CSS

Tuesday, July 31, 2012

Begedil Daging Burger Hasue



Assalamualaikum..

Mula2 nak mintk ampun maaf ngan Hasue.
Rasaanya sehari dua ni ada himpunan rasa bersalah dipenjuru hati ini ngan Hasue.
Hahaha.. u know waat i mean..kikikiki
Yang ni pun salah satu rasa sedikit bersalah. Tapi yang banyak nya rasa sedap la.
Tekak saya memang nak rasa begedil yang simple je.
Dan resepi Hasue ni memamng kena ngan selera saya, tapi en hubby nak yang rasa rempah2 sikit.
Nex time saya buat rasa rempah2 iye cayammm..:-P
Ok derhaka banyak terjadi di begedil itu iaitu begedil ni menggunkan telur time nak goreng nyer.
Ni sebaab mengikutkan selera en suami yang suke garing2 diluarnya.
So cara sya , saya celupkn dengan telur dan lumurkan dengan tepung gandum bercampur tepung beras.
Sue...sorry banyak derhaka resepi begedil ko ni.
Ada lebih lagi dlm es box nanti ai goreng cara u pulak ekkkk :-)




BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)


Cara membuatnya:
Mula2 rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu). *izah goreng kentang sampai empuk. Dan mashed kan kentang tersebut.

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas. *izah mashed guna belakang gelas jek :-)

Setelah itu, panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.

Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper. *izah tak masukkan ke dalam peti es pun, sebb bila kentang digoreng hasil begedil lebih firm dari kentang yg direbus.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).

*izah goreng menggunakan cara deep fry. Celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalm telur yang dikocok sedikit. Setelah dicelup ke dalam telur, salutkan menggunakan begedil dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan tepung beras. Goreng hingga garing. 




Agar-agar Kemenyan


Assalamualaikum..

Alhamdulillah segar betul pagi ni selepas hujan lebat 2-3 minit ye kak Liza. :-)
Matahari pun dah cerah, sempat kot kering baju hari ni.
Cemana ngan puasa anda anda semua? Dah masuk fasa tengah puasaa dh kan.
Pasti kaum hawa siok mengskodeng resepi sekut2 yang best tahun ni.
Tak kurang pulak dah stanby duit tuk sekut tunjuk.
Standard la tu, sekut tunjuk kene ada gak..kan.. ngeee

Semalam berbuka puasa n kudapan malam kami, kami layan agar2 ni.
Sedap sungguh skali skala makan agar2 lemaak manis harum pandan n gula merah tu.
Saya kenali kewujudan agar2 ni dengan nama agar2 kemenyan.
Biasanya kalau resepi org lama, menggunakan agar2 tali.
Tapi skodeng punya skodeng saya jumpa satu resepi di blog kak Jum yg menggunakan agr2 serbuk
Walau nama berbeza, dpanggil agar2 santan gula merah atau lumut tapi kaedahnya sama.
Sukeeeeeeeeee... Dan memang sedap ngam elok kejadian agar2 ni.
Terima kasih kak jun sudi share resepi ni.
Jom layan resepi nya.



AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH/AGAR2 KEMENYAN
resepi: kak Wattie
dikongsi oleh: kak Jun

10gm agar2 *izah guna agar2 serbuk
1/2 cwn gula merah
1/4 cwn gula putih
1150ml air
120ml air + 1 paket santan serbuk *izah guna santan perah
1 biji telur (pukul ngan santan tadi)*izh guna gred C
secubit garam
1 helai daun pandan


masak air dgn gula n daun pandan, tapis. masukkan agar2 n masak lagi hingga semua larut. kecilkan api, tuang campuran santan, garam n kacau hingga mendidih. masukkan kedalam acuan n sejukkan.





Monday, July 30, 2012

Karipap Frozen tanpa digoreng


Assalamualaikum..

Saya suke karipap yang difrozen tanpa digoreng terlebih dahulu.
Tapi cara nak frozen tu ada tertibnya.
Dan sesuai untuk kegunaan dirumah sahaja, untuk jualan susah sikit.
Belajor masa nyembang2 kat rumah Mas n menyembang dengan Anna Qawina.
Tak silap tips ni dikongsi oleh kak Nor atau Tun Telani.
Resepi karipap untuk doh dari Tun Telani dan untuk inti dari kak Nor.
Elok la tu kan kombinasi tu :-)

Ok, cara nak frozen tanpa goreng ni, lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat. * di alas plastik pun boleh. Atau bekas apa2 la kan. Pastu masukkan ke tempat sejuk beku. Bior dlm sejam ke sejam lebih baru disusun tanpa lapik mcm dalam gambor di atas ke dalam taapuware. Bila karipp tu dah keras ianya mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Sekian :-)



DOH KARIPAP
resepi: Tun Telaani


Bahan :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

Cara membuatnya :
Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu ( jangan guna tangan, melecur nnti ).
Dah sejuk siket, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Buleh wat karipap ikot suka inti apa..




INTI KARI AYAM DGN KELEDEK

Bahan:
400gm daging ayam kisar ~ brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..



Thursday, July 26, 2012

Burger Malaysia dilapis telur


Assalamualaikum..


Menu sampingan ni yang wajib time bulan puasa. Idak le hukum wajib, tapi mesti terliur time pose2 nak makan beger mesia ni. Biasanya kalau buat menu ni, memang tak berbuka dengan nasi. Cukup dia menjadi menu utama dan yang lain2 ditop up dengan dessert dan buah2an je. Resepi beger mesia dari kak Yani ni rasanya mmg antara resepi yang suka diulang2 buat dan menjadi kegemaran ramai orang yang dah tahu kelembutan begernya dan lembut walau dah sejuk.

Terima kasih lagi dan lagi kak yani dan semua yang mempopularkan resepi ni.


BURGER MALAYSIA
resepi: kak yani  

Bahan-bahan ( 8 biji )

*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
*izah tambah hirisan telur rebus 


Cara-cara

Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

*kalau nak burger ni comel2 sikit, bahagikan doh kepada 10-11 biji. 






Wednesday, July 25, 2012

Mee Goreng Basah



Uiii hari ni banyak benor list to do, tapi tak siap2 jugak lagi.
Masukkan entry mee kuning goreng basah.Menu berbuka kami semalam.
Cukup dgn mee goreng ngan satu menu kuih dan bertemankan ayor tembikai laici.
Air2 ni semuanya tak dan nak snap la kan :-)
Layannnn 



MEE GORENG BASAH
BY ME 

1 paket mee kuning (500gm)
2 senduk nasi lada kering kisar/segenggam jika belum dikisar*
1 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisar semua bahan bertanda
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar sos cili
kicap secukup rasa dan warna
1 sudu besar serbuk kari
sedikit ayam
sedikit fish ball/ fish cake
sebiji tomato
satu ikat sawi
segenggam taugeh
sebiji telur
air secukupnya lebih kurang 3-4 cawan( air panas lagi bagus)
garam dan gula ikut citarasa



Caranya: Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik bau atau pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak kemudian masukkan fish ball dan masukkan kesemua sos dan kicap kacau rata. Masukkan perasa garam dan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih. Time ni bleh la rasa nak masin ke nak manis ke bleh la tambah apa yang patut. Pas tu masuk mee kuning yang telah dibasuh tu, gaul-gaul biar sebati dalam 4-5 minit pastu masuk sayur tomat dan sawi. Last sekali besarkan api tahap maksimum masuk telur, gaulkan cepat2 tutup api masuk taugeh. Siap..Kalau tak mau basah sangat bleh lama skit tunggu air kering. Sukatan air tu ikut citarasa sendrik.




Kuih Cara Manis


Assalamualaikum..

Sama pulak dengan menu Nieza di Finland nun. Kuih cara manis yang menjadi kegemaran saya. Resepi pun menggunakan resepi yang sama.  Memang feberet kuih menggunakan daun pandan. Wangii je. Tak kesah la Nieza hari2 pun kuih warne hijau. Hehehe.. 

Terima kasih buat empunya resepi.



Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG,  Kak Nannie

  
Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan




Cara Membuat:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.