CSS

Showing posts with label Aneka Resepi Pisang. Show all posts
Showing posts with label Aneka Resepi Pisang. Show all posts

Monday, July 14, 2014

Adunan Goreng Pisang yang Sangat Rangup bersama Cheese. Gilo sodap!!



Assalamualaikum..

Menu ni saya buat iftar semalam.
Berbuka ngan si Bais je. Baru nak menerai kesedapan goreng pisang yang dimakan bersmaa cheese yang leleh. Gambar di atas di snap selepas cheese ditabur. So cheese tu belom cair disebabkan kepanasan pisang tu. Tapi mak haiiiihh.. sedappppnyaa.. very yummyyyy!!! Si budak Bais yang tak layan pisang goreng pun habis 2 ketui. 

Saya gunakan pisang * tak tau nama, tapi agak lembik skit. Kalau guna adunan biasa untuk menggoreng pisang pasti pisang tu akan mengeluarkan air semasa di goreng. So saya menggunakan resepi adunan yang sangat rangup dan kelebihan lain adalah dia membantu gorengan yang agak lembik dicover keseluruhan di dalam minyak. Ewah bunyik dah mcm kajian saintipik dah. Haha

Terima kasih la buat blog si Hairul ni. Blog ni best sebab dia bagi cara n tips sekali buat bigenner mmg sesuai lah. Dah 2 kali saya buat resepi ni sebab baru jumpa. Memang best sangat. Sila la korang cuba. Sesuai dimakan bersama cheeseeeee..


ADUNAN GORENG PISANG RANGUP
by: Hairul
tested by: izahdaut

bahannya:
2 cwan tepung beras
1 cawan tepung gandum

5 sudu besar santan kotak  - izah guna susu cair
1/2 sb baking powder
sedikit serbuk kunyit - izah tak letak

1 biji telur - kali ke 2 buat izah tak letak. izah prefer tak letak
2 sudu besar marjerin cair - izah guna butter. kali ke2 buat izah xcairkan terus je masuk
air secukupnya
garam secukup rasa


Caranya:

Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk)
Di sarankan untuk menggunakan tangan supaya bahan sebati dengan sempurna dan dapat mengawal kepekatan adunan. Adunan perlulah pekat. Jangan cair. Setelah mendapat adunan yang elok kepekatannya, 
masukkan marjerin cair yang sudah disejukkan tadi.

Untuk keterangan lebih detail dan bergambar sila rujuk ke blog Hairul di link di atas.


NOTA: Untuk menikmati goreng pisang bercheese, hanya 2 bahan diperlukan.
1. Cheddar cheese
2. Susu pekat

curahkan sedikir susu pekat ke atas gorengan pisang yang masih panas. Kemudian boleh lah ditaburkan dengan cheese. Sedia dinikmati. nyummehh!!














Monday, April 9, 2012

Super Moist Caremeled Banana Cake


Assalamualaikum..

Morning. Jom makan muffin sedap bangat nih.
Tak tipu.. kompom sedap dan extra wangi sebab dikaremelkan dulu pisang n gula tu.
Sesapa ada stok pisang sila la buat untuk tekak memasing merasanya ;-)
Anak saya si Muaz yang tak gemar pisang pun suke.
Dia bukan saja saja tak gemar, tapi dia alergik dengan pisang.
Habis muntah2 dan gegata keluar kalau makan pisang.
So, bila dibuat muffin atau kek pun dia jarang2 sentuh.
Tapi kek ni suke la pulak dia makan.



Saya buat  kek ni kepada kek cawan mcm fnf.
Dan saya ikut cara FnF jugak.
Terima kasih ye, sebab tunjuk gambor dak kecit tu menggigit kek. Terliur betui.
Kalau nak buat cara kk Fida yang senang tu, boleh rujuk ke myR.
Saya ikut cara beat dulu telur ngan ovelet seperti olahan fnf. 
Dan hasilnya mmg mengagum kan.
Tq to kak Fida, FnF dan Mas juge.
Ada yang belum kenal FnF sila la jenguk blog nyer DI SINI.
Saya pun baru2 jek berkenalan ;-)
Tak rugi kenal ngan orang yg suke share ilmu ni kan.




SUPER MOIST CARAMEL BANANA CAKE
versi kukus: masduniaku
olahan sumber: FnF Simple Life




Bahan2

Bahan A

1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g) - FnF kurangkan 150g shj - pisang dah manis
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar


2 biji telur saiz A - FnF guna 3 biji telur medium size
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak - FnF guna 190g tepung kek Jepun + 1 sk baking powder
1sk ovalet (resepi asal tiada)


Cara2

Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .
*nota izah* 'hingga berkaremel' maksudnya bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaremel. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warne perang.

Pukul telur dan ovalet hingga gebu.

Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.

Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris. FnF masukkan dalam acuan cupcakes.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.

Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.

Adunan boleh juga dikukus...





Tuesday, January 24, 2012

Cekodok Pisang 3 in 1



Assalamualaikum..

Mood cuti2 lagi kan? Jom layan cekodok pisang ni kejap. Tapi layan gambo jela. Saja rasa mcm dah boring je nengokkan kari ayam dan kisah si Jah tu. Hahhaa... tak kuasa ai! kiki

Puas dah cari semula resepi ni. Resepi ni, tuannya kata satu adunan boleh buat 3 macam. Boleh digoreng, boleh di kukus jadi apam dan boleh di bakar buat muffin. Tapi.... saya prefer kepada goreng menjadi cekodok pisang. Tapi sedihnya tak jupa resepi. Nanti kalau terjumpa saya edit kan. Tapi dah puas cari tak jumpa. Dah lama gambor ni hold dalam folder. Layan gambor jela ye. Resepi kendian2 kalau terjumpa. Daaaa





Monday, January 9, 2012

Kek Pisang Bertatah serbuk Badam


Assalamualaikum..

Update memalam pulak.

Just nak share sikit, kot kot ada yg berkenan nak try atau ada serbuk badam yg tak tau nak buat apa.

Saya  buat kek pisang, dan taburkan serbuk badam diatasnya.

Dengan adanya serbuk badam tu, kek jadi lebih wangi dan lemak.

Seronok juga menikmati kek pisang dgn aroma dan lemak badam.





Untuk resepi keknya pula. Boleh aje google. Banyak sangat resepi2 kek pisang yang boleh digunakan.

Ada yang gebu. ada yang marble.ada yang moist dan ada  yang simple.

Dalam blog ni pun ada 3,4 jenis kek pisang juga yang lazat2 belaka.

Itu je.. tata..selamat malam.








Thursday, December 29, 2011

Banana Double Chocolate Muffin


Assalamualaikum..

Ada yang tanya entry semalam tu "renjis2 dipilis", mcm kembar adikbradik pengantin tu. Sebenarnya diorg tak kembar. Maybe beza 4 tahun kot. Dan diorg bukan anak sedara adikbradik saya tapi anak sedara sepupu. Tapi memang kami ni rapat, mcm adikbradik je rasanya. 

Berbalik entry muffin ni, bila ternampak gambar kat resepi asal nya tu, memang sangat tertarik melihatnya. Kebetulan semua bahan pun ada. Boleh la dibuat minum petang. Simple je nak membuatnya dan hasilnya tak mengecewakan. Makan panas2 sedap. Terima kasih Charishma Ramchandani from food.com.




BANANA DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN

Menghasilkan 8-11 biji muffin

Bahan:
1 1/2 cwn tepung
1 cwn gula * izah kurangkan setengah
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 sk baking powder

1 1/3 cwn pisang lecek
1/3 cwn minyak sayur
1 biji telur
1 cwn coklat chips

Caranya:
Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama. Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi. Sebatikan tapi jangan overmix. Masukkan coklat chip. Gaul rata. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit. Sedia untuk di hidang.



Wednesday, August 24, 2011

Jemput Pisang Sedap


Assalamualaikum..

Haiiii hujung2 Ramadhan ni, terasa masa makin suntuk untuk buat apa pun. Dan hari ni sangat sedihh.. terkilan juga.. tapi nak buat mcmana, anak bulan nampak awal kat Ampang niha. Sob sob... Mood pun hilang laaaa..

Meh la layan resepi cekodok pisang yang rangup dilur, texture kek kat dalam. Senang je, perapkan adunan cekodok dalam 20-30 minit. Senang kan!! TQ terima kasih buat meow@myR. Sedapp n i likeee..




JEMPUT PISANG SEDAP
sumber: meow@myR

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

5-6 biji pisang berangan pisang lain pun boleh
1/2 cawan gula(kalau nak manis tambahlah gula lagi :) )
1 cawan tepung - bergantung atas besarnya pisang..(agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
minyak untuk menggoreng
sedikit esen vanilla * izah tambah


Cara-cara

satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
Selamat mencuba... :)



Wednesday, July 6, 2011

Muffin Pisang Inti Coklat


Assalamualaikum..

Memuffin lagi untuk habiskan pisang yang meranum. Sebenarnya dah 2 kali dah buat muffin ni. Ngapa buat sampai 2 kali tu? Maknanya sangat sodap la yee. Memang sedap!! En suami pun suke la sangat muffin gini. Ada inti coklat lagi u. Texture yang lembut menambat hati. TQ Ros Jintan manis. Satu adunan boleh dapat dlm 35 ketul comel mcm saya buat ni.

Sebut pasal muffin ni, teringat ada yang bertanya perihal muffin . Sepanjang saya mencube pelbagai jenis muffin ni boleh la saya sharekan sikit pengalamannya.

1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines  pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.

2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik. 
Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
teknik all in 1 mixture- masukkan semua bahan dan gebukan.
teknik whisked mixture- iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain. 
teknik muffin- iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.

3. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.

4. Satu perkara penting  untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.  
Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!

5. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.

6. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.

Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah  ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe

7. Faktor lain adalah, jangan  ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.

8. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari  sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.

pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.

Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.


9. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.

10. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin. Jadi kalau nak cube dan nak rasa, bolehlah mengalami pengalaman sendiri menggodek muffin. Okaeyy... ini adalah satu info amatur dari saya. Banyakkkk lagi kena belajarkan. Dan siapa2 jom lah kongsi lagi tips2 membuat muffin ni. Saya memang suke siapa2 sudi share.




MUFFIN PISANG INTI COKLAT

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum

 1 1/3 cawan gula
*izah guna 3/4 cawan

2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan  susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila

beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)

Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.


Monday, June 27, 2011

Donut Pisang 2


Assalamualaikumm...

Bertemu di minggu yang baru pulak kita. Memula nak mintak maaf banyak-banyak. Jarang dapat BW sari dua ni. Eh bukan tak BW tapi tak berapa rancak sebab tak dapat nak ngomel2 kat komen box. Komen sendiri pun ada yang tak berbalas. Sebab bukan apa, sekarang ni si Bais duk layan youtube memanjang. Pantang umminya online, laju je dia ngambil krusi nak online jugak. Bila umminya kabor ummi nak buat kerja ummi jap, Dia pun jawap kat kite balik, Bais pun nak buat kerja Bais kejap. Boleh ye ummi... haiii.. Ha mulut si dak Bais ni manis sikit bab memintak ni. Kita bagi jela. Jadinya bila BW gune enpon ni slow la sikit nak meninggalkan komen. Macam tak puas je kan.. Slow loading..

Oh ye, donut pisang ni dah 2,3 hri lepas punya menu. Permintaan dak Bais la tetibe nak donut pulak. Jadi ada lebihan pisang tompok2 hitam tu, saya alter dari resepi donut kentang fatmah menjadi donut pisang. Sebab suke texture donut kentang tu yg lembut. Dan hasilnya alhamdulillah... lembut juge. Tapi nak kena pandai2 ejas juge la. Donut ni saya tak guna air. Memang gune pisag semata.

Lupa nak snap 3 ketul donut geseng nak bagi akak sepinch salt ku ituw. ahakss...hehe


DONUT PISANG 2
by: izahdaut



Bahan-bahan

250 gm tepug gandum
1 sb susu tepung
5 gr ragi instant
2 biji pisang
50 gr gula psir
40 gr mentega *saya guna marjerin
½ sdt garam
2 btr kuning telur
sedikit essence vanilla

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan pisang ,tuang telur dan , uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.


Thursday, June 23, 2011

Rich Banana Bread

banana bread1

Assalamualaikum..

Petang baru nak buat entry. 
Maaf belum sempat nak menjengah menu dan blog kawan kawan.
InsyaAllah sekejap2 lagi baru nak BW.
Nak berkongsi resepi yang sangat best ni, yang sangat simple tapi sangat sedap.
Buat untuk breakfast. Budak2 pun suka makan.
Sangat wangi dan sangat moist, gebu n yummy.


RICH BANANA BREAD
source: allrecipes

1/2 cwn butter cair
1 cwn gula * izah letak  1/2 cawan 1 sb
2 biji telur
1 sk vanilla essence
1 1/2 cwn tepung
1 sk baking soda
1/4 sk baking powder *izah tambah
1/2 sk garam
1/2 cwn yogurt plain
1/2 cwn chopped walnuts *izah tak letak
1 cawan pisang lecek

Directions

Panaskan oven 175 C. *izah guna suhu 180 C.
Dalam mangkuk yang besar, satukan gula, butter cair, telur dan vanilla, yogurt dan pisang lecek. Sebatikan.
Dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder, soda dan garam. Gaul rata.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.
Gaul sekadar rata.
Bakar selama 45-50 minit.
Sejukkan di atas rak. Sedap dimakan suam2.

banana bread

Tuesday, June 21, 2011

Kek Pisang Bercoklat

kek pisang coklat


Assalamualaikum..


Pertamanya terima kasih buat teman yang sudi singgah ke blog ini dan mendoakan ADIK AMNI. InsyaAllah, perkabaran yang saya terima semalam, adik Amni akan menjalani operation pada harri ini. Semoga semuanya selamat.


Berbalik pada kek pisang ni. Haa ada coklat kat dalam tuu kan. Sedap... tapi dah habis dah kek ni. Biasa kalau nengok kek pisang coklat gini, dah tau dah kek kak Nor secubit salt la kan. Mekasih kak Nor berkongsi resepi kek ni. Ni makcik Mas jugak yang promote suh buat kek ni. Memang tak rugi membuatnya. Enak wangi2 butter ngan pisang tu digigit bersama cekelat.  Bagi yang belum mencube versi kek pisang gini, leh la try ye. Tq skali lagi kak Nor!! beli cajun. beli cajun.. hahahaha..


UPDATE: kalau FIZASHAM dan KAK NAZ BAKERY terbaca ni, blog ni pun kena malware dari citarasawan. Sila baca entry kak nor DISINI.

kek pisang coklat1

KEK PISANG BERCOKLAT

Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:

Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup


kek pisang coklat2

Wednesday, June 15, 2011

Apam Pisang Tanpa Telur dan Minyak

apam pisang egless


Assalamualaikum..


Apam ni buat breakfast anak-anak.
Resepi dah lama simpan masa Mas buat ari tu.
Bagi saya apam ni elok makan ngan kelapa parut.
Sebab apam ni melekit sikit.
Kalau ada kelapa, mesti terus je melekat pada apam ni.
Mewah dengan rasa pisang.
Lembut tapi bukan jenis menggebu sangat tu.
Sebab apam ni agak berat tapi lembut.
Sedap.
Mekasih Mas dan kak Fida@myR



apam pisang egless1




APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK

Bahan :

1 cawan pisang lecek
1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula)
2 cawan tepung naik sendiri - diayak
1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak
4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat
1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh )

Cara membuatnya :
Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam.
Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

Friday, June 10, 2011

Cekodok Pisang

cekodok


Assalamualaikum..


Petang hari ni sejuk sebab hujan lebat dari awal petang tadi. Sedap dapat makan cekodok panas sesambil ngirup air kopi kan. Resepi cekodok ni lama dah save dari blog kak Yani. Sebab bila tengok rupe cekodok kak Yani buat comel sangat dan rupa macam cekodok yang pernah dimakan kat sebijik hotel di ibu kota KL ni. Tebiat duk KL, gi tido kat hotel KL jugak? Hahaha.. tu la pasal. Kengkadang luar tebiat jugak, tu kalau plan nak  bercuti keluar ibu kota tak jadi, nak lepaskan perasaan gi la menidurkan diri lepak2 kat hotel. Yela itu la masanya nak merasa tidur tak yah kemas katil, makan tak yah dimasak, kalau nak supper orang hantor sampai bilik kan kan. Ok cekodok ni memang memenuhi expectation saya la. Memang sedap. Ala ala donut pun ada. Rangup kat luar lembut kat dalam. Tak sesia buat cekodok ni. Mekasih kak Besah MyR dan kak Yani.
cekodok1

CEKODOK PISANG
resepi : Kak Besah@MyR
sumber: kak Yani


Bahan-bahan ( 2 piring penuh )
2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu besar)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Cara-cara
dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

cekodok2


Thursday, May 12, 2011

Apam Pisang bercheese


Assalamualaikum..

Punya liat nak mengentry masak2 ni. Hehehe.. kuih ni dah dibuat petang semalam, untuk santapan minum petang anak2. Tapi mak nya yang lebih2 makan. Cess.. diet telah kelauttt lagi. Hari ni cam nak buat menu ala ala diet gak. *ala ala malas pun ado.


Sebenornya ni adalah apam pisang resepi kak Jun dan saya letak je crim cheese kat atasnya tu. Umang aiiii.. kelautt kelautt lagik la diet ku. Camno ni..seluar jeans pun dah tak leh kancing ni. Muekekee.. Resepi apam ni memang sangat sangat mudah. Mekasih kak Jun untuk resepinya. Adakala saya buat menjadi, adakala padat, adakala lembutt sesangat. Hehe.. rezeki la yee..

oww lupa, khas buat jejaka melayu terakhir tuuu.. ni adalah hasil pisang pemberian bonda hari tu tau. Ai tak membazir tau.. suke suke pot pet kata semua menda nak angkut dari kampung, pastu buang dlm tong je. tak beekk tau. Bini u ni baik budinya. Kikiki.. eh tapi mak pesan, ubi kayu besor gedabak tu, mak suh bawak je KL, bior buang kat KL dari buang kat kampung.. Ahak.. bondaku.. buat ayat power tau. Haha..

Dah dah.. jom check resepi mudah ni.


APAM PISANG BERCHEESE
sumber: kak Jun@myR

Bahan-bahan ( satu loyang kecik. )

6-7 biji pisang emas- dilecek (guna garfu senang)
4-5 sudu besar gula (ikut suka manis)
1 biji telur
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara-cara

Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati.
Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak.
Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.


*UNTUK CREAM CHEESE TOPPING
125gm cream cheese
1 sudu beso gula
1/2 biji telur
sikit oren juice

campur semua. Mix dengan mixer hingga gebu. Letakkan adunan cream cheese atas apam pisang sblum dikukus. *sebenarnya untuk apam ni, saya letak half je adunan cream cheese ni. Ada lagi lebih dalam peti es. 


Thursday, March 31, 2011

Steam Soft Banana Cake


Assalamualaikum..

Semalam tak sempat update, sebabb.... ye ada satu sebab yang susah dilepaskan. Bila satu dah habis nak sambung lagi dan lagi. Jadi blog pun tak sempat nak update. Hehe.. Masih belum sempat saya BW ke blog kawan-kawan macam biasa. Nanti bila perkara tersebut dan settle baru saya BW ye. 


Berbalik pada kek ni, sempoi kan kek ni cam ada krim je kat atas tu. Saya katakan kek ni cam gabungan kek dan apam. Boleh gitu? Bagi yang dah cuba mungkin bersetuju dengan saya. Tang putih tu macam apam. Suke tengok gandingan colour dan rasanya. Anak kecik saya makan tang putih tu je. Oh ye kek saya yg bahagian pisang tu tak coklat sangat sebab saya gunakan gula putih. Terima kasih buat kak Rima untuk rsepinya. Dan mula menular ke blog kak Ummi, kak Nor, Mas dan kak Ita. Maaf jika ada nama yang tidak disebut ye.  Yang tak disebut sila angkat tangan!! 



STEAM SOFT BANANA CAKE
by: Rima
Copy: Kak Ita

Ingredients
A
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence - ita use banana essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

B
3 small eggs
100 gm. brown sugar
100 gm. Hong Kong flour (u can use pao or superfine flour) ita use cake flour
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil


Top Layer
2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water
65 gm. Hong Kong flour (u can use superfine or pao flour) ita use cake flour


Method
(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till fluffy, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed.. (fold in flour and mix gently) Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins or till cooked.


Diterjemahkan oleh : Kak Ummi

Bahan A:-

200 gm pisang yang dilecek
1/8 sk. esen vanila
1 sk. soda bikarbonat
secubit garam
Bahan B:-
3 biji telor (saiz kecil) - akak guna gred B
100 gm gula perang
100 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine)
1 sk. baking powder
65 gm minyak jagung
Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telor
60 gm gula kastor
25 gm air
65 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine/tepung pau)

Cara-Cara (adunan bawah):-

Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan ketepikan.
Kacau telor dengan gula menggunakan whisk hingga gebu (fluffy).
Masukkan tepung dan baking powder dan adun hingga sebati. (akak ayak dulu tepung dan baking powder).
Masukkan pula adunan pisang tadi dan diikuti dengan minyak jagung, kacau hingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kukus selama 15 - 20 minit hingga adunan masak.
Untuk lapisan atas:-
Kacau gula dengan telor dengan whisk hingga gebu.
Masukkan air dan tepung dan kacau hingga betul-betul sebati. (kacau tepung perlahan-lahan).
Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga kek masak.
Hidangkan ketika suam-suam.