Assalamualaikum.. Selamat bersantai di hari ahad ni. Semalam saya buat kek apple ni. Sangat simple dan mudah disediakan. Rupanya walaupun simple tapi kek ni sedap sangat. Saya kurang minat dengan kek buah tapi dengan kek yang satu ni, memang sedap dan lemak. Manisnya juga sederhana sesuai bila tergigit epal tu. Dah ramai pun yang cuba kek ni kan. Ada antaranya kak kencang jet turbo iaitu kak Hana.ngehee..jangan mare ek.. kak hazila, jiya dan ramai la lagi.. Ada juga yang kata kek ni macam muffin. Mmmm tapi kek ni lagi lembut dan kalau ikutkan muffin agak padat sikit. Walau apa pun..terpulang pada citarasa masing-masingkan. Tapi bagi saya , saya memang suka kek ni..bukan saja dari segi rasa dan cara penyediaan yang mudah, tapi saiz nya yang kecil memang cukup untuk family kecil mcm saya ni.
Kak Yani..mintak izin tepek resepi kat sini pula ye.
Bahan-bahan ( 18x18 cm )
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C (saya guna suhu 170 C lebihkurang 45 minit)
9 comments:
nampak sedap la, bahannya pun tak banyak, entah bila mas nak buat izah...rasa je la kek izah ni...puding marble tu mas tak buat lgi, yg ari tu agar2 roti la...bhnnya lebih kurang sama, cuma puding ni marble dan letak susu pekat manis...tak sama kan...
zahhhh.. aku lapo nihhh! bak sepotong dua! aku tunggu kat tingkap taw! cepat sket..paneh nihh...
ermmm lama betul tak buat kek epal ni... izah, cuba campur dgn epal hijau gak.. lg syok, manis2 masam masa makan tu :)
zah..mmg sedap kek epal resepi k'yani ni...famous lama dah kat sini'kawan2 akak dah ramai yg cuba,lama dah k'ida pernah uat sekali...ada lagi,akak nak sikit...
Uish sedapnye kek epal... memang nampak gebusss sangat tu... wat minum ngan air teh suam syok ni..
bestnyer tengok.. ada resepi apple pai tak?? suka tul apple pai..huhuhu
Wah Izah....mesti dah habis kek tu kan!!!
salam Izah, sedapnya kek tu nampak sangat moist...
Salam Izzah...
diyana kopipes resepi ye..nak cuba jugaklah..mcm best je..bnyk epal kat umah ni..
Post a Comment