
- 150 ml santan pekat
- 300 ml air
- 1/4 sk vanilla essence
- Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
- Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
- Kukus selama 25 minit.
- Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
- (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula halus
- 1/2 sk garam
- 2 biji telur - hana ltk 3 spt resepi asal
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- sedikit pewarna hijau
- sedikit perisa pandan
- Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
- Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
- Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1/2 cwn gula halus
- 1/4 sk garam
- 1/8 sk vanilla essence
- 3 biji telur
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
- Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
- Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
- Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
- Sentiasa lap tutup pengukus - hana tak buat pun sbb tak menyempat nak ulang alik ke dapur. :D
- Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.
9 comments:
Salam sis Izah,
Sedap tu talam roti...rasanya dah lama makcik tak buat kuih talam...nak seketul...
Salam izah,
bukan sahaja sedap tapi warna pun menawan
Rajinnya izah ni.. tengok pun akak dah tau sedap.. bila akak rajin buat talam... simpan resepi dulu ;)
rahel..
biar lama asal buat.. eceh.. hehe
umi..
aa cantik jugak kombinasi warne tu kan. sedap mata sedap tekak katanya
nurhayati..
skali skala je rajin nya.. yg banyak kala tu buat terpaksa je. hahaa
Assalamualaikum Izah nmpk sedap nnti bole dicuba...
lapar pulak tgk kuih talam ni wlupun bukan peminat kuih2 manis ni
tgk kuih ni teringat bulan puasa haha sb puasa sinonim kuih manis
Umie jazz
Waalaikumussalam. Mmg sedap kuih ni. Chef ni mmg expert kuih tlm. Mmg kna try
Tina..
Mmg dulu time ramadon la buat kuih ni. Kna buat half je sbb bnyakk dpt
assalam izah
emmm sedapppp
cantik jg warnanya
Diam2 ko menalam jah..aku punya kuih talam sampai sudah ko x buatkan..ni rasa nak lari masuk gua batu belah batu bertangkop ni..
Post a Comment