CSS

Monday, November 5, 2012

Resepi Durian Crepe & Filling Cream Kastard


Assalamualaikummm

Semua la tahu kan sekarang  tengah hot hot meletop gitu makanan dessert ni.
Saya pun xketinggalan selit2 mencuba dan berbisness.
Dengan izin Allah, ada rezeki saya di situ...alhamdulillah..

Pelik sikit kelihatannya gambor crepe saya kat atas tu?
MEENGGERUTU KULITNYA KAN?
HAHAHA..gelak skiitt.. ini adalah disebabkan kesilapan teknik pemukaan namanya.
Silap lipatttt.. hehehe.
Hari ni saya nak share satu resepi crepe yang nipis dan filling creamnya yang tak boring.
Maksudnya bukan semata fresh cream ngan durian, sebab kalau hayati durian n fresh cream jek mcm boring gitu.
Cuba pulak tambah bancuhan castard yang ada wangi2 vanilla, wallaaaa.. mmg eskrim betul rasanya.
Kalau sebelum2 ni buat crepe yang agak tebal kulitnya disebabkan bancuhan crepenya yang agak kental n pekat, sila la cube resepi yang kak Fiza Nordin share kan dengan kita.



Ini hasil yang betul lipatnya menggunakan resepi yang saya nak share kejap lagi.
Walaupun tidak menggunakan 5,6,atau 7 jenis tepung, tapi kulit nya ni nipis dan sedap.
Yang penting tak mudah koyak.
Lain2 ciri2 terperinci tentang crepe ni boleh tengok kat blog kak Fiza ni.


resipi kat bawah ni 1/2 dari resipi asalnye ye... sebab nak mencuba saja, aku buat 1/2 saja. Dapat 12/13 keping crepe- *bergantung pada size pan memasing... (petikan dari blog kak fiza)

DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.


RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin 





TAPI TAPIIIII...

Untuk jualan... saya menggunakan resepi crepe yang berbeza dengan filling kastard yang sangat sedap dan HANYA mneggunakan durian D24 yang segarrr. Sesiapa nak merasa boleh la emel order anda ke baisku09@gmail.com atau pm inbox saya di fb ye. :-)


Alhamdulilah , ramai kastemer memberi feedback yang sangat memberangsangkan. Semua sukakannya. Banyak juga permintaan untuk yang pertama kali nak merasa. InsyaAllah dijamin halal, sedap dan bersih.


Yummy!!!




Size crepe saya. Perbandingan dengan iphone disebelahnya.














1002 comments:

«Oldest   ‹Older   1001 – 1002 of 1002   Newer›   Newest»
esoftwarecrack said...[Reply to comment]

This is really helpful post and very informative there is no doubt about it. I found this one pretty fascinating and it should go into my collection. Very good work!
Cinema 4d Carck
Lucky Patcher Carck
Superantispyware Carck

Crack Advise said...[Reply to comment]

Very Nice Blog.I like your all post. You have done really good work.
Thank you for the information you provide, it helped me a lot.
I hope to have many more entries or so from you.You got a new job.

Mastercam Crack

Nuclear Coffee VideoGet Crack

EF Commander Crack

Adobe Animate CC Crack

Soni Typing Crack

Arclab Watermark Crack

«Oldest ‹Older   1001 – 1002 of 1002   Newer› Newest»