Assalamualaikum..
Entry ini dibuat untuk ucapan ribuan terima kasih buat majalah JELITA January 2012, diruangan Sajian, yang sudi memberi peluang blogger masak2 seperti saya untuk berkongsi hasil masakan di ruangan tersebut. Terima kasih terutama buat Puan Norashikin, penyelaras ruangan tersebut. Dalam bulan 11 baru ni, saya dapat panggilan dari puan Shikin, yang mana p.shikin merujuk kepada blog saya dan mendapat contact number saya dari kenalan adik saya yang pada masa tu juga berkerja di karangkraft. Memohon untuk menyumbangkan gambar2 kek keju dan telah dilistkan 5 jenis kek yang terdapat dalam blog izahmuffinlover. Alhamdulillah, rupa2nya gambar2 tersebut telah menghiasi ruangan Sajian Jelita keluaran January 2012.
Entry ni juga dibuat khusus untuk mengkredit empunya resepi2 yang telah disiarkan di dalam ruangan Sajian Majalah JELITA keluaran January, yang mana saya hanya lah sekadar menyumbangkan gambar2 nya sahaja. Diberitahu bahawa ruangan Sajian memberi sedikit peluang kepada para blogger masak2 untuk berkongsi dan mempamerkan hasil masakan mereka.
Dimaklumkan juga kesemuanya bukan resepi2 dari izahdaut, tetapi perkongsian bersama blogger2 yang masyhur. Saya kreditkan sekali lagi resepi2 tersebut kepada tuan resepinya.
gambar ehsan dari fb p.shikin
Resepi KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL ni adalah resepi dari CHEF HANIELIZA. Alhamdulillah, kak liza pun tumpang gembira dan berbesar hati dan memberi kebenaran resepinya dimasukkan. Memang chef terbaik!! Terima kasih kak Liza.
link: IZAHDAUT
link: Chef HANIELIZA
gambar ehsan dari p.shikin
Resepi KEK KEJU PANDAN resepi dari ROS @ Jintanmanis.com yang dipost di myrespi. Dimaklumkan di situ oleh Ros resepi ni berasal dari satu website masakan Jepun (tiada link). Terima kasih Ros dan hanya Allah berhak membalas ilmu2 yang dikongsi oleh Ros. Dan diharap Ros dan Jintanmanis.com terus suksess dan melangkah lebih jauh. Untuk idea 'pandan' tu adalah idea dari kak Hana.
link: IZAHDAUT
link: ROS ONIGIRI@MYR
link: Ros@Jintanmanis
link: kak Hana
resepi BROWNIES BALDU MERAH adalah dari Kak Maz@ Ilham dapur yang sedang sibuk berkemas2 untuk kembali ke Malaysia. Semoga perkongsian akak di sini akan terus mendapat manfaat kepada semua. Terima kasih kak Maz. Dan kesedapan brownies ni saya dapat dari kak Anim. Terima kasih buat kak Anim yang mewar2 kan kesedapan brownies ni.
link: IZAHDAUT
link: KAK MAZ@ILHAM DAPUR
link: KAK ANYMZ
Resepi KEK KEJU RINGKAS pula adalah resepi dari HASUE @ I LOVE MY LIFE. Terima kasih Sue, i love u!! Semoga ilmu2 kek yang di curahkan Sue di blognya dapat memberi banyak manfaat kepada peminat2 kek. Banyak resepi2 kek yang sedap di blog Sue.
link: IZAHDAUT
link: HASUE
Resepi KEK KEJU SEGAR @BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE adalah asalnya juga resepi yang dikongsi oleh Ros. Akan tetapi idea meletakkan blueberry filling adalah dari Hasue di blog I LOVE MY LIFE. Terima kasih kalian.
Link: IZAHDAUT
link: ROS@JINTANMANIS
link: HASUE
Semoga entry ini tidak disalahsangka oleh sesetngah pihak, dan jika ada saya dahulukan dengan ampun dan maaf. Dan entry ini juga satu penghargaan besar buat blog izahdaut@izahmuffinlover. Terima kasih buat suami tercinta yang memberi ilham, menjadi sumber inspirasi dan memberi teguran serta nasihat untuk terus berblogging. Terima kasih juga buat kakak kakak blogger yang banyak memberi nasihat dan semangat dan kawan2 'sengal' yang juga turut berkongsi rasa dan kesusahan. Juga terutama buat mereka blogger2 masak2 semua yang sentiasa membekalkan resepi2 fresh dari ladang dan menyuntik virus2 yang selalu menular sesama geng masak2.
Penutup dan pembukaan tahun baru yang manis dan pahit buat saya kali ini. Peace no war!!