Assalamualaikum..
Rasanya last week banyak juga saya ternampak blogger masak2 yang membuat kuih keria. Memang dah lama tak makan keria, jadi saya bookmark resepi dri blog kak Q, miss Korea ni. Opss jangan maraa kak. Usik2 jek.. :-P
Buat half je dari resepi di bawah dan saya halfkan pulak buat cek mek molek.
Jom makan. Tq kak.
KUIH KERIA /KUIH GELANG
Resepi: kak Quinnie
Bahan-bahan ( 15 biji )
500 gm keledek (saya guna keledek putih)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
toskan keledek dan lecek hingga lumat
campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. lepas dah rata gula tadi....tabur tepung gandum...ini utk menjadikan gula yg disira tahan lama dan tak mudah cair...padamkan api dan bolehlah dianggkat.
td klik sbb nk komen roti, alih2 tgk kuar kuih keria pulak. heran bin ajaib kejap.. hihi... tun paling malas buat keria nih, sbb adunan dia suka melekat kat tangan, pastu dh lekat2 tu, tun pun tension sendiri. hihi.. tp makan suka pulak.. tunggu org lain yg buatkan.
ReplyDeletemakcikkkkkkkkkk...
ReplyDeletetumpang makan keria..
lama dah aku tak buat...
daniel suka kuih nie...
amboii2!..makcikkkk!...mkn kuih keria x ajak kte pongggg...huhuh...nangisss... :((
ReplyDeletebalik ahh...
dtg semula...ekeke...Izah, dulu akak ade guna resepi ni..mmg sedap sgt...tp lupe nk post ke blog..gambar msh simpan dlm folder...hehehe
Sedappp tu... dah agak lama jugak tak buat... teringin pulak... Nak tumpang sekaki boleh....
ReplyDeleteadeh, dtg sini ada kuih peberet lah pulak, dulu ada sekali penah buat, konon nak habiskan keledek beli kat cameron
ReplyDeletekeras berdengkang haha, sejak tu tak penah buat dah, serik, makan nak tapi takut keras, boleh patah gigi
Kak Izah,nak keria,nak keria,cek mek molek pon nak juga,cik ta pon nak juga,wakaka...Lamanyer xwat n mkn keria,lam freezer da kledek lecek n labu lecek,kalo capur2 wat keria msti best juga kan,keria Kelebu lah jawabnyer,hehe..
ReplyDeleteizah, saya tak pernah buat kuih keria ni..tak teringat bila keledek ada kat rumah...sebab suka makan keledek rebus dan bubur keledek...bila la nak buat ek?
ReplyDeletesedapnyer kuih keria... akak suka.. janji kuihnya lembut & terasa keledeknya... best layan peneman minum petang...
ReplyDeleteSalam Izah... aduhaii belum lagi nasi akak turun dah... nampak kuih keria yang nampak sungguh enak sangat! sedapppppppppppppppppppp
ReplyDeletealahai.nak 1 gelang tu kak! =)sedap je nampak tu..
ReplyDeleteKuih keria...lama gak x buat,nak buat gak..mintak resepi ye...izah
ReplyDeletenak keria..nak keriaaaaaa....
ReplyDeleteselalu beli je..penah buat dulu tp jd liat.lepas tu tak penah buat dah.Masa tu main hentam je.Now resepi dihujung jari so leh la cuba lepas ni.
ReplyDeleteRahel pun nak kuih keria gak..nampak banyak tu..
ReplyDeletePetang2 ni nampak kuih keria la pulakkk..kak Izah selalu menggude...
ReplyDeletesedapnya kuih keria, fevret ni. haaaa, kan dah terliur
ReplyDeleteChallenge bila buat kuih keria ni bila tang menyira. Ada masa menjadi, ada masa tk menjadi. apa tips supaya sentiasa menjadi. Izah guna software apa untuk watermark gambar blog izah
ReplyDeletealamak sedapnya.... ni yang nak buat gak ni...
ReplyDeleteAssalam izah, uisss rajinnya adik akk ni buat kuih ( ni kesss tumpang heli tadi la, bodek pulak, kut2 boleh tumpang lagi hahah)
ReplyDeleteNampak lembut n sedap je keria tu, lama tak buat
assalam Izah
ReplyDeletecantik keria ubi kaler oren ni
akak selalu wat keria ubi kayu (kat kg la)he he sb feberet abg Is
minggu lepas ada la try yg keledek, ok dah jadinya tp fail tang sira gula tu hu hu akak bab gula kadang jadi kadang tidak, tu yg malas nak wat dah he he
kalu blk kg je mak akak korek ubi kayu byk2 sb tau feberet cucu dia, akak gentel dan goreng je pastu gula suh mak sirakan he he
orang Kedah kata coq keria sedap ni tapi sumpah akak tak pernah buat pun nampak gaya dah ada resepi kena buat jugak ni nampak sungguh menyelerakan hehe
ReplyDeleteLapar je bila menyinggah ke sini..nak 5 ring keris yeee..
ReplyDeletehaluuuu.....buat koi gelang ke...meh le 7 urat...ai n buat ala-ala gelang minggu!
ReplyDeletewahh siap buat cekmek molek lagi ye..lain kali nak buat jugak la...nak cuba..kita tak pernah makan cek mek molek ni sebenarnya...hehhehe..tu yg tak reti buat..kekeke
ReplyDeletek.izah buat kuih keria juga..ain br je buat kemarin..kuih kegemaran nih
ReplyDeleteAssalamualaikum Izah,
ReplyDeletedah lama tak makan kuih keria, sedapnya rasa manis gula siranya... nak buat tak tahu bila, jadi jamu mata di sini dululah ye Izah.
comel2 keria ni...kite pon bookmark dulu resepi ni..ada kerajinan nanti nak buat jugak.
ReplyDeletesalam...cantiklah sira gula tu, ingat lagi 1st time belajar buat kuih ni, sira gulanya keras cam batu...
ReplyDeleteaduh, malunya mujur siami tak ada masa tu. tak boleh makan sebab keras, malas nak pikir terus buang, mujur sikit hi...hi..
suami balik tanya mana kuih kata nak buat saya kata keledeknya semua busuk ekekkeee...
Izah,aku nak seketul keria tu zah. dah abis pun aku x kire,nak jugak!! aku tido umah ko kalo ko x bagi.. ni kire ugutan bersopan laa nih
ReplyDeletesalam izah
ReplyDeletecantik..sbb lubang-lubang tu besar2..mcm anting2..he heehe lain dari keria yg biasa2 kat sini..mesti dh abis la tue..:)
Malam kak Izah.. mau 5 yah keria nya. temen2 melly bilang nya ini donut nya orang msia..hehe
ReplyDeletewahh sedapnya cucoq keria izah..lama cheq tak mkn ni...haha kepala ting tong ni tapi nk gak singgah dapur Izah.tq yer atas doa dan ucapan birthday hari tu terharu sgt bila baca:)
ReplyDeletewaduhhh kerialah pulak..kuih kegemaran akak ni..nak wat takde stok keledek plk..kentang banyaklah seguni...hehehehe..
ReplyDelete