Assalamualaikum..
Resepi lauk simple. Masak paprik. Boleh dipelbagaikan dengan binatang kesukaan masing2. Dan boleh ditukar mengikut sayuran yang disukai. Kali ni saya menggunakan sotong. Dan guna sayur kacang n tomato. Tu aje yang ada dalam stok. Dan rencahnya tu mcm buat basic paprik la kan. Simple tapi semua dah ada dalam satu lauk. Sebab bahan2 nyer boleh mengikut selera masing2, jadinya saya letakkan satu resepi paprik dari myR.
MASAK PAPRIK
sumber: makYong@myR
Bahan-bahan ( 4 )
½ ekor ayam - dipotong kecil2 -izah ganti sotong
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda-izah letak kcg pnjg n tomato
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Nota izah: Gorengkan dulu sotong sekadar keluarkan airnya. Angkat. Selepas tumiskan rencah dan sayur, last sekali baru masukkan sotong. Gaul2 kan sekejap sahaja. Kalau lama sangat nanti sotong liat.
Salam Sejahtera
ReplyDeleteBlog yang menarik ~~~
pergghh..terliur2 nampak izah ni masak...terasa mcm kt rest Thai...haiiyoooo....sodapp ehhh...,.
ReplyDeletekn besh kalo berjiran...mueheheheh...
salam izah....akak kalau dh masak paprik ni mmg xmasak lauk lain dah....kalau x pun grg telur dadar jer....perghhhhh mmg sedap
ReplyDeleteAssallamualaikum Izah..
ReplyDeleteSemoga semakin sihat yer.. Sedapnya.. Akak suka paprik tak kiralah lauk apa yg diletak dlm masakan tu.. Nyum..nyumm..
Salam Izah..jumpa kat sini lak :D
ReplyDeletemkn ngan nasi panas2..mmg sedap nih!
Salam izah selalunya paprik ayam,ni sotong gudddd idea kadang2 kering idea nak masak apa ,akak ler tu
ReplyDeleteceria dah dpur izah ni..mcm2 menu kuar.. selalu msk sambal jer kt rmh akk.. nnti boleh akk cuba msk cam ni..
ReplyDeleteAslmkum Izah
ReplyDeleteakak suka masak paprik sb ada serai dg daun limau purut dlm masakan.baru masak beberapa hari lepas...
betul2 memang paprik ni bes...kene buat gak la esok ni...tak aci :P
ReplyDeletejah..pagi2 buter aku datang nak cekau lauk nih..rumah aku takde binatang spesel nak buat..ada telur je..buleh wat apo tah..haha
ReplyDeletenampak sedapla paprik sotong ni izah..maunya mkn bertambah nasi ni...hehe
ReplyDeleteAs'salam Izah
ReplyDeletemenu permintaan anak2 masa hujung minggu, tapi k.ct tak buat sebab sotong melambung tinggi. bila tanya orang yang jual tu..."laut ombak tinggi kak...tu yang hasil tangkapan tak ada"..hehehe. amboiii...bukan dia yang kelaut ya tak..? hahaha
nanti k.ct nak cuba juga, tapi letak isi2 ayam pun ngam juga kan Izah..TQ dear..muahhh!
@Hassan
ReplyDeletetq hassan
@Sugar 'n' Spice
ReplyDeletesuke sangat kalau berjiran ada melayu yang ramah n boleh berkawan. kat sini jiran 1 malaysia. kiki.. tapi satu malaysia pun baik hati..alhamdulillah
@Liza
ReplyDeletebetul kak. cukup ada telur dadar, ngan sambal je kan.
@Naz / Nadz COSK
ReplyDeletekalau kat kedai paprik nan nasikosong aje pun dah ok kan
@♥♥azatiesayang ♥♥
ReplyDeletebetul kak atie. kita ubah je lauk n sayir tu ikut selera n ikut barang apa ada dlm peti ais kan
@Chik Mimi
ReplyDeletetu la kan. kdg2 sotong kat rumah ni asik buat goreng tepugn tu je. sambal pun jarang buat. sebab kdg2 tak brapa nak reti, kdg2 slalu je sotong tu jadi liat. hehe.. kalau goreng paprik ni ada la pandai sikit nak ejas bagi sotong tu lembut
@dZana
ReplyDeletealhamdulillah.. ada la sikit2 menu nak tayang kan kak zana. haha
@Mamasya
ReplyDeletesaya pun suka kak. sebab rasa n aroma dia tu mmg menyelerakan
@sitiezahim
ReplyDeletesempoi je kan. bahan2 pun inyaAllah ada je dlm peti ais
@Anna Qawina
ReplyDeletehaha.. anna ko cipta je la paprik telur. ok wat
@Nieza
ReplyDeletetu la kan. simple je tapi selera je walau dapat bau nyer tu
@CT Delima
ReplyDeleteye kak, sotong dah mahal kan. ni pun menu saya tah bila tah. hahhaa.. menu lama2 ni baru nak keluar