Assalamualaikum.. Buat donut Berlin ni untuk sarapan. Motif? Kenapa nak berahsia... haha.. mana ada motif, tak de sapa sapa nak ke Berlin, tapi...lagi jauh..lagi lama.. atau sekadar ilusi..atau halusinasi.. kikiki... Jangan ada orang cakap haku tak betul sudah.
Kak Hana mekasih untuk resepi donut Berlin versi Ampang ni. Maaf la gincu tu sememeh sikit, kerja asyik nak cepat je. Tu warna hijau tu, kalau sapa tengok jangan muntah hijau pulak, tu lebih buttercream, picit buat cream tu, Bais suka yang tu je. Yang lain dia tak pandang. Jamu mata semua ye...daaaaa...

DONUT BERLIN @ BERLINER
sumber: Kak Hana dari buku resepi kak Hana
Bahan-bahan
500g tepung roti - tpg gandum pong boleh-saya guna tepung roti
20g yis kering
295ml susu segar suam
50g gula
6g garam
25g butter
25g shortening
50g kuning telur
1/2 sk parutan kulit lemon
esen vanila - tk ltk sbb dh ade lemon
Filling - ikut suka
Cara-cara:
Campurkan yis dan juga susu segar suam. Ketepikan. Biarkan yis kembang lebih kurang 40min.
Gaul tepung, gula, garam seperti breadcrumbs. Masukkan butter dan juga shortening. Gaul lagi.
Lobangkan bahagian tengah doh.. Kocok2kan kuning telur dan tuang ke dalam tepung. Kacau rata. Tuang campuran susu dan juga yis yg dh kembang td sedikit demi sedikit. Uli.
Masukkan pula esen vanila dan juga parutan lemon. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dan tekan menu Dough. On kan tunggu sehingga siap.
Tutup doh tadi dengan kain lembab atau cyling film, perap hingga naik dua kali ganda. Doh nih mudah naik, so tak amik masa lama sgt.
Tumbuk2kan doh. Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 40g setiap satu.
Naikkan doh skali lagik. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. dan sejukkan.
Sadurkan donut ke dalam gula halus dan tekan sket agar donut leper sedikit.
Inject@paipkan filling ke dalam donut.
Siap utk dihidang.
Assalamuaaikum.. Dah lunch ke? Hari ni memang tak de mood la, nak masak pun malas bebenor, tapi bagai kata kak Hana Jepun tu la, perut nak kena isi..pulak pulak perut anak anak tu ha. Entah la napa, sehari dua ni bebudak tu tak mo makan nasi pulak. Suapan pertama je ok, suapan seterusnya nak kena berkejor dengan deme sebab tak mo dekat n buka mulut. Aisshhh.. menduga betul la selera bebudak ni. Hari ni saya try buat macaroni yang macam ni. Aikk suka la pulak rupenya bebudak ni makan. Bagus.... idak le menambahkan mood ai yang tak berapa nak baik ni.. Psss kak Hana, bukan mood sebab hormon bulanan tu..tapiiiiiiii.... hmmmmmmm...
Ni resepi pada sapa yang nak cube, untuk bebudak direkemen kan sesangat.

Macaroni Berkrim
Sumber: Adaptasi dari Buku Resepi Pasta Cap Tauke
Bahan-bahan: ( beratnya saya agak2 je masa buat-ini sebagai rujukan je)
100gm macaroni
100gm isi ayam/udang
50gm kacang buncis
50gm bawang besar
30gm isi jagung (ayaaakkk..lupa lak nak letak)
1 sudu makan serbuk keju
A-3-4 sudu makan mentega (saya letak minyak sapi)
B-1/2 cawan sos krim*
C-sikit garam dan serbuk lada hitam/ lada sulah
*SOS Krim:
1 biji bawang besar cincang
1 keping daun bay
1 ulas bawang putih cincang
1 1/2 cawan susu segar
3 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
sikit garam
sikit lada putih
Untuk sos krim caranya: masakan susu segar bersama bawang besar, bawang putih dan daun bay bersama selama 10 minit, ketepikan. Kemudian panaskan kuali dan masukkan mentega, gorengkan tepung sekejap dan masukkan adunan susu yng dimasak tadi. Perasakan dengan garam dan lada putih. Kacau hingga sos pekat.
Untuk macaroni berkrim caranya: Rebuskan macaroni dan ketepikan. Potong kacang menyerong, potong isi ayam kiub, cincang bawang dan ketepikan. Panaskan A dan tumis bawang hingga naik bau, masukkan ayam dan sayur. Tumis hingga ayam masak dan masukkan macaroni tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan B dan kacau sebati kemudian perasakan dengan C. Tabur dengan serbuk keju dan siap dihidang.
Assalamualaikum.. selamat pagi. Menu makan malam semalam. First time buat ikan pari yang digoreng macam ni. Ha ah memang sedap la, sebab ikan ni lembut je dan rasa bebahan yang digoreng sama tu. Boleh buat lagi nanti. Tapikan lada hijau den udah tak cukup, yang ada lada merah je jadinya macam derhaka banyak la kat resepi ni. Tapi waah sedap tau. Memula nampak kat rumah kak Nor dan asal rumah kak Ayu Sg. Terima kasih akak berdua, memang sedap dan manis bila ikan pari masak cenggini. Mintak izin tepek resepi sini lak.

IKAN PARI MASAK HIJAU
Source: Kak Nor dan Kak Ayu
(resipi ambil kat dapur Ayu)
Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)-ni saya ikut kak Nor

Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel
Assalamualaikum.. Oyea oyea.. dapat award lagik.. Award datang dari KAK MYSDEAR yang suke ber experiment di dapur. Cuba lah pi jenguk kat dapur comel yang ada telur sebijik tu, boleh tengok menu menu yang diexperimen kan.. Terima kasih kak, semoga ilmu yang kita kongsikan bersama dipanjangkan dan moga ukhuwah kita erat terjalin di dunia cyber masak masak ni.
Assalamualaikum.. Hari ni sejuk dan mendung je. Tapi tetiba nak minum menda sejuk lepas tengok umah kak Hana tadi, dan nak masam masam. So saya pun buat smoothie ni, mm layan gak time hujung minggu yang boring dan malas ini. Boring la bila en somi tak de nih. Pwwwweeuuhh.. slruuppp sllurrpp.. naik juling mata.

Apple Yogurt Smoothie
Source: cdkitchen.com
Bahan:
2 cups lowfat vanilla yogurt (saya guna 1 cup yogurt tu je bukan cup 250ml tu)
1 Granny Smith apple -- cored, peeled and sliced
1/2 cup orange juice
1/2 cup ice
2 tablespoons honey
1/2 teaspoon honey -- for garnish, optional

Directions:
Mix all ingredients in a blender or food processor until smooth and pour into tall glasses. Garnish with 1/2 teaspoon of honey, if desired
PER SERVING: 330 cal, 13 g protein, 66 g carbohydrates, 1 g fiber, 3 g fat (2 g sat fat), 8% calories from fat, 10 mg cholesterol, 160 mg sodium
Assalamualaikum..selamat berhujung minggu ye. Dan bersama doakan ROs Onigiri selamat dan sihat menempuh 2 minggu di ICU kerana tumpah darah. Semalam dah nak buat entry rendang ni. Rendang dah habis baru nak masuk resepi. Bukan apa, semalam agak kelam kabut sebab tetiba pulak hubby ajak juga ke Bangi jumpa doktor pakar di hospital Annur pasal alergy kulit si abang Bais ni. Dan sama juga, doktor kata alergy dan perlu lebih pemantauan. Memang selalu kena stanby ubat katanya. Tak perlu tahap untuk uji darah bagai. Tunggu dan pantau.

Untuk resepi rendang ni, saya copy dari rumah kak Yatie, sebenarnya basic rendang ni memang mcm ni la, saja nak ikut resepi plak kali ni. Kak Yatie, terima kasih daun keladi.

Rendang Daging Limau Purut
Source: Kak Yatie USA
Bahan-Bahan
*1 kg daging ( dihiris kecil dan nipis)
*1 paket kecil rempah kari daging (+- 4 sb.)
*1/4 cawan cili kisar
*4 cawan santan (sedikit pekat)
*1/3 cawan kerisik
*1 keping gula kabung/gula melaka (anggaran 1/3 cawan bila dihancurkan)
*2 keping asam gelugor
*garam secukup rasa
*7 helai daun limau purut
*5 sudu besar minyak masak
Bahan Kisar Basah
*12 ulas bawang merah - dikisar
*4 ulas bawang putih - dikisar
*2 inci halia - dikisar
*2 inci lengkuas - dikisar
*2 inci kunyit hidup - dikisar
*3 batang serai - dikisar
Bahan Tumis
*1 batang kulit kayu manis
*2 kuntum bunga lawang
*3 kuntum bunga cengkih
*4 biji buah pelaga
*2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai dan Dikisar Kering
*1 batang kecil kulit kayu manis (x perlu sangai, kisar je)
*3 sudu besar biji ketumbar
*2 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
Basuh daging dan toskan. Gaulkan daging dengan rempah kari dan perap sebentar (lebihkurang 20 - 30 minit)
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis sebentar hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar basah dan cili kering kisar dan kacau sebentar.
Masukkan bahan kisar kering dan juga daging yang diperap tadi. Kacau rata sebentar. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
Masukkan pula gula kabung dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging mesra.
Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek, limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit (ikut suka kalau nak kering sedikit). Kacau rata-rata. (bila kerisek sudah dimasukkan, masakan akan mudah hangus, elok dikacau selalu).
Seimbangkan rasa dan tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.

Assalamualaikum... mekasih kak Ana dapat award ni. Eh ramai gak bagi award dan tag sebelum ni tapi suka tangguh sampai lupa pulak nak ambik.Ishhh jangan marah tau kalau saya tak amik, bukan ai tak sporting tapi keadaan masa yang tak berapa nak mengizinkan mengadap lappy lama lama. Mekasih yang sudi bagi award dan yang ini mekasih kepada ANA MATAHARI.
Jawapan untuk tag:
1. Adakah anda rasa HAPPY sekarang?
Huuhuhu..jawapan tak ikhlas..happy la jugak.
2. Kenapa anda rasa HAPPY?
Baru buat kuih bakar kentang dan sangat sedap
3. Apakah yang boleh membuatkan anda HAPPY??
Bila fmily gather dan sangat suka makan apa yang saya masak
4. Nyatakan warna yang anda suka
Ijau, kadang2 purple, kadang warna warna natural
5. Beritahu 9 org yang anda mahu TAG
Boleh skip dulu tak..macam tak sempat nih..nanti2 ye..
Assalamualaikum.. Sarapan apa hari ni? Ke masih berpuasa sunat, selamat berpuasa la ye. Pagi ni kami sarapan nasi lemak sapi. Skodeng lagi rumah kak Yatie semalam before tidur, dah standby resepi nak buat nasi lemak ni. Sedap la skali skali bertukar nasi lemak biasa tu dengan yang ini, ada kelainannya. Makan nasi lemak ni dengan rendang daging limau purut. Tu yang bertenggek tu rendang daging la tu. Saya letak resepi nasi lemak ni dulu, untuk rendang kejap kejap lagi lah, nak melayan karenah anakanda anakanda ku ini dulu. Kak Yatie thank, saya tepek resepi sini dulu ye.

Nasi Lemak Sapi
Source: Kak Ummi
Copy: Kak Yatie USA
Bahan-Bahan:-
3 cawan beras basmathi (saya guna beras wangi siam je)
3 1/2 cawan santan
3 sudu besar minyak sapi Ghee
2 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - kisar (saya hiris2 je..)
2 cm halia - kisar (saya hiris2 je..)
3 helai daun pandan
garam

Cara Memasak:-
Basuh beras dan toskan. (saya basuh dan rendam dlm 20 minit)
Masukkan santan, garam dan daun pandan ke dlm rice cooker.
Sementara itu, panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Bila nasi mendidih, masukkan bahan tumis, kacau rata. Biarkan nasi masak seperti biasa.
Bila nasi dah masak, bolehlah di gemburkan guna chopstick dan bolehlah di hidangkan.
Antara 9 jenis anak syaitan: Walahaan: Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat serta menjejaskan ibadah kita yang lain.
Assalamualaikum.. Fuh dasat rupanya demam chiffon ni. Ramai yang tak kebah kebah lagi nampaknya. Saya pulak dah berjangkit gara gara tak tahan nengoknya kat rumah kengkawan. Tadi lelagi lah terpanggil nak buat bila tengok kat umah kak Ayu Sg. Sedang nunggu kek saya tengah masak dengan penuh debaran tu, ternampak lak demam chiffon kat rumah Ika. Walawehh chiffon durian tu..giler mesti sedap tuh.

Alhamdulillah..rasa rasanya jadi lah ni kot. Rasa macam chiffon beli kat kedai bakery tu. Hahaha..jangan plak kata saya pi beli pastu tangkap gambo plak nih kak Hana ek. Biasa kat bakery yang dok ada pandan ngan orange chiffon je. Cekelat tak de lagi. Saya nampak resepi ni memula kat CMG, memang nak buat, tapi dah kak Hana cube dan menjadi, jadi saya pun tak teragak untuk mencube. Yehaaaaaaaaaaaa...jadi jugak walaupun agak huduh skit kan...kak Hana n CMG, terima kasih daun keladi.

RESEPI KEK CHIFFON COKLAT
Source: CMG
Copy: Kak Hana
Bahan A
4 kuning telur (gred A)
135 ml air
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum - hana gune tpg SRF
15 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder
Bahan B
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar
Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang.
Okeh amik sorang satu.. Makan tau, jangan dipicit picit pulak!! Haiss bebudak nih
Antara 9 jenis anak syaitan: Zalituun
-Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang rasa jimat dan cermat. Kerjanya menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barangan yang tidak perlu.
Assalamualaikum..slamat pagi Rabu. Muffin pisang ni tengok hari tu kat rumah kak Hana. Kak Hana amik resepi dari buku muffin pemberian Dettha sup jagung manis. Rasa muffin ni memang sedap sebab rasa lemak harum pisang digigit bersama cheese. Kata pun cheese, memang la sedap. Texturenya yang agak padat dan berat tetapi seimbang dengan kelembutannya. Petua yang saya dapat dari pengalaman dan sifu sifu, kalau muffin pisang ni kita lebihkan pisang akan bertambah moist muffin tu. So kalau nak lagi moist boleh tambahkan sedikit penggunaan pisangnya. Mekasih kak Hana,guna shredded cheese tu pun sedap n sonang kroje.

Muffin Pisang Berkeju
versi kak Hana ada crumble..tu versi derhaka hihi
source: kak Hana dari muffin book
Bahan-bahan
250g tepung gandum
100g gula custor
50g gula perang
1/2 sk soda bikarbonat
11/2 sk baking powder
1/4 sk garam
75g keju cheddar - cincang kasar
300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
2 biji telur
100g mentega - cairkan
1/2 sk esen vanila
Untuk Crumb(versi kak Hana)
50g gula perang
50g tepung gandum - ayak
50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara
Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
Hidangkan hangat dengan secawan kopi.
Antara isi khutbah akhir Rasulullah SAW: "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."
Assalamualaikum.. Menu apa minum petang hari ni agaknya? Ye memang betul agak comot kuih lapis pelangi ni. Saya tengah skodeng blog kak Yatie, tak perasan plak si abang Bais pun skodeng sama kat belakang bahu ummi. Apa lagi mengamuk nak jugak kuih lapis kak Yatie tu. Haru betul..Kena jugak la ummi dia melapis hari ni.

Masa membancuh tu memang suspen betul sebab bancuhannya memang cair sungguh. Dalam hati rasa cam tak jadi je, rupanya memang macam tu. Bancuhannya memang cair. Lapis ni memang lembut yang amat dan Bais makan setengah loyang. Suke sangat die kuih ni. Kak Yatie terima kasih sudi share resepi yang lemah lembut ni. Hehehe..nanti nak buat lagi. Betul kuih ni memang kena banyak sabar. Ummi nye sabar je, yang tak sabar anak-anaknye tu..kekeke. Saya buat separuh adunan je.

Kuih Lapis Pelangi
Source: Kak Yatie USA
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning
-saya letak sikit rose essence
Cara Penyediaan:
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
Antara isi khutbah terakhir Rasulullah SAW:
4."Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."
Assalamualaikum..kome brekfes apa pagi tadi? Roti puri ni pun sangat sesuai untuk sarapan. Saya buat sebab anak2 memang suka makan, terutama muaz alawi si adik tu. Dia bleh makan 2 keping dan kemudiannya tidur dengan lena. Hehehee.. Untuk saya pulak, saya cicah ngan sambal sardin. MMMmmmmm memang la sedapkan. Cuma kalau next time saya buat, saya akan kurangkan gula dan lebihkan sikit garam. Sebab roti ni agak manis, tapi untuk anak anak memang diorang suka makan kosong manis macam ni. Resepi ni hari tu nampak kat umah kak Rosaliza. Saya mintak halal nak copy ye. Resepi asal dari myR.(eh ye ke? kalau tak silap la)

ROTI PURI
Source: Kak Rosaliza
Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Cara-cara:
satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
satukan tepung dan yis .. gaulkan
no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...

TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
Assalamulaikum.. Buat nasi dagang ni kelmarin. Rindu kat nasi dagang ibu ku di kampung sana. Biasa mak buat time raya je, raya tahun lepas tak merasa sebab balik Kulim. Bila nampak kat blog Cik Manggis, buat tanak cam masak nasi biasa je, tu yang nak cuba buat. Sangat lembut dan aroma yang sangat wangi. Memang hilang rindu nasi dagang mak, tapi yang tanak ni rasanya lagi lembut la. Hubby pun kata lembut sungguh n sedap tul dimakan dengan gulai kari ikan tu.

Ni la set nasi dagang saya. Sebenarnya memang nak buat tuk adik mak yong kat Kajang sorang tu, katanya nak datang ke umah. Tapi dah tak larat kot membawa baby dalam perut tu dan hubbynya pun maleh nak nyinggah dah umah ku ini, jadinya kami soru bedua jela. Saya buat 3/4 dari resepi asal CM dan nasib baik anak-anak pun suka makan. Diorang makan nasi kosong cam tu je, pun sedap.

Nasi dagang tanak. Memang lembut gedebut gedebas....Terima kasih banyak2 CM, sebab sudi ukurkan air mangkuk yang CM guna tu. Resepi dari Cik Manggis:
bahan-bahannya:
2 pot( saiz -160 ml) beras pulut.
4 pot beras biasa(pot yang sama)
3 ulas bawang merah-potong nipis
1 tbsp halba
garam secukup rasa
2 inci halia-mayang halus
1 mangkuk pati santan campur air jadikan 4 mangkuk (4 mangkuk = 5 cawan)
Cara-caranya:
Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas.Cuci bersih dan rendam selama 2 jam.Toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi putih biasa.

Ni pulak gulai di makan sekali dengan nasi dagang. Saya pun buat ikut CM guna ikan tenggiri. Memang sedap sangat!! Unik tu sebab ada telur rebus sekali. Resepi CM jugak.
Bahan-bahan untuk lauknya:
4 keping ikan tenggiri-potong seperti gambar diatas.
(sepatutnya guna ikan tongkol )
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun -potong ikut selera masing-masing
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus.
1 inci kunyit hidup
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)

Acar Timun versi saya ni:
1/2 biji timun besar
1/2 biji carrot besar
1 biji tomato
2 biji lada merah besar
6 biji limau kasturi
1/2 biji bawang besar
garam
gula
Racik nipis semua bahan di atas. Rendam dalam ais 15 minit bagi rangup skit. Perahkan jus limau kasturi dan rasakan dengan garam dan gula. Biar 15 minit, baru hidang.

Ayam goreng rangup di luar lembut di dalam. Isi ayam goreng ngan tepung n daun kari. Best woooo...Tu campuran tepung gandum, tepung beras, tepung jagungg dan sikit kari dan garam. Campur daun kari n goreng.