Cerita balik kampung Kulim Last week. Bejalan ke pantai berhampiran. Kuala Muda yg dulu pernah dilanda tsunami. Subhanallah alangkah indahnya ciptaan Allah. Alhamdulillah Allahuakbar.
CSS
Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts
Thursday, December 31, 2015
Wednesday, June 13, 2012
Perkhabaran Disertai Kesyukuran...
Assalamualaikum..
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Hampir sebulan saya tidak meninggalkan sebarang post baru di Izah Muffin Lover. Dan dalam tempoh hampir sebulan ni banyak perkara- perkara diluar jangka terjadi dan menjadi misteri.. Haa yoolah tu. Misteri la seyyngaaatt. Hehe.. Apa khabar semuanya? Semuanya saya tahu sangat positif dan ceria dengan warna warna masakan baru dan gambar2 yang mantap. Pula bila disertai oleh blogger2 baru yang teruja melawat blog2 masakan dan menjadikan sesetengah blog masakan sumber inspirasi. Tak lupa blogger baru yang berkunjung ke sini, TERIMA KASIH.. saya akan menjenguk blog anda nanti. Tungguuuu :-)
Setiap perkhabaran disertai kesyukuran..
Seperti bersyukurnya saya dapat mengutip raja buah ini ^_____^
Seingat saya, saya dah tak ingat pernah tak saya melalui pengalamn mengutip buah durian di kebun. Rasanya tak de. Biasanya kebun durian kat kampung2 dulu *tu pun tumpang kebun orang* semuanya jenis berbukit daan tak brapa sesuai untuk anak dara sunti cam saya nak masuk. Ececceehhh.. Tapi pengalaman ni saya dapat setelah memasuki umur 28 tahun. Ngeee 28 khaaann kak Noorrr ^____^
Saya kongsikan dulu kesyukuran saya lalui di sebuah Kota di Rembau. Di rumah dan dilokasi kebun seorang teman dan sohabat baaik kakak kita tuuuu :-) Terima kasih sangat, sesungguhnya tiada perkataan yang setanding untuk diungkapkan terima kasih saya sekeluarga buat kakak sekeluarga. Yang pasti sepanjang pengalaman dan perjalanan doa2 terbaik kami pohon buat akak sekeluarga,.
Suke.. tengok buah durian. Tapi nak makan banyak2 sangat tak berani :-)
Permandangan biasa kalau pengeluaran mengatasi permintaan. Hehe..
Kami sampai ke Rembau dah petang. Dan ini adalah hasil kutipan sebelah pagi. Kata abang Tapa.
Dah nak masuk kebun durian ^___^. Tengok tu hasil yg Allah kurniakan
Kutipan di pokok pertama. Tinggaalkan dulu di situ. Nanti kalau bawak skali berat keretaa sorong :-) Sambung abg Tapa
Ini pula pekerja yang diupah oleh tuan kebun ^___^
.Hasilnya.....
Yang ni saaya tungu tunggu kan. Nikmatttttt!!!! Laksa utara kuah pekat! Hehehe.
Perkhabaran lain sesenyap nyer Blog IML ni, saya telah bersama2 sedang memajukan bisness online. Boleh nampak iklan di atas tu. Ada baju yang cantik2 dan menarik. Kawan2 FB ada yang dah tahu dan dah ada yang membeli, Terima kasih kerana sudi menyokong bisness baru usahasama saya ni. Bukan milik saya, cume saya membantu sedaya mahu :-)
Bagi kawan2 yang sudi melihat blouse muslimah dan pakaian kanak2 boleh la berkunjung ke
Antara yang ada di sini:
Akhirnya.. satu lagi perkhabaran saya akan reserve untuk entry seterusnya..
Sampai jumpa lagi semuaaaaa
SALAM SAYANG DARI SAYA..
^___^
Monday, January 2, 2012
IML 2 Tahun dan Salam di Tahun Baru
Assalamualaikum..
Izah Muffin Lover (IML) dah masuk tahun ke-2. Alhamdulillah.. walau tak banyak sangat resepi-resepi sendiri, tapi diharap resepi2 dikongsi dari blog IML memberi inspirasi dan idea, umumnya kepada pencari resepi yang sudi menjenguk2 IML dan khususnya buat geng masak2.
Terima kasih buat yang tak jemu2 bertandang ke IML dan meninggalkan komen, terutama komen yang membina, mengusik, menjemput, bertukar2 ilmu dan sebagainya. Terima kasih juga buat yang sudi follow blog ini walaupun setengahnya mempunyai motif yang tersendiri. Tetapi cukup berterima kasih sebab mereka sudi juga masuk ke sini. Terima kasih buat akak2, sifu2 yang slalu berkongsi idea dan ilham untuk IML terus berblog. Terima kasih juga buat nasihat2 dan semangat yang diberikan. Buat kawan-kawan 'sengal' yang berkongsi rasa.. terima kasih u olss.. Tak lupa buat silent reader dan reader yang tak berapa silent pun terima kasih.
Last sekali terima kasih buat yang teristimewa, yang sentiasa membuatkan saya ada perasaan dan mood untuk berblog. Op cozz la cik abang saya dan anak-anak saya yang tak jemu berhappy-happy dengan masakan saya. Opss ada lagi, terima kasih juga buat adikbradik saya yang sebahagiannya juga menjadi penyokong kuat IML.
Saya juga mengambil kesempatan sempena tahun ke-2 IML ni, untuk memohon maaf kepada semua blogger khususnya. Kerna saya tahu dihujung2 tahun 2011 ni, ada hati hati mereka yang saya kecilkan dalam sengaja atau tidak. Berharap tahun baru 2012 ini membawa lagi sinaran ukhuwah yang lebih ikhlas dan lebih memberi manfaat buat semua.
Selamat memasuki tahun 2012 dengan lebih segar dan semangat.
Salam sayang dari saya, Izah.
Labels:
Am
Friday, December 30, 2011
Terima Kasih Majalah Jelita..
Assalamualaikum..
Entry ini dibuat untuk ucapan ribuan terima kasih buat majalah JELITA January 2012, diruangan Sajian, yang sudi memberi peluang blogger masak2 seperti saya untuk berkongsi hasil masakan di ruangan tersebut. Terima kasih terutama buat Puan Norashikin, penyelaras ruangan tersebut. Dalam bulan 11 baru ni, saya dapat panggilan dari puan Shikin, yang mana p.shikin merujuk kepada blog saya dan mendapat contact number saya dari kenalan adik saya yang pada masa tu juga berkerja di karangkraft. Memohon untuk menyumbangkan gambar2 kek keju dan telah dilistkan 5 jenis kek yang terdapat dalam blog izahmuffinlover. Alhamdulillah, rupa2nya gambar2 tersebut telah menghiasi ruangan Sajian Jelita keluaran January 2012.
Entry ni juga dibuat khusus untuk mengkredit empunya resepi2 yang telah disiarkan di dalam ruangan Sajian Majalah JELITA keluaran January, yang mana saya hanya lah sekadar menyumbangkan gambar2 nya sahaja. Diberitahu bahawa ruangan Sajian memberi sedikit peluang kepada para blogger masak2 untuk berkongsi dan mempamerkan hasil masakan mereka.
Dimaklumkan juga kesemuanya bukan resepi2 dari izahdaut, tetapi perkongsian bersama blogger2 yang masyhur. Saya kreditkan sekali lagi resepi2 tersebut kepada tuan resepinya.
gambar ehsan dari fb p.shikin
Resepi KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL ni adalah resepi dari CHEF HANIELIZA. Alhamdulillah, kak liza pun tumpang gembira dan berbesar hati dan memberi kebenaran resepinya dimasukkan. Memang chef terbaik!! Terima kasih kak Liza.
link: IZAHDAUT
link: Chef HANIELIZA
gambar ehsan dari p.shikin
Resepi KEK KEJU PANDAN resepi dari ROS @ Jintanmanis.com yang dipost di myrespi. Dimaklumkan di situ oleh Ros resepi ni berasal dari satu website masakan Jepun (tiada link). Terima kasih Ros dan hanya Allah berhak membalas ilmu2 yang dikongsi oleh Ros. Dan diharap Ros dan Jintanmanis.com terus suksess dan melangkah lebih jauh. Untuk idea 'pandan' tu adalah idea dari kak Hana.
link: IZAHDAUT
link: ROS ONIGIRI@MYR
link: Ros@Jintanmanis
link: kak Hana
resepi BROWNIES BALDU MERAH adalah dari Kak Maz@ Ilham dapur yang sedang sibuk berkemas2 untuk kembali ke Malaysia. Semoga perkongsian akak di sini akan terus mendapat manfaat kepada semua. Terima kasih kak Maz. Dan kesedapan brownies ni saya dapat dari kak Anim. Terima kasih buat kak Anim yang mewar2 kan kesedapan brownies ni.
link: IZAHDAUT
link: KAK MAZ@ILHAM DAPUR
link: KAK ANYMZ
Resepi KEK KEJU RINGKAS pula adalah resepi dari HASUE @ I LOVE MY LIFE. Terima kasih Sue, i love u!! Semoga ilmu2 kek yang di curahkan Sue di blognya dapat memberi banyak manfaat kepada peminat2 kek. Banyak resepi2 kek yang sedap di blog Sue.
link: IZAHDAUT
link: HASUE
Resepi KEK KEJU SEGAR @BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE adalah asalnya juga resepi yang dikongsi oleh Ros. Akan tetapi idea meletakkan blueberry filling adalah dari Hasue di blog I LOVE MY LIFE. Terima kasih kalian.
Link: IZAHDAUT
link: ROS@JINTANMANIS
link: HASUE
Semoga entry ini tidak disalahsangka oleh sesetngah pihak, dan jika ada saya dahulukan dengan ampun dan maaf. Dan entry ini juga satu penghargaan besar buat blog izahdaut@izahmuffinlover. Terima kasih buat suami tercinta yang memberi ilham, menjadi sumber inspirasi dan memberi teguran serta nasihat untuk terus berblogging. Terima kasih juga buat kakak kakak blogger yang banyak memberi nasihat dan semangat dan kawan2 'sengal' yang juga turut berkongsi rasa dan kesusahan. Juga terutama buat mereka blogger2 masak2 semua yang sentiasa membekalkan resepi2 fresh dari ladang dan menyuntik virus2 yang selalu menular sesama geng masak2.
Penutup dan pembukaan tahun baru yang manis dan pahit buat saya kali ini. Peace no war!!
Labels:
Am
Sunday, August 21, 2011
TERIMA KASIH semuaaaa...
Assalamualaikumm..
Hari ni tanggal 21.8.2011, bertambah +1 lagi umur saya. Pada 31 tahun yang lepas, lahirlah seorang baby perempuan yang berkulit coklat sawo matang, di sebuah rumah pusaka, di sebuah kampung bernama Kampung Berchang, Kuala Lipis Pahang. Itulah saya..
Yee.. umur saya dah 31 tahun ni. Ada ke yang tersedak tersilap panggil saya kakak, atau tersilap memanggil nama sahaja tanpa di'kakak' kan? Hehe... biasa lah tu lumrah la kita berblogging ni. Bukannya sama kelas tingkatan atau pun darjah kan. Saya pun mohon maaf jugak sekiranya dah tersalah panggil kakak atau nama aje. Nanti note kat komen ye... Tapi pada NOORSHA DHIRA dan ANNA QAWINA, wlaaupun kita lain umur, aku da tak reti nak tukar gaya bahasa dah ngan korang. Hehehe...
Biasanya saya tak buat entry pun sempena birthday saya. Terasa segan, bukan segan sebab umur bertambah, tapi segan tak de alasan. Segan jee.. tapi dek kerna berterima kasih saya dengan wish yang saya dapat di FB dan di blog ni oleh kawan2..saya terpanggil untuk buat entry ni.
Terima kasihhh sesangat kepada teman2 yang wish birthday saya. Tahun ni terasa amat bermakna dan terasa ramai kawan2 disekeliling. Yang pertama wish ialah NOORSHA, awal 2 hari ye Sha, dan saya pun berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya, Darwish.. Happy birthday Aisy.. semoga membesar dengan sihat dan cergas! Kepada teman2 yang lain.. terima kasih atas ucapan dan ingatan dan yang pentign sekali doa2 kalian. Semoga doa2 kalian, yang ada gak kelako2 tu..siap acuan bagai keluar tu..saya amin kan dan semga Allah makbulkan.
Terima kasih buat UCU FARIDAH yang buat entry wish birthday saya, TQ sangat. Terharu saya. Tak pernah terasa diingati dan dihargai begini.
Kemudian buat suami, yang mendoakan saya sempena hari lahir saya kali ni tq dear. Walaupun lewat, tapi sangat bermakna... Sebenarnya tiap kali birthday saya, suka je saya nak tunggu si suami ni akan ingat ke tidak. Biasanya dia ada reminder ingatkan, tapi mcm tak syok je, pulak2 klau reminder tu berbunyi depan kita. Tapi kali ni henphone en suami problem , jadi tak de reminder, saya sukeee. Saja la kan, nak tengok.. Walaupun lewat wish, tapi yang penting sentiasa doa mendoakan dan keikhlasannya tu.
Dan akhirnya...semoga bertambah lagi umur ni, semoga saya dapat menambahkan keimanan, menambahkan kematangan dalam kehidupan dan semoga orang2 terlibat dengan saya dapat menyerap kebaikan dari saya kepada mereka dan saya mendapatt kebaikan juga dari mereka. InsyaAllah.
TERIMA KASIH CARD DAN UCAPAN DARI SEMUA.
Dari UCU BAKERY
Dari Queens linda kulinary kitchen (fb)
Dari kak Nor
dari mas
dari kak Naz yang nakaall
dari kak Shiela
dari LOVE!!
Terima kasih semuanyaaaaa...
Ini pula dari ayu dalam entry wishnya buat saya. Terharu sangat.tq ayuuu.
Labels:
Am
Thursday, August 11, 2011
Bukan Projek Mengukis punnn...
Assalamualaikum..
Ada yang rindu saya tak?
Eheeeee..
Rindu pada yang kasih.. kasih kerr?
Ke.... aderrr aku kesahhh...
Alhamdulillah kalau masih ada yang kesah kan aiii..
tuu.. kak kak dara terdiva tu.. hehhee
Sebab penglipur lara pun penglipur lara la..janji ada yang sayang..
Apa la yang dimerapukan ni..
Tak de pe sebenarnya..
tuan blog senyap tanpa entry sehari dua ni..
mula timbul spekulasi tuan blog sibuk mengukis
belum sibuk lagi..
cume tuan blog senyap sekejap sebab internet dirasuk masalah
tuan blog pun dirasuk..errr.. tak dirasuk apa2
cume..
lebih kurang gini lah gayanya..
ngeeee..
Labels:
Am
Tuesday, July 26, 2011
Tahniah Secubitgaramnor67.com
Assalamualaikum..
Pertamanya..maaf belum sempat nak update menu malah nak menjenguk blog kawan2 pun belum sempat. Juga membalas komen2 dan pertanyaan kemuskilan teman2 pun belum sempat jugak. Hamboii apa la yang dibusykan sangat tuan rumah ni ye. Uishh tak de nyer projek beso. Kerja2 yang biasa je.
Tujuan entry ni nak bagi tahniah kat kak Anon kita yang dah berubah semula kepada kak Nor. Haaha.. Tension kak nor telah bertukar manissss jugeee. Ambik la ucapan kad saya yang tak seberapa ni. Sebab dah godek2 lama dah kad ni, terus je la post kan. Tak cantik tapi ikhlas dari saya dan izahmuffinlover.
TAHNIAH SECUBITGARAMNOR67.COM SEBAB DAH TUKO JADI BANGLO. RAMAI YANG NAK TUMPANG CHECK IN UMAH AKAK YE. HAHA... SAYA DOAKAN SEMOGA SECUBITGARAM TERUS MAJU , TERUS MENAMPILKAN MENU2 MENAWAN DAN MENYELERAKAN.
FROM:
IZAHDAUT
*kena check semula spelling nama takut tertukar nama kak nor ke kak nim, sebab tengah bersms ngan kak nim yang akan dikunjungi teman blogger dari japan. Fuhh kak anim.. suspennn ye.. hehehe
Labels:
Am
Sunday, July 17, 2011
Aumm Cak!!
AUMMM....
CAKKKK...
Assalamualaikum semuaaaa......
Hehehe..
Sebelum tu, terima kasih buat model di atas.
Anak sedara aka Aliff Abqori.
Yeee... dah boleh update bermakna pc saya dah kebah dari demam.
Dah sihat..insyaAllah boleh la mengupdate lagi.
ari ni tak sempat nak ngedit gambo menu.
Jadi esok jela kite bersiaran dengan masak masak ni ye.
Tuan blog nak gi kenduri kat Sepang nuha.
Akikah anak sedara baru yang paling baru setakat ini.
Apa pun, terima kasih semua atas doa doa n komen2 supaya pc saya cepat sembuh tu. Hehehee..
Daaaa
Labels:
Am
Monday, April 11, 2011
PENGUMUMAN...Mari dekat..Mari dekat..
Bagi siapa yang belum mendapatkan e-book percuma RESEPI ROTI JINTANMANIS.COM dan TIPS MEMBUAT ROTI oleh ROSMARLINA ABD GHANI sila dapatkan DI SINI.
Sila muat turun seperti arahan yang disediakan.
Rugi tak ambik ilmu dari Ros ni. Dia memang pakar dan mahir bab meroti dan banyak juga resepi rotinya di majalah-majalah. Apatah lagi resepi nya yang sekiankali dicuba oleh blog masak-masak.
Ros pesan, untuk muatturun e-book ni anda punya 10 HARI LAGI je. Sebab lepas ni dah tak boleh. Dah tamat tempoh ye. Sebab tak leh lama letak kat server. Jadi untuk menambah ilmu di dada, jangan lupa berkunjung ke jintanmanis.com ye.
Daaaa.....
pss.. terima kasih Ros untuk e-book nya!!!
Labels:
Am
Saturday, April 9, 2011
Quick Pizza Dough dan psss nak gossip..
Assalamualaikum...
Amboii amboi.. pagi lagi nak gosip. Ye la, ari ni sabtu, tak ramai nak BW atau singgah blog ni pun, boleh la crite crite menda luar linkungan sikit. Eh ada kaitan ke? Tak de la nak gosip pun, cume nak share sikit pengalaman diri sendiri dengan karenah manusia. Semua perangai manusia yang buat saya speechless..cume tegumam dan tercengang..
Nak crite dulu ke nak tunjuk pizza dulu? Tak pe, sambil makan sambil berborak ye. Bajet2 menyembang kat kedai kopi yang ada jual pizza lah ye. hehe. Aaa jemput jemput..
Tu diaa.. quick pizza..simple and elegant. Muekeke. Tak yah tunggu doh kembang. Bukan apa, ase bangun pagi je pening nk masak apa tuk budak berdua neh. Sarapan untuk hubby tak pening mana sebab senang je sarapan kat kedai kopi je, ala cam tak biasa. * buat-buat bangun lambat, pastu buat reason tak sempat masak lak. Weii mana ada.. hubby kuar rumah kul 7 suku. Kadang2 sempat kadang2 tak sempat, lumrah la tu..
Berbalik pada doh pizza ni, senangnya..saya godek dengan senduk je tak uli uli pun. Lembut sampai tengahari. Ye saya dah 2 kali buat pizza ni. Bebudak suke makan sampai kan roti tu pun habis diorang makan. Biasa kalau makan pizza roti tu kengkadang diorang tak makan cume kutip isi je. Isi pizza saya ni bodo bodo je. Asal diorang suke sudahhh..
Berbalik pada gosip yang tak gosip tu. Sebenarnya, perangai manusia ni sangat tak dijangka. Jika hati kite bersih insyaAllah perkara berlaku disekeliling kite, cepat2 menginsafkan dan menjadikan kita beristighfar. Dunia ni pentas kehidupan yang sangat sebentar. Ada orang yang hatinya mati akan memjadikan prinsip hidup sebentar ni la masanya nak merasa semua nikmat dunia yang palsu ni. Bagi hati yang hidup dengan cahaya, insyaAllah sebaliknya.
Panjang benor muqadimahnya ye... hikhik. Sebenarnya saya pun pernah terbabas dengan prinsip hidup didunia atau pun kata lain tiada prinsip tetap. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan jodoh yang mengcloroxkan pemikiran saya sehingga bertukar 360 darjah. Susah saya nak terangkan di sini sebab saya bukan bijak bermain kata-kata. Tapi alhamdulillah..kesabaran dan kesyukuran dan kesederhanaan sangat penting. Ikhlas dan redha atas ketentuan Allah..walau apa yang mendatang...kuatkan Iman. Tetibe feeling drama NUR KASIH. ngahahaa...
Cerita pasal perangai manusia pulak ye. Sebelum tu kan, pada hemat saya,orang yang bergaul dengan ramai orang akan didatangkan dengan ujian yang bermacam2 pasal perangai orang. Betul tak?
Contoh, saya ada sorang kawan masa belajar kat Uia dulu. Kawan saya ni saya namakan sebagai T. T ni ada ramai kawan samada di uni atau di luar. Tapi kan dia suka berkenalan dengan kawan maya melalui chatting. Bukan berkenal di maya saja, tapi dia suke pulak berjumpa mata bertemu mata. Macam2 cerita pengalaman dia berjumpa dengan kawan maya ni. Buat kami yang mendengarnya tertawa dan juga beristighfar panjang. Yang dijumpa tu mesti lah lelaki kan, bahaya tu. Ada sekali tu blind date dia dengan seorang lelaki yang dah lama dia chat. Bila jumpa dari jauh nampak gemuk yang teramat, sampai T buat2 tak kenal dan kata tak dapat jumpa sebab sakit perut. Aishh mcm mcm. Tapi ada juga T diduga bila kawan chat ada masalah kononnya nak tumpangkan adik perempuannya di asrama T. sedangkan esoknya T bangun dengan wallet dan barang berharga hilang dibawa lari oleh 'adik' tersebut. Itulah risikonya. Dan banyaakk la lagii. Tapi bagi saya bila dikelilingi ramai orang yang ada contact, maka banyak juga masalah yang datang. Slalu juga saya pesan, jangan cari masalah.. berkawan dengan org buat minyak wangi, kita pun dapat wanginya..berkawan dengan org buat arang kita dapat itamnya..berkawan dengan org pandai masak, kita dapat makan keknya..ececehh..
Punya panjang pot pet baru nak masuk drama sketsa pendek lak.
Drama Pertama:
Saya pernah mendapat call dari seorang wanita. Masa tu saya ada side number untuk hal tertentu. Memula saya terima sms seorang ibu yang merayu anak perempuannya supaya pulang ke rumah. Jangka saya sms sesat seorang ibu yang hilang anak mungkin. Tak la saya hiraukan.
Kemudian saya dapat call dan angkat. Tanpa salam satu suara wanita bertanya saya siapa dan dimana. Pelik.
masa dia call tu bebudak berdua ni tengah gaduh. Pening kepala. Jadi masa dia call tu layan tak layan jugak la saya kat dia. Jadi nyer saya balas balik cik puan ni nak cakap dengan sapa. Dia kata nak cakap dengan anak dia. Saya balas balik cik ni salah number, harap maaf. Dan dan pulak dia kata awak amik number ni kat mana, curi ke, dengan nada yang tak sedap nak didengar. Saya bagitau ler, saya beli kat kedai la. Tetibe..
"eh perempuan sundal..mana anak aku ha?"
erkkk....
*nampak..nampak... apa pikir kamu?
Drama kedua:
Satu pagi yang tak berapa pagi dan ceria. Kami turun nak keluar berjalan jalan. Masa tu time orang tengah busy buat rumah terbuka sempena hari raya, sana sini semuanya cantik berkerudung dan berbaju kurung. Baru kami keluar lif, ada satu kereta berhenti parking depan lif, sorang perempaun berbaju kurung keluar dari kereta dan seakan2 beriring dengan kami yang sedang menuju ke parking. Laju je dia jalan nampak cam tau kemana arah tuju.Tapi saya terus ke pondok buang sampah dan hubby ngan anak2 ke parking yang tak jauh dari situ. Perempuan yang nampak sopan tu terus berjalan ke parking berdekatan dan lalu dekat dengan sebiji kereta sambil tangan kanan pegang henpon mcm mendail dan kepala seakan2 mencari kawan dan tangan kiri memegang kunci kereta dan...
"srrrrrttttttttttttttttttttttttttttttt...."
Apa dia tu? Tangan kiri dia ke bawah je, sambil jalan sambil dia calarkan satu kereta ni dengan kunci dia. Nampak..nampak.. Reality wok. Hubby saya melopong, saya lak tercengang!
Drama ketiga:
Satu petang hubby saya ke Low Yat Plaza nak cari barang komputer. Saya tak ikut. Tak minat lelama kat situ. Tapi yang ini bukan pengalaman saya, tapi pengalaman hubby. Hubby kata nak tersuke pun ada. Situasi di parking kereta. Saya tak ingat macamana situasi sebenar dan tak berapa ingat ceritanya. Cuma dapat saya bagitau disini, ada berlaku pergaduhan rentetan minor eksiden yang disaksikan oleh beberapa orang yang lalu lalang.
Maka ada seorang saksi, dia ni cuma saksi bukan pihak yang terlibat pun, masuk campur. Dengan ayat yang lebih kurang macam ni..
"awak jangan tipu tau.. saya ni kerja dekat kementerian per*** dan pangkat ***. Awak tak tahu saya, saya ni kerja dekat kementerian per***." dan mengulang ulangnya beberapa kali. Yang mana hubby kata tak de kaitan pun dengan situasi tersebut.
nampak, nampak tak? Tiba tiba bangga dengan jawatan dan pangkat ditempat yang tak sepatutnya. Hahaa..
waaahhhhhhhh.. panjangnya... letih aahh. Ada lagi nak cerita. Nanti2 lah ye. Malas lak nak masuk resepi pizza. Nanti-nanti lah. Babaii..
Labels:
Am
Thursday, April 7, 2011
Berhati-hati dengan TELUR AYAM TIRUAN!!
Assalamualaikum..
Macam tak terjangkau dek akal bila telur tiruan dah dijual dengan selambanya di Malaysia. Jadi berhati-hati ye.
Saya copy dari blog kak Shidah.
Source: the star
GEORGE TOWN: A woman who bought a tray of eggs in Pulau Tikus had a shock when she found them to be “fake eggs”.
Consumers Association of Penang president S.M. Mohamed Idris said the housewife had brought the eggs to his office after finding something fishy when she tried to cook them.
“She told us that the eggs did not smell like real eggs and were tasteless. It was also of unusual shapes and larger than real eggs.
“The fake egg also had a rougher surface than the genuine one.
“When cracked, there was no sign of chalaza, the structure inside the egg that keeps the yolk in place.
“The fake egg white and yolk quickly mixed together, unlike that of real eggs,” Idris said.
He said after boiling the egg and cutting it open, the egg yolk appeared to be more “yellowish” than that of a normal egg.
Idris said an e-mail widely circulated among the public in Penang had claimed that fake eggs which were common in China, were full of chemicals and sold at lower prices.
Idris also said it would be very hard to tell the difference between fake eggs and genuine ones as both looked almost identical.
“Try to look out for the weird shapes,” he said, adding that his staff members had bought more eggs from the shop frequented by the woman and found them to be “fake”.
A tray of 30 real eggs costs around RM10.50. The fake eggs cost RM11.
Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism enforcement chief M. Guna Selan said his office had not received any such complaint.
Tambahan yang saya jumpa macamana ornag negara tersebut buat TELUR TIRUAN ni. Of course menggunakan bahan kimia!!
Beware u guys and gals!
During a recent raid on a wholesale centre in Guangzhou city, the capital of China 's Guangdong province, a large quantity of fake eggs was seized.
Their wholesale price is 0.15 yuan (S$0.03) each - half the price of a real egg.
Consumers have a hard time telling a genuine egg from a fake one. This is good news for unscrupulous entrepreneurs, who are even conducting three-day courses in the production of artificial eggs for less than S$150. A reporter with Hong Kong-based Chinese magazine East Week enrolled in one such course.
To create egg white, the instructor - a woman in her 20s - used assorted ingredients such as gelatin, an unknown powder, benzoic acid, coagulating material and even alum, which is normally used for industrial processes.
For egg yolk, some lemon-yellow colouring powder is mixed to a liquid and the concoction stirred. The liquid is then poured into a round-shaped plastic mould and mixed with so-called 'magic water', which contains calcium chloride.
This gives the 'yolk' a thin outer membrane, firming it up. The egg is then shaped with a mould. The shell is not forgotten. Paraffin wax and an unidentified white liquid are poured onto the fake egg, which is then left to dry.
The artificial egg can be fried sunny-side up or steamed. Although bubbles appear on the white of the egg, those who have tasted it say the fake stuff tastes very much like the real thing.
But experts warn of the danger of eating fake eggs. Not only do they not contain any nutrients, a Hong Kong Chinese University professor warned that long-term consumption of alum could cause dementia
To make the egg white, various ingredients, including a powder and alum, are mixed together.
The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.
Hardy shells are formed by pouring paraffin wax and a liquid onto the egg, which are then left to dry.
*tambah perlu berhati hati sebab sukar membezakan yang mana fake dan mana real one.
Labels:
Am
Subscribe to:
Posts (Atom)
































