CSS

Friday, August 5, 2011

Serunding Daging


Assalamualaikum..

Pagi ni layan entry serunding daging dulu la ye. Semalam menu berbuka simple2 je. Tapi menu serunding ni menu sahur. Encik hubby kalau sahur memang kena ada serunding ni untuk menambah selera. Bukan makan banyak pun, makan sikit2 je kan. Boleh la tahan sampai sebulan.. Sebulan ke? Hehe.. Tahun lepas seingat saya 2 kali jugak la kena buat serunding daging ni. Tapi bila check post, tak pernah lak saya mengentry serunding ni. Resepi, saya ikut cara mak cume tambah sikit2 rempah la nak bagi wangi lagi kan.


Kalau ikutkan, serunding daging memang feberet bulan Ramadhan time2 belajor dulu. Balik kampung mesti suruh mak buatkan. Tapi syarat kita yang mengoder tu la kena siatkan daging. Bab ni mmg mencabar sikit la. Pakai manualkan. Pastu bab ngacau kat atas api lak. Mau tumbuh muscle nak kacau sejam dua tu kan. Tapi hasilnya memang berbaloi. Bila slalu tolong mak tu, boleh la agak2 resepinya. Layan la resepi simple tapi menjadi kegemaran..

Kebetulan en suami beli daging yang elok sangat urat daging nyer tu. Kurang lemak-lemak. Jadi senang kerja nak siat daging. Tq en suami..



SERUNDING DAGING
by: izahmuffinlover

1 kg daging

*daging dipotong kiub sebesar penumbuk, rebus sehingga lembut mungkin dalam sejam lebih atau bergantung dengan jenis daging. Bila lembut, ambil daging tadi dan tumbuk menggunakan lesung batu bagi lembut sehingga boleh disiat dengan mudah. Jangan tumbuk sampai hancur ye. Tumbuk sekadar leeperkan daging dan dapat disiat dengan mudah. Kemudian siat menggunakan kudrat tangan masing2 ye. nGee

Bahan kisar:

3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
30 biji cili kering *begantung tahap kepedasan memasing
3 inci halia
5-6 batang serai
1 inci lengkuas


Bahan tumbuk:

3 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sk lada hitam


Bahan lain:

2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma *optional
3-4 sudu besar kerisik 
santan secukupnya dari 2 biji kelapa *agak2 sama aras daging
Rempah 4 sekawan
2-3 helai daun kunyit *hiris halus
4-5 helai daun limau purut *hiris halus
2 keping asam keping
sedikit kicap untuk gelapkan warnenya



Bahan perasa:

gula merah
garam


Caranya:

Panaskan semangkuk minyak dan masukkan rempah 4 sekawan. Wangikan.
Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga naik bau. 
Masukkan pula bahan tumbuk.
Tumis guna api sederhana dan biar sampai betul2 wangi.
Masukkan pula rempah kari dan kurma.
Goreng lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan santan dan asam keping. Biar mendidih.
Masukkan daging. 
* Jika santan kurang dari daging, boleh masukkan lagi santan hingga sama aras dengan daging. Kalau santan terlebih no hal punya, yang jadi halnya sebab lama la skit nak kacau kat dapur tu.
Kacau sehingga mesra, kemudian masukkan kerisik.
Masukkan pula gula merah dan garam dan kicap secukup rasa.
Agak2 dah kering santan tu, boleh la masukkan daun kunyit dan limau purut.
Semasa proses serunding ni nak kering, daging ni akan bergumpal2. Jadinya kena amik garfu carik2 kan daging tu. Baru daging ni kering sekata. Kalau tak kering sernding tak dapat disimpan lama.
Bila serunding ni kering boleh la dilihat bila kita kacaunya menjadi ringan dan berbunyi2 kering.
Tak pun boleh je la rasa dengan tangan n mulut kann..
Masa proses mengering tu, boleh la kutip segala mak nenek rempah tadi iaitu rempah 4 sekawan dan asam keping. Kutip n buang ye..
Selamat mencubeee...

*Santan tu resepi original guna 2 biji. Tapi saya guna sebijik je.. Derhaka resepi mak pulak. Tak pe derhaka resepi bukan derhaka kat mak kaaann.. Tq mak.. i lebiuuu!!






34 comments:

Cheq Sue said...[Reply to comment]

izah...serender tau serunding daging ni... selalu beli je peket2 tu... errrr sebenarnya jarang jugak belinya...

Watierman said...[Reply to comment]

Assalam Dik Izah....kalau dapat kat Along sekejap jer habis dia buat makan dengan roti...!Sodap!!

Azlita Aziz said...[Reply to comment]

rajin nya izah....
dah lama akak cari resepi ni nasib baik izah sharekan dapat akak cuba...

biasa klu balik Kelantan mesti MIL akak dah belikan tuk bawa bekal balik suka sangat makan dgn nasi pon sedap dgn roti pun akak bantai jeee... mmgh sedap! dalili yg paling suka...

akak simpan lah resepi ni tunggu angin rajin nak siat daging datang... nanti akak buat boleh juga buat tuk raya..

Gee® said...[Reply to comment]

wah..baek punyer... oder serunding daging 1 kilo..!!

Anonymous said...[Reply to comment]

sedapnya, lama tak buat sendiri, dulu2 rajin jugak buat, tapi tang mengacau nak bagi kering yg malas tu

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Wahhhhhh...rajinnya Izah buat sendiri serunding daging tu..Sape tolong siat2kn daging tu? Dak baiz dgn muaz ker?hehehe..
Akak kalau rasa nak serunding daging kat sini, beli jer..hehehe.. Berlambak2 org jual kat sini Izah.. serunding daging, serunding ayam, serunding ikan.. sume ada..Tunjuk jer dan hulur money jer..muahhahaha.. Kalau dah dasar malas tu, malas jugak leeee...Len kali nak beli serunding izah lah boleh???

K.Nor said...[Reply to comment]

rajinya jah buat serunding

ilahjy said...[Reply to comment]

izah kak dah buat sambut ramadan masih ada lagi cuma 1 kilo jer buat tu pun 3 jam menunggu kering..huhuu berbaloi buat sdiri..

cik cek said...[Reply to comment]

Izahhhh...

Mak ai...rajinnya adik akak sorang ni...sempat lagi buat serunding bagai...fuhhhh...tabik spring la kat Izah...superwomen Izah....he he...sedapnya kalau dapat merasa...:)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cheq Sue
hehe.. saya lak jarang membeli.. tah napa tak beli mungkin sebab mak biasa buat kot...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Watierman, rmanbkr
betul kak watie, saya pun suke makan ngan roti. kalau sahur tu makan roti ngan serunding je.. dah cukup dah

Mas said...[Reply to comment]

ijahhhh...rajinnya kau buat serunding......
klu aku, harapkan mak aku la yg poskan serunding katn aku....he..he..

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
kalau kelantan tu manis sikit kan.. manis pedas wahhh memang sedap. serunding saya ni.. ada rasa daun2 kunyit sikit, daun limau purut sikitt.. boleh la cube kalau nak rasa..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kak Gee kalau amik order surrender saya.. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
betul tu.. mau makan masa sejam dua kan. kalau buat ramai2 siok jugaksambil duk sembang..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
tu la kak, maahal kan serunding ni. kalau buat ni dapat la satu tapuware beso tu.. haii kalau tak rajin saya eli la jugak. tapi kat KL ni mahal sanat rasanya

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
kak nor.. ada org dah belikan daging... suke hati dengan penuh kasih sayang.. hahahhaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@ilahjy
a ah,,bar teringat kak ilah pernah tayang jugak kan. mmg dah kebiasaan kan kak kena ada serunding ni

Anonymous said...[Reply to comment]

wow ayat penumbuk tuh tak boleh tahan tuh..hihihi...sedapkan serunding..ratah pun sedap..makan dgn nasi pun sodap..cicah dgn roti pun sedap..makan dgn bubur lombok eh lambuk n oat pun sodap...baru nih pun dina ade wat serunding..tp serunding ikan bilis..kat 5 jam masak..sib baik pakai dapur kayu arang...jimat gas

tun_telani said...[Reply to comment]

kak izah... tabik spring kat akak! tun mmg xterbuat dah ni. haha.. ni kes x cukup kesabaran nk nunggu dapur ;p

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
tq berkongsi resepi serunding daging ni...lama dah berangan nak buat, biasa beli jek...pasni pun still nak beli gak...tapi nak beli dngn Izahlah...bolehkan...hehehehe..

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Zah.. ni tulang 4kerat sapa yang hebat ni? rajennyer... pernah mkn beli siap jek Zah he he he.. sabar jek.. nak semangkuk boleh he he he

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Salam Izah...
tu dia resipi dari mak lagi..
Ni pun mama dh cuba sambal hitam pahang Izah walaupun asam belimbing tuh tak mengikut cara2 tradisional tapi hasil nyer tetap sedap..thnks yer izah.
Rajin izah buat serunding daging :P

anymz said...[Reply to comment]

Yesssssssss
Terima kasih jah bagi resepi ni..akak mmg dok cari resepi serunding..Ainul dah berapa kali mintak.

dulu2 waktu mak akak masih ada selalu gak buat tapi dah 12 thn tak menyerunding.dah lupa.yg akak ingat bagaimana nak siat daging tu je..ntah apa2 lah kan?

Rasanya kalau bangah nak ke vietnam bln 10 nanti nak buatkan dia serunding ni la.:)

sitiezahim said...[Reply to comment]

dulu masa nak dtg german, emak saya bekalkan sekilo serunding yg baru buat (emak saya beli pon hahaha)..skarang dah lama abis sob sob sob..psstt dulu selalu buat pada daging kari kenduri yg x abis, emak saya modified so jadi serunding mmg marbeless...windu emaaakkkkkkk uwaaaa

mrs kayrul said...[Reply to comment]

rajinnya kak izah nak siat2 daging tue..kalau kayrul beli je la...kemalasan melampaui batas..hehehhe

Anonymous said...[Reply to comment]

terima kasih datang ke teratak sha, eeermmm sedap nyer serunding tuu...dlam hati nak juga buat tapi bab nak menyiat daging tu lah yang letih tu...wakaka

Unknown said...[Reply to comment]

Buat makluman anda semua, nama makanan ini yang sebenar bukanlah serunding tetapi namanya yang sebenar adalah Abon. Abon berasal dari jawa tengah dan jawa timur.
Tetapi peliknya, masyarakat kelantan Di Malaysia menggelarkannya serunding sedangkan serunding merupakan makanan jawa yang merujuk kepada kelapa parut yang digoreng bersama bumbu khas.
Kebanyakan masyarakat johor tahu membezakan yang mana satu serunding dan yang mana satu abon.

Terdapat berbagai jenis abon seperti abon sapi, abon lele, abon ayam, dan yang lain lain.

Unknown said...[Reply to comment]

Buat makluman anda semua, nama makanan ini yang sebenar bukanlah serunding tetapi namanya yang sebenar adalah Abon. Abon berasal dari jawa tengah dan jawa timur.
Tetapi peliknya, masyarakat kelantan Di Malaysia menggelarkannya serunding sedangkan serunding merupakan makanan jawa yang merujuk kepada kelapa parut yang digoreng bersama bumbu khas.
Kebanyakan masyarakat johor tahu membezakan yang mana satu serunding dan yang mana satu abon.

Terdapat berbagai jenis abon seperti abon sapi, abon lele, abon ayam, dan yang lain lain.

Norazila said...[Reply to comment]

Baru selesai menyiat daging... Insyaallah nak buat petang sikit lagi... Senang nak bawa travel nanti... Tq izah...mcm sedap je...

Unknown said...[Reply to comment]

Salam nak tnya serunding daging ni ikut resepi ni tahan berapa lama ye ?? Tqq

yanmaneee said...[Reply to comment]

supreme new york
golden goose sneakers
kobe 11
golden goose sneakers
supreme clothing
moncler
pandora charms
kd 10
golden goose outlet
kenzo

pathiez said...[Reply to comment]

this websiteblog link find thisclick reference my companyClicking Here

neneau said...[Reply to comment]

Bonuses bags replica ysl web link bags replica gucci he has a good point Ysl replica bags