CSS

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Monday, January 11, 2016

Cheesekut - mudah dan sedap



Kudapan paling simple ..mudah dan mewah buat anak-anak dan mak-mak untuk menambah lemak.
Memang sedap u olss.. Kalau anak saya nampak gambar ni memang cari nahas la. Harus la buat untuk diorang.

Resepi simple.Kat kedai runcit pun ada kot., Cheese krim jela kene beli kat pasraaya kan,


RESEPI CHEESEKUT
sumber : Myresepi
dicuba : izahdaut

Bahan-bahan
  • 1 paket biskut Deluxe Crackers ( nak pakai apa2 biskut pon ok..)
  • Sedikit fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250gm cream cheese
milo - izah tambah bagi lebih umpphh
nestum- izah tambah bagi lebih kebabom dan terasa crunchy 
Cara-cara
  1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadik lembut pastu color dia jadik cerah skit.
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Pukul lagi.
  3. Tambah sket fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong. Kalau pekat sangat plak nanti bancuhan jadik sket plak so lapisan kek pun tak dapat buat banyak. So ikut naluri masing-masing la ye.
  4. Pastu ambik biskut n celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.
  5. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar menutupi.
  6. Then lapis lagi biskut2 yang da dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan2 sket bagi dia mampat sket. Ulang lagi step 4 dan 5 sampai abes bancuhan creamcheese tadi.
  7. Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye. simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras skit senang nak potong.
  8. nota: milo diktabur disetiap layer. Nestum ditabur di layer atas sekali bersama milo,










Sunday, December 27, 2015

Naked rainbow cake



2kg

request kek naked dan tinggi.





Tuesday, November 24, 2015

Monday, August 3, 2015

Monday, April 6, 2015

Kek Lapis Jem yang sangat sedap dan lembut


Assalamualaikum

Takziah buat keluarga mangsa tragedy helikopter yang terhempas sabtu lepas.
Alfatihah buat mereka yang terkorban. 

Suwit kan kek ni. Bukan je dlm gambar, memang kat luar pun kek ni kelihatan suwit. Kek ni saya buat sebab si Muaz mencabar uminya buat kek mcm iklan kat tv tu. Ala.. iklan apollo ke london chocoroll. Ehh ingat umi tak weti ke. See my ferut la... ngeeee

Kek ni bahaya. Sangat bahaya. Bila dah siap dipotong, kita makan sambil lumba lumba suap dengan anak-anak. Skali hadap mcm hapa tah anak beranak. Haha.. habis... agaknya semua lupa nak baca doa. Ntah makhluk lain makan sekali hapa. Buruk perangai betull.. Jom la terai kek ni. Sedap sedap sedap.
Terima kasih ena lovely.




RESEPI KEK ROSE LAPIS JEM STRAWBERRY
resepi: ena-lovely


Bahan A:
  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sb ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa Ros / vanila
  • Sedikit Pewarna merah
Bahan B:
  • Jem Strawberry Secukupnya
  • Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A kecuali butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 - 10 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 2 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna merah, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan garisan seperti dalam gambar 1. 
  10. Ambil lidi sate atau hashi (chopstik) dan lorekkan seperti dalam gambar 2. 
  11. Bakar dengan suhu 170 degree selama 20 minit. 
  12. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan seperti Gambar 3.
  13. Menggunakan pisau kek potong kepada 2 bahagian.
  14. Sapukan nipis jem strawberry secara lembut di permukaan kek lapisan bawah.
  15. Letakkan lapisan yang bercorak di atas sapuan jem tadi.
  16. Buang cooking sheet, potong kecil kek dan susun di atas dulang hidangan.
  17. Sedia untuk di hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.











Tuesday, March 31, 2015

Resepi Kek Puding Karemel


Assalamualaikum

Kek ni adalah antara kek kegemaran en asben dan anak anak saya. Resepi ni juga saya buat untuk tempahan.
 Kalau saya buat kek ni untuk tempahan kastemer, mesti anak anak buat ayat.. Umi dah lama tak buat kek ni kat kami. Aduhh kesian menusuk ke hati ayat diorang ni.
So bila dah berkurun tak buat, bebaru ni saya merajinkan diri baking kek karemel.
Dan baru tersedar kek ni saya tak pernah share lagi resepinya di blog. 
Saya tak pasti resepi ni kepunyaan siapa..tapi di bawah ada menyebut sumber resepi ni.
Saya doakan tuan punya resepi dilimpahi rezeki sentiasa.
Terima kasih.
Saya copy paste resepi ni dari belog Hasue. Dan ada di kongsikan tips untuk membuat kek ini.
Tq kepada semua yang terlibat.




KEK PUDING KARAMEL

Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)
Sumber: Anna Qawina
By: HaSue


Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm
9 inci round

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak


D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar-hasue tak letak

Gini posing biasa aku tengok kalo orang buat kek karamel nih..baru nampak yer dak.. ok tak pilihan warna ni? Agak2 napa warna biru tu harus ada..haihh.. ;)


Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
*OVEN IZAH SUHU 160C SELAMA SEJAM , KEMUDIAN API ATASBAWAH 30 MINIT.


TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!

Untuk Tips Tambahan,terutama untuk korang baru nak mencuba gak resepi ni..aku syorkan korang gi rujuk kat dapur cyber Anna Qawina..sila2 laa klik SINI. Agak2 masih malas gak nak buat, korang order jer kat beliau..hehe..














Thursday, January 15, 2015

Kek Batik yang Senang dan Sedap







Assalamualaikum

Apa kabar 2015?
Apa kabar apa kabar.. kiki
Lama weh tak bersiaran.Alasan nya ialah.. hmm biasa la alasan sekadar alasan.
Cemana permulaan 2015 ni ek.
Buat mangsa banjir 2014 pantai timur khususnya , saya mendoakan mereka kuat untuk melalui kehidupan mereka. Kadang2 merenung makanan di atas meja, sekilas ingatan ada untuk mereka. kan..

Ok la.. untuk entry pertama saya pada 2015 ni saya hadiah kan kek batik version senang n sedap ni. 
Mengupdate blog sambil berpikir sekuat mana semangat nak update resepi.Entah kenapa semangat kian sepi dan tenggelam.Mungkin kemeriahhan tidak lagi seperti dulu... mungkin..

Dan resepi ni saya ambil dari blog Cik Epal. Tq cik Epal. Dah 2 kali saya buat kek batik resepi yang ni.Kene ngan selera saya. Janji guna butter tulen.. baru rasa ummphh.





KEK BATIK SIMPLE DAN SEDAP
resepi: Cik Epal

bahannya

1 peket milo size kecil
250 gram butter - izah guna butter tulen
1/2 tin susu pekat / ikut kemanisan
1 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - izah tambah
1 peket biskut meri - patah 2/4


Caranya:

1. Masukkan butter ke dalam periuk besar. Buka api sederhana.
2. Bila butter sedikit mencair masukkan kesemua bahan-bahan kecuali biskut.
3. Kacau laju dan sebati sehingga agak likat.
4. Kemudian masukkan biskut dan kacau salut kesemua biskut dengan adunan milo tadi.
5.Bila sebati angkat , letakkan ke dalam loyang dan mampatkan.
Tunggu sehingga sejuk , atau sejukkan ke dalam peti ais beberapa jam. Potong dan nikmati.


nota izah : Kek batik yang ini biskutnya rangup tapi tidak terlalu rangup, tapi juga tidak lembik dan tidak terlalu lembut. Rasa salutannya pula memang mewah tapi tak muak. Kemanisan mengikut citarasa kita. kene dgn tekak saya dan anak2. ^______^











Monday, October 27, 2014

Kek Marble Susu


Assalamualaikum

 Kerinduan kadang kdang menerpa juga nak update blog, tapi apakan daya tak de napsu nak ngadap laptop. Ye memang rindu, pulak mngenang time sangat aktif berblog dulu. Rapat sama teman teman blogger. Share resepi, viruskan sesuatu resepi tanpa lupa utk menyebut empunya resepi samada blogger sendiri, atau dari resepi chef, atau dari emak pada blogger tersebut, atau kakak blogger atau resepi sepupu kepada kawan kepada emak kepada anak sedara blogger. hehe 

Seronok time tu. Betul betul terasa sesuatu kalau tak ngadap laptop dan "bertandang ke meja makan rumah orang"..  Tapi sekarang semua tu dah berkurangan.
Blogger yang aktif dulu makin kurang aktif, kebanyakkan masih  aktif di fb. Saya kurang sukakan fb. Entah kenapa... fb dulu saya rasa masih banyak santun nya,;.. masih tinggi rasa malunya.. tapi sekarang fb pun dah banyak laloknya. Walau masih banyak faedahnya tapi bila tak berfaedah lagi banyak dri berfaedah, saya jadi rimas. Ceh kunun!!. Hahhaa

Jom la makan kek marble sedap ni. Menjadi satu terapi untuk minda bila membuat kek. Walau dapur tunggang langgang, walau kain tak berlipat menggunung tinggi. walau lantai ruang tamu penuh biskut dan air tumpah, tetapi tak menghalang saya dari nak mengadunkan kek dan menjadi minum petang anak-anak. Tak lupa sebagai  bekal si abg Bais ke sekolah. Korang imejin rumah ai ker.. grrr

Kek marble susu ni mmg antara kek marble yg sedap. Jom tengok resepinya.


KEK MARBLE SUSU
resepi: Norzailina Nordin
smber: che mat


 Bahan-Bahannya :

250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..















Monday, August 25, 2014

Kek Gula Hangus


Assalamualaikum

Ehem ehem.. beraya lagi ke kome. Semalam jenjalan makan-makan ke rumah blogger glem Anna Qawina. Makan nasi kerabu kaww punya. Sedap n puas makan. Tak hengat.. hehe. Tq Ana kerana "menjemput". Hahaha. Dan seronok juga dapat memanjangkan ukhuwah dengan kak nurin sara.. Sara tu nama anaknya. Akak ni pun blogger juga. Banyak menu rumah akak. Perut kenyang nasi kerabu pun ku jamah semuanya. Sebab semua nya sedap. Hehe.

Kek gula hangus separuh bersarang. Sedap. Suka makan kek ni. Kalau separuh bersarang ni bukan la tak jadi cuma memang suka gini. Yang bersarang tu kenyal kenyal... yang xbersarang tu lembutt je. Anak anak pun suka. Makn suam suam sedap. Terima kasih tuan resepi yang sudi share resepi. Resepi yang dipanjangkan pasti pahala nya tetap berpanjangan. Seronok kan.. antara bekalan di akhirat nanti. Tiba-tiba saya teringat org yang berjaya ni sangat tidak lokek untuk memberi ilmu. InsyaAllah ramai yg mendoakannya. Alhamdulillah :-)



KEK GULA HANGUS
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana


Bahan untuk gula hangus :


  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil asen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah. 
NOTA :
~ Kek ni dah banyak kali Naz buat. Dari pengalaman membakarnya, selalunya masa membakar memang lebih daripada 1 jam(menggunakan oven Naz le). Bila cukup masa 1 jam, cuba goyangkan sedikit loyang. Sekiranya adunan kek kelihatan masih tidak masak iaitu masih bergoyang, tambah lagi waktu pembakaran. 
~ Boleh juga diuji dengan mencucukkan lidi ke dalam kek. Sekiranya lidi keluar bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya tidak, tambah lagi waktu pembakaran.
~ Naz juga pernah cuba mengukus kek ini. Hasilnya ia lebih lembab tapi rasanya memang berbeza dari yang dibakar. Nak tau apa perbezaannya, kenalah cuba.







Tuesday, August 5, 2014

Kek Pisang Chef Zubaidah yang Sedap dan Gebu


Assalamualaikum

Kek pisang ni mmg seriyus sangat la gebu.
Teknik membuatnya simple tapi menghasilkan kek yang sedap dan lembut.
Boleh la dicuba kiranya untuk dijamu kepada tetamu di majlis open house raya ni.
Resepi dari Chef hanya yang terbaik untuk hidangan anda. Eceh..hehe






KEK PISANG GEBU
resepi: Chef Zubaidah - Cake Feast
by: Izahdaut

Bahan-bahan

150 g pisang dilenyek
200 g tepung gandum
160 g gula kastor
3 biji telur
120 g minyak masak
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


Caranya:

1. Pukul semua bahan sehingga adunan pekat.
2. Masukkan adunan ke dalam acuan 8". Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 c selama 45 minit atau sehingga masak.



*Cara pastikan kek masak, cucuk menggunakan lidi ditengah kek. Jika lidi keluar bersih tanpa lekatan adunan kek, bermakna kek masak sempurna insyaAllah. Kalau xde lidi, pisau pun jadi.


Thursday, June 12, 2014

Kek Buah Naga


Assalamualaikum

Di hujung-hujung cuti persekolahan dah pun.
Sekarang baru bz jenguk kerja sekolah anak-anak. Menimbun rupanya. Huwaaa
Ok, sedang merajinkan diri dan menyabarkan diri mengadap anak-anak buat kerja sekolah.
*sembam muka bawah bantal



Kek ni pun dah lama dalam draft, cuma tunggu masa rajin je nak update blog.
Buah naga atau dragonfruit ni adalah kegemaran si Bais, anak sulung saya tu.
Bila ada buah ni berbaki sikit dalam peti ais, biasanya dia dah tak nak makan la tu. So saya jadikan kek utk minum petang dia. Suka sangat buah dah jadi kek.
Saya alter resepi red velvet moist menjadi kek buah naga ni.
So rasanya sangat istimewa, lazat n sekucup rasa.
Pastikan ada sedikit bbuah naga tu di dadu. Baru ada umph






RESEPI KEK BUAH NAGA MOIST
by: izah

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung kek/superfine
  • *1 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1/2 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan buttermilk 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1/2 cawan buah naga lecek
  • sedikit buah naga didadu
  • 1 biji telur A
  • esen vanila


Caranya:

Campurkan tanda * ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Campurkan bahan - bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Gaul sebati tapi jangan overmix.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Sejuk dan boleh dinikmati.











Monday, May 5, 2014

Carrot Cake Sedap


Assalamualaikum

Last week adalah minggu carrot cake bagi saya. 
3 jenis resepi carrot cake yang saya cuba dan saya suke resepi yang ini.
Selera masing masing berbedakan, saya kurang berkenan kek yang ada kelapa, saya juga kurang suke kek yang agak kuat rasa kayu manisnya. Jadi yang ini agak cocok dengan selera saya dan anak anak pun boleh makan 2,3 potong kek yang tidak mereka  gemari ni. Anak anak makan pun kerana di bantu oleh creamcheese toppingnya tu.
Kacang adalah musuh mereka. Kan kek ni ada kacang kan baru syok di kunyah. Haha padan muka 
Apa pun terima kasih kepada Aziekitchen. Saya share resepi di sini pula.










Kek Karot Nana Ain 


Bahan bahan 
1 1/4 cawan minyak jagung 
4 biji telur 
120 gram gula castor 
120 gram gula perang 
100 gram walnut * izah sangai kejap
250 gram tepung gandum 
1 sudu kecil baking soda 
1/4 sudu kecil garam 
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis 
1 1/2 cawan karot parut 
1 cawan kismis 
1/2 cawan nenas tin - potong dadu kecil* izah tambah 

 Cream Cheese: 
120 gram gula 
250 gram cream cheese 
120 gram unsalted butter 

Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang. 



Cara cara 
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. 
3. Masukkan karot, walnut dan kismis. 
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C. 
5. Sapukan cream cheese apabila kek telah sejuk.







Tuesday, April 29, 2014

Kek Belang Coklat


ASSALAMUALAIKUM

Kek lagi niha. Bersempena baru membeli buku resepi baru.
Haruslah semangat nak mengekek kan. Demi sebuah kepuasan setelah membeli buku resepi baru katanya.
Chef Zubaidah Che Pa bukan nama asing dalam kalangan blogger masak2.
Kek nya memang terkenal antara yang top dan lazat.
Saya cuba salah satu resepi kek ni yang diberi nama kek Belang Coklat.
Eh ntah napa tak berapa jadi pulak belangnya. Ngeee




Budak kecik ni dah amik alih tugas abg2nya menjadi assistant dikala umi snap gambor makanan.
tgok la tangan tukang sibuk. Hahaha..
Ok berbalik pada kek belang coklat ni, kek ni cara membuatnya seakan2 nak buat kek span tapi hasilnya berbeza.
Seakan2 texture kek span tapi agak padat n moist gitu.


Binasanya sebiji kek kerana tangan sikecik. :p
Eh nak citer pasal buku resepi JAMUAN KEK oleh chef Zubaidah ni kan, banyak sangat resepi yang best2 dan menarik. Kalau nak cuba boleh la dapatkan buku resepi ni. Memang semua keknya mengiurkan.
Dan saya share di sini kek belang coklat chef  Zubaidah. Terima kasih Chef!



KEK BELANG COKLAT
by: Chef Zubaida Che Pa
dari buku resepi Jamuan Kek


Bahan - bahan

5 biji telur
40 g air
10g ovalette
280 g tepung naik sendiri
190 g gula kastor
200 g majerin dicairkan
1 sb emulco coklat
*saya tambah emulco strawbery


caranya:

Pukul semua bahan kecuali majerin cair dan  emulco sehingga gebu dan ringan.
Kemudian masukkan majerin cair sedikit demi sedikit dlm adunan.Gaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 2 adunan. 2dicampurkan emulco, 1 dibiarkan kosong.
Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang 8".
Bakar pada suhu 150 c selama 50 minit.