Assalamualaikum..
Jenuh makan karipap je saya kat rumah ni bila anak2 asik demand nak karipap 'sun'.
Satu jenuh makan, yang satu lagi jenuh sakit pinggang nak membuat karipap sun ni rupanya.
Rasanya tangan2 orang Johor memang mahir buat karipap bulat ni kan.
Rasa nak menyerah kalah dah, tapi bila tengok bebudak ber2 tu teruja sangat ngan karipap bentuk bulat gini, ai gigih ok. Korang bebudak kalau tak ingat kegigihan mak korang mengelim karipap bulat sampai sakit pinggang niha jaga laa.. aaa ugut skeet.. ngahaha
Namanya kena la tukor sikit kepada karipap ROS. Sebab amik resepi tang pastry dia jek, inti dia saya guna inti kentang. Ikutkan nama asalnya Karipap Inti Keledek. Tak pe la kan Ros.
Tapi kan, resepi ni sedaaaapp sangat pada saya.
Memang terpaut hati dengan pastry dia.
Rangup, lemak, wangi dan mmg sedap dikunyah.
Abaikan ajela warne karipap ai tu ye dan bentuk yang tak membulat, ada melonjong ada memacam la lagi.
Susah woo nak maiantain bulat karipap ni masa mengelim.
Sabo jek kata hatiku.
Ok nak citer pasal kulit karipap ni, bila digigit macam ada layer pastry yang kita beli tu.
Haaa ko, rangup dan lembut. Yang ni saya cari..
I like it bery bery much.
Skali buat tak hengat terus goreng semua skali.
Ada dekat 30 biji kot satu adunan Ros ni.
Petang makan separuh. esok pagi budak2 sarapan dengan karipap ni lagi.
Guess what? ececehh spekong lak.. karipapnya masihhh ranggupp dan lembut. Aaaa.. magic magic.
Jom kita share kat sini lak resepi Ros ni.
Tq Ros
UNTUK PASTRY RAPUH
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
UNTUK INTI KELEDEK *Izah guna kentang
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)*5-6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari * izah taruk 3 sb
1 sudu besa cili kisar *omit
*izah tambah isi ayam semangkuk
garam
Cara-caranya
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Tak puas lagi bebudak tu makan, esok esoknya mintak lagi.
Tapi tak daya sakit pinggang ummi nya nak mengelim jadi karipap 'sun' dah.
Saya buat karipap biasa jek.
Bais panggil karipap 'bulan sabit' la pulakkkk..
:-)
Separuh jek saya buat dari resepi di atas.
Sedang elok skali goreng abis.