CSS

Monday, April 16, 2012

Kuih Keria


Assalamualaikum..

Rasanya last week banyak juga saya ternampak blogger masak2 yang membuat kuih keria. Memang dah lama tak makan keria, jadi saya bookmark resepi dri blog kak Q, miss Korea ni. Opss jangan maraa kak. Usik2 jek.. :-P

Buat half je dari resepi di bawah dan saya halfkan pulak buat cek mek molek.
Jom makan. Tq kak.



KUIH KERIA /KUIH GELANG

Resepi: kak Quinnie

Bahan-bahan ( 15 biji )
500 gm keledek (saya guna keledek putih)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
1 sudu besar tepung gandum


Cara-cara
keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
toskan keledek dan lecek hingga lumat
campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. lepas dah rata gula tadi....tabur tepung gandum...ini utk menjadikan gula yg disira tahan lama dan tak mudah cair...padamkan api dan bolehlah dianggkat.





33 comments:

tun_telani said...[Reply to comment]

td klik sbb nk komen roti, alih2 tgk kuar kuih keria pulak. heran bin ajaib kejap.. hihi... tun paling malas buat keria nih, sbb adunan dia suka melekat kat tangan, pastu dh lekat2 tu, tun pun tension sendiri. hihi.. tp makan suka pulak.. tunggu org lain yg buatkan.

Mas said...[Reply to comment]

makcikkkkkkkkkk...
tumpang makan keria..
lama dah aku tak buat...
daniel suka kuih nie...

DjDayang Jack said...[Reply to comment]

amboii2!..makcikkkk!...mkn kuih keria x ajak kte pongggg...huhuh...nangisss... :((
balik ahh...

dtg semula...ekeke...Izah, dulu akak ade guna resepi ni..mmg sedap sgt...tp lupe nk post ke blog..gambar msh simpan dlm folder...hehehe

ogyep yummy mellow said...[Reply to comment]

Sedappp tu... dah agak lama jugak tak buat... teringin pulak... Nak tumpang sekaki boleh....

Anonymous said...[Reply to comment]

adeh, dtg sini ada kuih peberet lah pulak, dulu ada sekali penah buat, konon nak habiskan keledek beli kat cameron

keras berdengkang haha, sejak tu tak penah buat dah, serik, makan nak tapi takut keras, boleh patah gigi

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,nak keria,nak keria,cek mek molek pon nak juga,cik ta pon nak juga,wakaka...Lamanyer xwat n mkn keria,lam freezer da kledek lecek n labu lecek,kalo capur2 wat keria msti best juga kan,keria Kelebu lah jawabnyer,hehe..

umi's cup cake said...[Reply to comment]

izah, saya tak pernah buat kuih keria ni..tak teringat bila keledek ada kat rumah...sebab suka makan keledek rebus dan bubur keledek...bila la nak buat ek?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

sedapnyer kuih keria... akak suka.. janji kuihnya lembut & terasa keledeknya... best layan peneman minum petang...

Shahriah Abdullah Novelis said...[Reply to comment]

Salam Izah... aduhaii belum lagi nasi akak turun dah... nampak kuih keria yang nampak sungguh enak sangat! sedapppppppppppppppppppp

dapurCikWan said...[Reply to comment]

alahai.nak 1 gelang tu kak! =)sedap je nampak tu..

Kek Kawin said...[Reply to comment]

Kuih keria...lama gak x buat,nak buat gak..mintak resepi ye...izah

Mas Sani said...[Reply to comment]

nak keria..nak keriaaaaaa....

inazamri said...[Reply to comment]

selalu beli je..penah buat dulu tp jd liat.lepas tu tak penah buat dah.Masa tu main hentam je.Now resepi dihujung jari so leh la cuba lepas ni.

rahel said...[Reply to comment]

Rahel pun nak kuih keria gak..nampak banyak tu..

MekNa said...[Reply to comment]

Petang2 ni nampak kuih keria la pulakkk..kak Izah selalu menggude...

idazs said...[Reply to comment]

sedapnya kuih keria, fevret ni. haaaa, kan dah terliur

Azie said...[Reply to comment]

Challenge bila buat kuih keria ni bila tang menyira. Ada masa menjadi, ada masa tk menjadi. apa tips supaya sentiasa menjadi. Izah guna software apa untuk watermark gambar blog izah

Nora Karim said...[Reply to comment]

alamak sedapnya.... ni yang nak buat gak ni...

EmbunRosaliza said...[Reply to comment]

Assalam izah, uisss rajinnya adik akk ni buat kuih ( ni kesss tumpang heli tadi la, bodek pulak, kut2 boleh tumpang lagi hahah)

Nampak lembut n sedap je keria tu, lama tak buat

mama sara nur @ Cik Nor said...[Reply to comment]

assalam Izah
cantik keria ubi kaler oren ni
akak selalu wat keria ubi kayu (kat kg la)he he sb feberet abg Is
minggu lepas ada la try yg keledek, ok dah jadinya tp fail tang sira gula tu hu hu akak bab gula kadang jadi kadang tidak, tu yg malas nak wat dah he he
kalu blk kg je mak akak korek ubi kayu byk2 sb tau feberet cucu dia, akak gentel dan goreng je pastu gula suh mak sirakan he he

Unknown said...[Reply to comment]

orang Kedah kata coq keria sedap ni tapi sumpah akak tak pernah buat pun nampak gaya dah ada resepi kena buat jugak ni nampak sungguh menyelerakan hehe

Rohah said...[Reply to comment]

Lapar je bila menyinggah ke sini..nak 5 ring keris yeee..

ummiaisyah said...[Reply to comment]

haluuuu.....buat koi gelang ke...meh le 7 urat...ai n buat ala-ala gelang minggu!

quinnie said...[Reply to comment]

wahh siap buat cekmek molek lagi ye..lain kali nak buat jugak la...nak cuba..kita tak pernah makan cek mek molek ni sebenarnya...hehhehe..tu yg tak reti buat..kekeke

Ain Fajar said...[Reply to comment]

k.izah buat kuih keria juga..ain br je buat kemarin..kuih kegemaran nih

Amie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
dah lama tak makan kuih keria, sedapnya rasa manis gula siranya... nak buat tak tahu bila, jadi jamu mata di sini dululah ye Izah.

Nuwairani said...[Reply to comment]

comel2 keria ni...kite pon bookmark dulu resepi ni..ada kerajinan nanti nak buat jugak.

Balqis Nazid said...[Reply to comment]

salam...cantiklah sira gula tu, ingat lagi 1st time belajar buat kuih ni, sira gulanya keras cam batu...
aduh, malunya mujur siami tak ada masa tu. tak boleh makan sebab keras, malas nak pikir terus buang, mujur sikit hi...hi..
suami balik tanya mana kuih kata nak buat saya kata keledeknya semua busuk ekekkeee...

HaSue said...[Reply to comment]

Izah,aku nak seketul keria tu zah. dah abis pun aku x kire,nak jugak!! aku tido umah ko kalo ko x bagi.. ni kire ugutan bersopan laa nih

zila norazila said...[Reply to comment]

salam izah
cantik..sbb lubang-lubang tu besar2..mcm anting2..he heehe lain dari keria yg biasa2 kat sini..mesti dh abis la tue..:)

Melly Octaviana said...[Reply to comment]

Malam kak Izah.. mau 5 yah keria nya. temen2 melly bilang nya ini donut nya orang msia..hehe

Unknown said...[Reply to comment]

wahh sedapnya cucoq keria izah..lama cheq tak mkn ni...haha kepala ting tong ni tapi nk gak singgah dapur Izah.tq yer atas doa dan ucapan birthday hari tu terharu sgt bila baca:)

Yatie said...[Reply to comment]

waduhhh kerialah pulak..kuih kegemaran akak ni..nak wat takde stok keledek plk..kentang banyaklah seguni...hehehehe..