Assalamualaikum
Hmm.. tak tahu nak tulis apa. Type.. padam.. type.. padam. Minggu baru ni saya balik kampung. Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat berkumpul n berjumpa dengan mak kesayangan n adikbradik yg lain. Balik kampung sempena pekawinan anak sdara.
Entry hari ni, saya kongsikan pula kuih kaswi yang memang menjadi kegemran saya. Kuih kaswi sangat sinonim dengan kak Yatie. Berkongsi kegemaran kuih yang sama dengan kak Yatie, membuatkan saya akan mencari2 resepi kaswi di blognya. Selama berblog ni banyak juga resepi2 kaswi yang berbeza yang saya dah cuba. Kebanyakkannya menjadi kegemaran saya. Mungkin sebab saya ni memang penggemar kaswi, jadi tak cerewet nak sesuaikan dengan taste. Dan kuih kaswi kak Yatie ni pun sedap. Cuma warne kuih saya ni tak secantik dan semewah warne kuih kaswi kak Yatie.
Mungkin gula merah yang diguna tak sama jenis, jadi warne juga akan berbeza. Ada juga tips2 lain untuk menggelapkan warne kaswi ni. Antaranya titikkan sedikit pewarna ke dalam adunan. Atau letakkan sedikit coklat paste, atau pun titikkan sedikit kicap. Di sini saya sharekan resepi kak Yatie. Terima kasih kak, saya mintak izin nak kongsikan di sini pula.
KUIH KASWI
resepi: kak Yatie@ Yatiememories
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir*
1 cawan gula merah*
1 1/2 cwn air*
3 helai daun pandan*
(*di masak..)
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cwn air
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam
Cara-cara :
Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
*Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama
Lama tak makan kuih ni, dulu mak saya selalu buat, dia letak kicap nak bg hitam sikit kaler dia...
ReplyDeleteisk..kelapa ada je ni, tak tahu nak buat apa..hehe..alasan apakah yg membolehkan aku buat kuih ni? haha..tah hape2 kan..
ReplyDeletekaswi, peberet laki aku..hihi..meh tuko ngan penkek gebussss..:)
ReplyDeleteLetek kicap juga
ReplyDeleteladysirna dan mala..
ReplyDeletetu la.. memang letak jugak sikit kicap. takut nak letak banyak2..kang jadi kaswikicap. hehe.. tapi warne stil lite lite je
noorsha.
tak mau pancake..ko buatkan aku gulai lemak. lama tak makan gulai lemak. tetibe.. haha
assalamualaikum...
ReplyDeletekaswi nih tak jemu makan kan....manis die pun lite2 aje..
Kuih kaswi...memang teringin nak buat...asyik bertangguh je...fav hubby akak kuih ni...dia suka yang kenyal2 gitu...:)
ReplyDeleteCB..
ReplyDeletememang betul. suke manis yg lite2 lawan pulak dgn masin2 kelapa tu kan. mmg terbaik
kak cek..
kaswi ni kenyal2 la jugak. bila ada tepung ubi tu mmg suke la texture kuih tu
tak letak kelapa pun sedap juga, selalu buat gitu...
ReplyDeletesedapnya kaswi ni..
salam izah...peberet akak ngan anak2 ni...dh lama xbuat, ada lagi tak?hihihihi
ReplyDeleteAssalamualaikum adikku yg manis,
ReplyDeletetq sudi mencuba resepi kaswi ni..kuih ni mmng kegemaran akak...kalau buat, maunya 1/2 loyang akak yg kejekan....hehehe..akak selalu guna gula merah yg cap bintang, mmng gelap dan elok je..kalau di masak dan tapis takde sampah2..bersih je...
sedapnya tgk kaswi ni zah..lama tak mkn ni.bila la nk merajinkan diri buat ni yer..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteakak pun suka kaswi tapi tak pernah pun buat sendiri. Biasanya kalau balik kg memang ini anatar kuih wajib yang akan disediakan oleh adik. Hehehe bertuah badan.
keh kaswi Zah arini, tak per...Tapi kuihnya cantikkkk
ReplyDeletealahai sedapnya, tapi kalau buat pun bukan ada org makan, selalu pun beli je tapi kekadang tak puas hati
ReplyDeletesuka makan kaswi ni..lagi2 yg free..tolong makan kan utk ucu..hihihi..
ReplyDeleteHem...bak sikit!!!
ReplyDelete@Qhaifa Nur
ReplyDeleteada jugak kaswi yg tak de kelapa pun sedap kan.
@Liza
ReplyDeletesama la saya pun, kat sini semuanya suke. cume anak2 ikut suami saya, akan kurangkan kelapa. saya pulak lagi banyak kelapa lagi best!!
@Yatie
ReplyDeletesama la kak yatie. kalau ada kuih ni, boleh makan sampai tak makan nasi pun tak pa. layan kuih ni sampai perut naik sebu. haha,,
betul tu kak yatie. tapi stok gula merah ni tak de kat kedai runcit bawah ni. susah juga nakjumpa
@Nieza
ReplyDeletenieza.. jalan2 cuti2 lagi bestkan nieza. nak masuk dapur pun lemau lagi tu ye. ehhee
@Kak Sam
ReplyDeletehamboi kak sam. adik yg buat kan ye. saboo jela. mmg bertuah badannn.. hehe