Assalamualaikum..
Kuih ketayap aka kuih gulung ni pada saya paling menepati citarasa masing2 kat rumah ni. Sangat lembut. Walaupun sejuk tapi elok sangat lembutnya. Dah 3 kali saya buat ikut resepi ni. Anak2 la suka sangat. Masa saya duk menggulung kat dapur tu pun, diorang asik ulang alik nak mintak kuih ni. Abang saya pulak, skali hadap habis 3 gulung, makan sambil memuji kelembutan kuih ni. Terima kasih pada tuan resepi yang berkongsi resepi dalam buku resepi 100 kuih muih Malaysia. Kompilasi Wanorizan. Tapi saya dapat dari internet di sini.
KUIH GULUNG (KETAYAP)
sumber : buku 100 kuih muih malaysia
Bahan-bahan :
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) ¼ cawan gula kabung
3) ½ cawan gula pasir
4) 1 helai daun pandan
5) ¼ cawan air
Untuk kulit :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan jus pandan
3) ½ cawan susu segar
4) 1 biji telur
5) ½ sudu teh garam
Cara :
Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahanbahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kulit :
1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapisk.
2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
3) Tuangkan sesenduk adunan dan lengganglenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan
nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengahtengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan.
Gulung kemaskemas. Buat hingga habis.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTA IZAH: 1/2 cawan susu segar tu, izah pernah juga tukarkan kepada air sahaja. Pun masih sama texture kelembutannya. Jus pandan tu saya tukarkan air dan masukkan sedikit pandan paste
Izah! nak rasa kuih gulung...
ReplyDeletekat sini org panggil lebai malang @ teruna malang hihiih...kuih nih memang sedap..dh lama tak buat..
ReplyDeletewahh sedap tuh..suka! kuih ketayap ni mesti warna hijau kan, kalau warna lain macam tak berapa ngam kan izah?
ReplyDeletesalam izah...anak2 n cik hubby suka kuih ni tp akak dh lama xbuat...akak pun kdg2 malas jugak nk guna susu @ santan ni, juz guna air jer...
ReplyDeleteakak lama teringin nak mengketayap tak terbuat2 jugak tengok izah punya ni memeleh ayeq liuq cheq tau hehehehe
ReplyDeleteizah mmg rajin buat kuih :-)
ReplyDeleteKalau cikadakbiru dengan lebai malangnya kat belah kedah kita orang panggil kuih ketayap....memang pojaan hati ku....
ReplyDelete"sedia utk dihiidang" ... Dah hidang eh?? Mana?mana? Nak jugak...hehehe... Cantik kaler hijaunya.. Mcm hijau pucuk pisang...
ReplyDeletekalau inti ada dorian pon sodapppp....
ReplyDeletecantik gulungannya...nampaklembut je warnanya, kita suka intinya.
ReplyDeletesalam kak izah.... cantik je kaler hijau dia.. tp kat umah ni kan, apa saje yg inti kelapa mmg kurang mendapat sambutan. adik2 tun kalau blh nk inti coklat agaknyer..hehe.. hasben tun pun mesti wat muka x puas hati kalau dpt kuih yg inti kelapa.. nmpk gaya, tun terpaksa gi menumpang mkn kt umah akak je la.. huhu
ReplyDeleteamboiii masuk gear berapa ni mek? ghajen benor menghapdet :)
ReplyDeleteAkak ni rajin tul buat kuih tradisional kan hehe..
ReplyDeleteKU LIHAT HIJAUUUUU LAGIIIII....geram je tngk, tadi akak tunjuk Hamka muffin yg Izah buat dngn kuih ketayap ijau ni...dia senyum lebar sangat..mama cepatlah buatkan utk Hamka...ulang2 dok suruh...klakor betullah Hamka, fanatik sungguh kaler ijauuuu...akak baru beli pewarna ijau 2 botol sbb takde stok..hehehehe..pasni berderet kuih ijauuuu..
ReplyDelete